KOMBO RAYA 2018
PROMO PRICE
1-10 June (last day preorder)
RM60sm/RM65ss FREE POSTAGE
.
READY STOCK
RM70sm/RM75ss inclusive postage
(Harga di kulit buku RM30 utk Bukan Mahuku/RM33 utk Hanya Padamu, Hannissa)
Bukan Mahuku

"Selfish. Arrogant. Beast!" Itu kata Nur Atiya. Lelaki yang bergelar suami itu tiada tempat di hatinya. Lagi-lagi bila lelaki itu sendiri langsung tidak melayannya sebagai isteri.

"You suka atau tidak... gelaran you tetap takkan berubah." Sinis bicara Mohd Huzer menyentap hati seorang isteri. Isteri yang dianggap seperti boneka. Perhiasan semata-mata. 
Perkahwinan ini tidak sepatutnya berlaku. Tidak patut! Hubungan suci perlu disulam dengan cinta yang mampu membuai rasa. Penuh bicara indah. Itu yang diinginkan setiap gadis.
Malangnya buat Nur Atiya bila dirinya berakhir di tangan lelaki yang hanya menganggapnya sebagai boneka. Bukan isteri untuk dikasihi.
Di mana silapnya? Dia hanya ingin menganyam cinta bersama kekasih hati. Buka terdera di tangan seorang suami.
"I hate you!" Biar jeritan itu berkali-kali bergema, lelaki tidak punya hati itu langsung tidak memberi sebarang reaksi. Dianggap ibarat angin lalu. Sakitnya hati!
.
Hanya Padamu Hannissa
Bardrizal si pencinta wanita. Baginya wanita untuk digoda dan dijadikan koleksi. Saat mata berlabuh pada gadis blonde yang menarik di mata, bermulalah taktik mengejar si buaya. Menambahkan satu lagi trofi untuk dimiliki.
Si buaya yang tidak suka menjejakkan kaki di syarikat mula menunjukkan muka demi menawan si blondie yang begitu serius tentang kerja. Soalnya sekarang, si blondie yang dikejar hanya memandangnya sebelah mata. Mencabar ego seorang lelaki. Damn it! 
Hannissa Amsyar si workaholic yang mengejar kerjaya. Lelaki pemalas tidak mungkin mendapat tempat di hatinya. Bagi Hans, lelaki harus menjadi pemimpin seorang wanita. Menjadi bahu untuk bersandar. Bukan hanya tahu melepak sahaja.
Si gadis tidak sudi memandang. Si jejaka dengan ego yang dijunjung tinggi. Tidak akan sekali-kali mengalah. Lalu siapakah yang bakal menang? Atau masing-masing kalah, hanyut terbuai dalam cinta yang tak berpenghujung? 
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment