KOMBO TERATAK KASIH

LIMITED EDITION
HABIS TIADA REPRINT
NO BOOKING NOVEL NUEEN SELALU CEPAT HABIS
PROSES PENGHANTARAN 3-5 HARI BEKERJA.
NAK AJAK JUMPA ABAH. 
Demi abah tersayang dan gara-gara adik kandung sendiri buat hal mengandung di luar pernikahan dan lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab menghilangkan diri, Efy Syafinaz terpaksa melepaskan kekasih hatinya yang juga anak angkat abahnya demi menjaga maruah keluarga.
Ketika majlis perkahwinan Ady dan Nana bakal berlangsung, Efy Syafinaz membawa diri jauh ke Sapporo demi merawat hati yang luka. Perkenalannya dengan seorang lelaki bernama Hann, menjadikan percutiannya di negara matahari terbit itu sebuah pengembaraan yang indah. Lara di hati sedikit terubat dengan layanan mesra dan sikap ambil berat Hann.
Sekembalinya ke tanah air, hubungan mereka semakin rapat dan membuahkan rasa cinta buat kedua-duanya. Namun, setelah hati Efy Syafinaz sudah terpaut, Ady kembali mahu menyambung kasih lama apabila mengetahui selama ini Nana hanya berbohong demi memerangkap Ady. Perkara menjadi bertambah rumit apabila rahsia yang disimpan Hann diketahuinya. Efy Syafinaz menjadi rawan.
Siapakah yang bakal dibawa bertemu dengan abahnya? Ady, si bekas kekasih yang pernah dicintai sepenuh hati atau Hann, yang punya seribu satu rahsia?
_____________________

SAYANG MENGAPA TAK MERINDU
Kehadiran lelaki bernama Tengku Kamarul dalam hidup Raihana dan anaknya Ajif, mengubah kehidupan kedua-dua beranak itu. Sikap Tengku Kamarul yang terlalu mengambil berat tentang Ajif begitu membimbangkan Raihana. Raihana risau hati si anak yang terlalu dahagakan kasih seorang ayah akan terluka bila tiba masanya untuk Tengku Kamarul pergi. Lantaran itu, Raihana begitu berhati-hati dalam meladeni kehadiran Tengku Kamarul

Sikap berhati-hati Raihana itu pula semakin menarik hati Tengku Kamarul. Akhirnya Tengku Kamarul sedar, dia bukan saja sukakan si anak, malahan si ibu juga.
“Boleh papa tanya tak?”
Tengku Kamarul lap peluh di dahi Ajif. Comel sangat dia. Entah turun muka siapa. Kalau nak kata mamanya, memang tak langsung.
“Boleh.”
“Mama ada kawan tak?”
“Ramai. Auntie Zie, Auntie Nana, Auntie Sharon, Auntie Jue, Auntie Misha.”
Satu ofis mama dia, dia sebut.
“Uncle?”
Ajif geleng.
“Kenapa mama tak ada kawan dengan uncle?”
“Mama kan garang.”
“Oh, mama garang ya?”
“Garang giler!”
Mereka bahagia sebagai sebuah keluarga, namun bahagia itu rupanya sudah lama diintai sengsara. Akan kekalkan bahagia itu bersama mereka? Atau Ajif sekadar dipinjamkan untuk sementara waktu sahaja?
atau
atau

No comments:

Post a Comment