ABANG BAD THE SECRET BUSTARD ~ SHE IS BELL

Buka pintu sahaja, muka dia lagi. Aku rasa nak muntah dah. Tak tahu nak cakap macam mana lagi baru dia faham. 

"Saya bawa sup kaki ayam untuk awak." Bekas bertutup disua padaku. Dengan senyuman menggodanya yang buat aku cair dulu, setia meleret di bibirnya. 

Aku pulas rasa geram di hati dengan mengertap bibir. Tangan menolak daun pintu. 

"Bad, kaki ayam ni. Feveret you." Dia menahan dengan siku dan tanpa aku duga, dia melangkah masuk dengan selambanya. 

Aku tergamam oleh keberaniannya. 

"Saya tukarkan bekas siap-siap ya. Awak tak payah pulangkan bekas nanti." 

Ya Allah, berikanlah hamba-Mu ini secebis kesabaran yang maha tinggi. Perempuan yang tak tahu malu tu benar-benar menguji. 

Aku urut dada. "Kisstirana!" 

Dia buat-buat tak dengar. Langkahnya laju ke dapur. Sehingga kelibatnya menghilang, sabarku pun runtuh. Sepantas kilat, kakiku menghayun ke dapur. 

Sedar kehadiranku, tanpa berpaling suaranya tenang macam tiada apa yang berlaku. "Mak Tom kata awak rindu nak makan sup kaki ayam, kan?" 

Aku tak peduli dia berlagak macam dapur aku ni adalah dapurnya. Macamlah dia berhak berada di sini. Macamlah aku kebulur sangat nak makan sup kaki ayam, air tangannya itu. 

Dengan pantas, tangannya aku tarik. "Sudah! Apa kau buat...?" Bekas sup di tangannya tercampak oleh kekasaranku. 

"Ouch!" Namun sempat sebahagian sup dari bekas itu tertumpah mengena tangannya. Aku tak berlengah. Walau dapurku jadi kotor angkaranya. Walau sup dan kaki ayam bersepah di dada lantai. Walau mukanya berkerut dan bibirnya digenggam ketat. 

Aku tarik tangannya, dan heret langkahnya sampai ke pintu. 

"Aku hanya akan terima racun dari kau. Selagi kau tak bagi racun, jangan bawa apa pun datang sini." Niatku menyindir. 

Lega bila Kisstirana tak membalas sepatah pun, aku tolak badannya ke luar pintu dan lepaskan pegangan tanganku. 

"Berambus!" Aku tutup pintu. 

Hampir pintu terkatup, ekor mataku menangkap air matanya jatuh setitik di pipi. Dan-dan, jantungku berhenti berdegup. Tanganku menarik daun pintu semula. Mengimbas tingkahnya.

Aku amati kepalanya yang menunduk. Mataku terpaku ke tangannya. Merah. Basah. Berbekas. 

Spontan, aku teringatkan sup ayam yang tumpah tadi. Macam mana kalau sup itu masih panas? Baru menggelegak? Macam mana aku boleh lupa Kisstirana yang dulu tidak akan makan tanpa memberi aku suapan pertama? 

Selonggok rasa bersalah menghempap dada. Aku bukan lelaki yang kejam. Tapi kerana dia, aku hilang pertimbangan. 

"Kiss, kau tak apa-apa?" Ego masih tebal. Aku buat-buat tak tahu. 

Dia berpusing tanpa pandang aku. Menahan sendunya, menahan sakitnya, menahan kemarahannya, dia melangkah menuju ke rumahnya. 

Hatiku meronta mahu menghalang. Mahu mengesat air matanya. Mahu merawat lukanya. Mahu mengubati kesakitannya. Sayang seribu sayang, egoku masih di awangan. 

Aku hanya memandang dia berlalu masuk ke rumahnya, bersama segumpal rasa kesal. 


atau

WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment