TRIO OGOS

PRE ORDER ~ TRIO OGOS
TUTUP ORDER 15 SEPTEMBER

JIMAT RM10.00

๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿ–ค๐Ÿ’
LOVE TALES HANIFIFI ~ Shiroe Sherry

Pertemuan pertama Hanif dan Fifi berlangsung dalam keadaan formal. Hanif senyum tapi Fifi buat muka tak ada perasaan. Fikir Hanif ada sesuatu yang tak kena dengan Fifi. 

“Kita boleh rasalah kalau orang tu suka kita atau tak dan sekarang saya tak rasa awak suka saya.” - Hanif

Bagi Fifi pula tak ada salah dia layan Hanif macam tu. Tak ada bezanya dengan layanan dia pada staf lain. 

"Perasaan Encik Hanif saja kot. Saya okey." - Fifi

Rahsia Fifi yang tersimpan kemas akhirnya terbongkar tanpa sengaja. Hanif tidak menunggu masa yang lama untuk bertindak. 

"Saya nak kita cuba." - Hanif

Saat Fifi mula menerima tiba-tiba Hanif berubah. Fifi mula pening dengan layanan dingin Hanif dan ditambah pula dengan kehadiran Hannah yang mengaku dia pernah menjadi orang istimewa dalam hidup Hanif.

Hanif dan Fifi, masing-masing punya rasa yang sama. Tetapi masing-masing punya kelemahan untuk merealisasikan cinta mereka. Adakah sudah terlewat untuk Hanif sedar bahawa cinta Fifi hanya untuk dia? Sejauh mana Fifi boleh bersabar dengan kerenah Hanif?

๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿ–ค๐Ÿ’
ANAK KERAK ~ Ida Anuar
Tuntutan serakah menyebabkan dia sanggup menjadi hamba iblis. Setiap anggota tubuh bayi itu ada harganya. Namun dia masih mencari bayi yang paling berharga untuk menjadi anak kerak, bayi sulung dari ibu bapa sulung. 

“Semua benda kau nak kira dengan aku kan Milah.” Marah Hadi, hatinya mendongkol geram.
“Mestilah kau ingat semua benda dalam dunia ni free. Eh Hadi nak cari pelacur pun kau kena bayar tau. Aku ni bini kau, nafkah kau kena bagi. Kalau tak nak bagi jangan nak berbini.”Marah Milah, dia sudah penat menanti, dia mahu duit bukan mahu bergaduh dengan Hadi. Bergaduh dengan lelaki itu memang satu sen pun tak guna. Lelaki itu tetap macam tu. Pemalas!
“Dasar betina mata duitan.” Hadi menyinga, matanya merah menahan marah.
Milah terkumpal-kumpal menahan rasa, jeritan hati menyebabkan dia terkejut.tidak pernah Hadi menjerit kepadanya selama ini. Tak kan lah kerana duit seribu Hadi begitu marahkan dia.
‘Kau tak nak bagi tak apa Hadi. Aku tak akan balik lagi ke sini. Kau tunggu lah nasib kau nanti.” Milah tidak mahu kalah. Kalau Hadi menjerit kepada dia sekali, berpuluh kali dia boleh membalas jeritan Hadi.
“Berambus apa aku kisah. Kalau kau nak aku ceraikan kau sekali pun aku akan buat.’ Jerit Hadi lagi. Milah terkejut. Gertakan nya tiba-tiba tidak menakutkan Hadi lagi.
“Pelik pula aku dengan Hadi ni, ilmu Mak Hitam tiba- tiba hilang taringnya. Apa dah jadi.” Milah berbisik perlahan pada dirinya sendiri.
“Mustahil.”

Siapa sangka Hadi seorang kaki judi sanggup mengorbankan isteri dan anak sulungnya untuk menjadi anak kerak.

Mampukah polis berdepan dengan X- file yang tidak terjangkau dek akal?

๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿ–ค๐Ÿ’
CIK MEKANIK HATI KERING ~ Sn Hidayah 
ATUL tergesa-gesa berjalan menuju ke tempat parkir. Mulutnya membebel. Tidak habis-habis marahnya dihambur dari mula dia beratur hingga urusannya selesai. Mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspres pun kena ambil nombor? Tak masuk akal! Itulah yang dia umpamakan.
Dari jauh, butang kunci yang berwarna hijau ditekan. Terdengar sapaan ‘Helo’ dari motokar kesayangannya, pintu di bahagian pemandu dibuka. Si jejaka yang berdiri di sebelah motokarnya menjeling sekilas. Mungkin berbicara sendiri atau bermonolog dalam hati. Gila kentang minah ini, kereta Wolkswagen lama, tapi cutting macam baru keluar kedai. Gila bapak!
“Helo bos, kenapa itu?” Soal Atul. Dia menjeling bonet di bahagian hadapan kereta Honda city milik si jejaka tampan itu ternganga.
“Err, overheating agaknya. Tempreature naik tinggi. Hot!” Si jejaka mula bercerita masalah keretanya.
Atul datang menghampiri.
“Boleh saya tengok?.” Pergghhhh macam mekanik pula gayanya.
Si jejaka dengan mudah mengangguk.
“Macam mana boleh overheat?” Tanya Atul ingin tahu.
“Bila saya memandu laju, suhu normal macam biasa. Tapi bila saya memandu perlahan, suhu naik mendadak. Takut juga saya. Tak tahu lah apa problemnya. Kalau tengok tangki, coolent okey, radiator saya pun tak bocor. Kalau bocor mesti ada air menitis, lagipun air dalam radiator penuh lagi itu.” tambah Si Jejaka lagi.
Atul terangguk-angguk kepala mendengar cerita si jejaka.
“Saya rasa kipas radiator rosak atau gagal berfungsi. Saya nak tolong tengokkan, saya tak bawa toolbox, jadi saya nasihatkan lebih baik encik bawa City encik ini pergi bengkel untuk dapatkan rawatan.” Atul beri cadangan.
Mendengar cadangan Atul, yang bercakap bagaikan si mekanik yang pandai, si jejaka ketawa terbahak-bahak. Atul memandang pelik.
“Kenapa kau ketawa?” Soal Atul.
“Awak ini macam pakar kereta aja kan? Bercakap macam orang pandai. Awak tahu ke baiki kereta ini cik adik oi? Awak itu perempuan, mana pandai buat semua kerja bengkel!” Si jejaka jahanam itu masih syok ketawa. 
Atul hempas bonet kereta milik jejaka tersebut. Berdentum kuat bunyinya.
Bum!
“Bawa kereta pergi bengkel. Tak boleh gerak, panggil towing. Ini nombornya. Tak payah nak bantai gelak dekat sini. Lawak itu tak kelakar.” Balas Atul marah. Malas mahu memanjangkan cerita, Atul melangkah pergi meninggalkan si mamat sengal yang masih terpinga-pinga.
atau
atau

No comments:

Post a Comment