Zulaikha ~ Sophilea

STOK TERHAD
RM25 SEM / RM28 SS
postage RM8 SEM / SS
“Imam nak pergi mana tu?”
Adli menjerit dari pondok pengawal bila dia nampak kelibat Imam Alias di jalan utama. Imam Alias berhenti berpaling pada Adli dan Rasul di pondok keselamatan. Lantas kakinya di heret ke situ.
“Baru balik dari rumah Khairul. Ada hal sikit.”
Dia berdiri di hadapan keduanya.
“Singgah lah dulu imam. Ada kopi ini. Cucur pun ada ini.”
Rasul mempelawa,
Imam Alias kemudiannya duduk di kerusi yang di sediakan. Air kopi yang di hidang di jamah sedikit.
“Ada apa rumah encik Khairul tu Imam malam-malam ini?”
Imam Alias tersenyum.
“Biasalah benda tu mengacau. Dia orang minta saya tolong. Saya tolonglah.”
Sepanjang bercakap dengan Rasul dan Adli Imam Alias banyak menunduk.
“Benda tu mengacau lagi ke imam?”
Imam Alias angguk.
“Sebenarnya benda tu nak apa, Imam?”
Imam Alias tersenyum.
“Dia nak kamu berdua.”
Kemudian Imam Alias ketawa. Rasul dan Adli meremang.
“Ish imam ini bergurau sikit-sikit dah lah. Seram kami tahu.”
“Kamu berdua takut ke?”
“Mahunya tak takut imam. Kalau dia muncul lari tak cukup tanah lah kami.”
Adli ketawa. Cuba menyembunyikan ketakutan yang bersarang.
Imam Alias turut sama ketawa.
“Kalau dia muncul betul-betul macamana?”
Soalan Imam Alias kali ini betul mencabar. Sudahlah hari dah lewat malam cakap pulak soal hantu dan syaitan.
“Mintak simpanglah imam. Iman kami berdua ini belum cukup kuat lagi nak hadapinya.”
Imam Alias terus menunduk. Kepalanya tergeleng kiri dan kanan.
“Imam ini lain macam je...”
Soal Adli.
“Lain macam tu macamana?” Soal Imam Alias.
“Yelah macam takut pulak saya tengok imam.”
Rasul pula buat-buat ketawa.
“Kamu berdua takut ya? Kalau saya tanggalkan kepala kamu berdua takut tak?”
Adli dan Rasul saling berpandangan.
“Adli!Rasul!
Rasul dan Ali berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya mereka melihat Imam Alias sedang berdiri.
“Kamu bersembang dengan siapa tu?”
Sungguh Adli dan rasul mahu lari saat ini juga. Mereka langsung tak berani memandang ‘Imam Alias’ yang duduk bersama mereka ini. Apa yang telinga mereka dengar hanyalah suara mengilai.
Imam Alias cepat-cepat dapatkan keduanya. Di ambil segumpal tanah di bacakan beberapa surah dan di lemparkan pada ‘imam Alias’ jadian itu. Serentak dengan itu bunyi suara mengaduh kesakitan semakin sayup dan hilang.
“Dah dia dah tak ada.”
Barulah Adli dan Rasul boleh bernafas.
“Ya Allah siapa tadi Imam?”
Rasul bertanya.
“Sengaja dia nak kacau kamu berdua. Kamu berdua ni lemah semangat sikit.”
Di tepuk-tepuk belakang Adli dan Rasul.
“Muka dia sebijik imam.”
Kata Adli.
“Adli, makhluk ini mampu menyerupai apa sahaja. Mereka adalah dari keturunan jin dan iblis. Jangan sesekali kamu berdua gementar berhadapan dengan mereka.”
“Gila tak gementar imam, hantu kut. Imam tak apalah ilmu pemuh di dada. Kami ini...”
Adli masih belum lupa kalau seeketika tadiu mereka berdua bercakap dengan hantu.
“Sebab itu ilmu harus di cari. Sebab itu jangan biarkan dada itu kosong. Ilmu dunia kamu kejar tapi ilmu akhirat kamu tinggalkan. Sudah. Baca apa-apa yang patut. Syaitan tadi tak berani dah nak ke mari. Kamu kena ingat macamanapun dia tetap makhluk Tuhan. Tak perlu kamu berdua nak takut sangat pada dia.”
“Er..Imam temankan kami kat sini malam ni boleh?”
“Jangan nak mengarut Adli. Kalau aku teman kamu berdua kat sini siapa pulak nak teman isteri aku kat rumah. Malam ini malam bunuh syaitan. Wajib bermesra dengan isteri.”
Imam Alias bergurau buatkan Adli dan rasul meskipun ketakutan seketika tadi mampu ketawa.
“Aku balik dulu. Aku dah pagar tempat ini InsyaAllah dia tak berani lagi singgah. Kalau dia singgah kamu ajak je dia kahwin. Mana tahu kut boleh bertukar jadi Maya Karin.”
Ya Allah tengah-tengah takut macam ini sempat lagi Imam Alias ini nak bergurau.
“Imam kalau datang macam muka Maya Karin ke Erra Fazira ke...tapi kalau dah namanya hantu bagi free pun saya tak nak imam.” Ujar Adli.
Imam Alias ketawa. Yang dia punya banyak pengalaman dengan makhluk ini tapi inilah kali pertama dia berhadapan dengan puaka rumah agam ini.
“Aku balik dulu. Jangan lupa baca doa, baca surah-surah dari al quran. Kalau Maya karin datang jangan lupa kirim salam.”
Adli dan Rasul yang tadinya di hujani ketakutan juga sempat ketawa. Betullah Imam Alias ini.
Sebaik sahaja Imam Alias menghilang, Adli dan dan Rasul duduk rapat-rapat.
“Apa kata kita ajak buruh Indonesia tu temankan kita malam ini.
Dari pondok pengawal ini jelas nampak rumah kongsi milik buruh Indonesia masih di terangi cahaya lampu.
Rasul angguk. Cepat-cepat dia dan Adli melangkah. Tak sanggup mereka berdua mahu habiskan malam ini dengan teka teki samada ‘maya Karin ‘ akan kembali.

Jasad aku mati tapi dendam aku tak pernah bersemadi

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment