Pengeposan PENGHABISAN STOK ~ HANA EFRIENA yang terakhir adalah pada 4 June 2018. Selepas itu kami tidak membuat sebarang pengeposan lagi. 
Bayaran akhir adalah pada pada 3 June 2018.
Penghabisan Stok ❗️
Hanya 2 tajuk yang masih berbaki. Stok nyawa-nyawa ikan. 
 Ready Stock
 First come, first serve
Order dikira terbatal jika tiada pembayaran dibuat dalam tempoh 24 Jam. 😊
THANK YOU. 🌷



Melangkah turun dari teksi, Adra kepal jemarinya kuat-kuat. Cuba mengumpul kekuatan. Entah kenapa, dia boleh bertindak hingga sejauh ini. Yang pasti, Adra ingin membalas dendam. Membalas dendam pada lelaki yang pernah dia sanjung, akhirnya tega melepaskan dia kepada teman baik lelaki itu sendiri. Semata-mata kerana wang.


Adra kahwin dengan kawan Yad boleh? Dia janji nak tolong Yad kalau Adra sudi jadi isteri dia.

Dialog itu bagaikan siaran yang berulang-ulang. 

Hati Adra makin rapuh tak berdahan. Mengerdipkan kelopak matanya sekali, menghalang mutiara jernih daripada gugur. 

Mengangkat wajah, di hadapannya tegak berdiri seorang lelaki. Segak dalam jeans hitam dan kemeja putih yang dipakai. Masih membelakangi Adra bersama tangan yang menyeluk kedua-dua belah poket seluar.

Menarik nafas, cuba membuang resah di hati. Adra terima lamaran lelaki itu bukan kerana dia dibutakan oleh cinta Ziyad, tapi dia ingin Ziyad terseksa dan menyesal dengan permintaannya sendiri kelak. 

Biar Ziyad tahu rasa.

Biar Ziyad sedar diri.

Adra Nashwa bukannya barang perhiasan yang boleh bertukar-tukar pemiliknya. Adra Nashwa masih seorang manusia, yang punya sekeping hati. Andai terluka, parutnya mungkin tidak akan sembuh sampai bila-bila.

Berdeham sekali, cuba memanggil susuk tegap itu berpaling. Dalam sesaat, pandangan mereka bersabung. Adra pandang lelaki itu dengan riak kosong semata-mata. Meskipun Adra sedar betapa sempurnanya makhluk yang sedang berdiri di hadapannya saat ini. Apatah lagi memiliki sepasang mata berwarna biru. Pastilah satu kelebihan yang jarang-jarang ada pada orang lain.

Jika perempuan lain pasti akan menoleh buat kali kedua, tidak Adra. Dia bukanlah perempuan yang boleh dibeli dengan rupa dan harta. Serta-merta bibir lelaki di hadapannya itu mengukir senyuman nipis. 

“Cik Adra Nashwa?” Kening lelaki itu terjungkit sedikit.

Adra sedut dan hembus nafas. Menentang pandangan si lelaki, Adra sekadar menjatuhkan kepalanya sekali.

“Qayrel Azka Datuk Qairul. Lelaki itu tiba-tiba memperkenalkan diri. Sedikit-sebanyak membuatkan Adra merasa jengkel. 

Anak Datuk, patutlah boleh guna kuasa wang ringgit. Patutlah Ziyad beria-ia cakap hanya lelaki ni saja yang boleh tolong dia.

“Saya tahu. Tak mungkinlah Ziyad tak bagitahu nama kawan baik dia ni pada saya kan?” Sinis semata-mata. 

Azka masih tenang. Berjalan setapak seraya menundukkan kepalanya sedikit. Mengintai wajah masam mencuka milik Adra. Hati tercuit suka. Wajah masam Adra benar-benar menarik perhatian. Comel.

“Are you mad?”

“Habis tu apa lagi yang encik boleh harapkan daripada saya?”

“A beautiful smile, maybe?”

“Selepas encik dah buat tawar-menawar untuk ‘beli’ saya daripada tunang saya sendiri?? Are you kidding me, Encik Qayrel Azka?” Adra tayang wajah seolah-olah tak percaya. 

“I tak pernah beli you daripada Ziyad. Tapi dia yang ‘bagi’ you pada I.” Tenang lelaki itu menjawab. 
Membuatkan rahang Adra terketap rapat.

Oh, kenyataan yang melukakan. Sedaya-upaya Adra cuba untuk mengawal radang yang dah mula bertunas di hati. Seronok sungguh Ziyad memperdagangkan dia kepada lelaki lain. Tunang jenis apa Ziyad Haiqal ni?

“I tak rasa you patut tayang wajah mencuka tu depan I, Cik Adra Nashwa. Kalau setakat you sudi jumpa I semata-mata nak lepaskan kemarahan you pada Ziyad terhadap I, baik you lupakan ajelah. Because I don’t like being used. I ajak you jumpa I untuk bincang pasal ‘kita’. Jadi tolong, jangan bazirkan masa I.” Selamba bicara lelaki itu seraya berura-ura untuk menapak pada keretanya. 

Terhenti langkah kaki Azka bila lima patah perkataan laju meluncur pada bibir Adra.

“Saya nak kahwin dengan awak.”

Berpusing kembali, kali ini Azka sandarkan tubuhnya pada kereta. Merenung Adra bersama pandangan yang sukar sekali untuk ditafsirkan. Lama lelaki itu berdiam sebelum kembali membuka mulut.

“Satu soalan sebelum kita bincang ke fasa yang seterusnya.” Jeda.

Adra angkat wajah merenung tepat pada bebola mata berwarna kelabu milik lelaki itu.

“Kenapa senang sangat you setuju untuk jadi isteri I? Sayang betul ke you dekat Ziyad sampai sanggup jadi korban cinta? Like seriously you sebodoh tu ke, Cik Adra Nashwa?”

Bertubi-tubi. Dush! Adra rasa macam kena lempang sedas. Bicara lelaki itu benar-benar meninggalkan kesan. Membuatkan hati Adra makin bernanah. 

Baiklah! Jika Azka boleh menyindir dia secara terang-terangan, kenapa tidak dia?

Lambat-lambat Adra ukir senyum jengkel pada bibir. Khas buat tatapan Azka. 

“Untuk pengetahuan awak, Encik Qayrel Azka yang terhormat. Saya terima lamaran awak bukan sebab saya agungkan cinta saya pada Ziyad. Tapi sebab saya nak dia menyesal bila suatu hari nanti dia sedar yang saya dah terlalu jauh dari dia. Dan lagi, pembetulan untuk hinaan awak pada saya tadi. 
Yang bodoh itu mungkin Ziyad, bukan saya. Jadi saya harap lepas ni awak tak memandai-mandai nak bodohkan saya lagi.” Keras bicara Adra. Penuh keyakinan.

Mengangkat tubuh daripada bersandar, Azka berdiri tegak merenung Adra. Kali ni senyuman Azka bukan lagi senyuman berbentuk sinis seperti tadi. Tapi senyuman yang benar-benar luhur.

“I like your confidence, my future wife.”

Sebaik saja sebaris ayat itu meniti pada bibir Azka, wajah Adra langsung berubah. Hati tiba-tiba saja dijentik dengan satu rasa. Dan sungguh, Adra sendiri tidak mengerti rentak perasaan apakah yang sedang melanda hatinya saat ini. 

Yang Adra tahu dadanya seakan-akan sesak. Jiwanya bergelodak hebat. Jantung pula hanya menunggu masa untuk tercampak keluar. Gila!
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment