🎉
KOATA KAMI BERBAKI 10 NASKAH SHJ LAGI!! GRAB SBLM HABIS!
COMING SOON
Eksklusif PBAKL 2018
CETAKAN AMAT TERHAD!! HANYA 200 NASKAH!!
PRE ORDER SEHINGGA 15 APRIL ATAU SEHINGGA KOATA PENUH !!
Menikahi wanita lain, mencintai pula wanita lain. Yang manis manja, yang dukalara, yang romantis bicara semuanya terhimpun dalam naskah ini.
#Randomteaser
“Beri aku masuk bilik kau Mai. Kau nak orang nampak aku dekat luar bilik kau ni ke?” Sekuat tenaga Faris menolak daun pintu itu hingga terbuka lebar.
“Pergi balik ke bilik awaklah. Jangan ganggu saya boleh tak! Awak nak dengar saya menjerit ke, biar semua orang terbangun.” Tak terdaya Maizatul untuk menghalang perbuatan Faris itu. Faris mengunci pintu. Pantas sahaja tangannya menangkap lengan Maizatul yang memukul dan menolak tubuhnya. Meronta-ronta Maizatul cuba melepaskan dirinya daripada pegangan Faris. Esakan Maizatul mula kedengaran. Mengigil dia menahan tangisannya. Sampai hati Faris buat dia macam tu.
“Mai…” Lembut sahaja suara Faris menyeru nama Maizatul. Tubuh Maizatul dipeluk erat. Tersentuh hatinya mendengarkan tangisan sayu Maizatul. ‘Apa yang aku dah buat pada Mai ni?’ Sikap tidak ambil peduli yang ditunjukkan oleh Maizatul sejak beberapa hari yang lalu buat hati Faris terasa.
“Abang minta maaf… .” Terdongak terus wajah Maizatul. Matanya berlawan pandang dengan anak mata Faris. Abang?
“Maafkan abang, Mai… .” Semakin laju air mata Maizatul mengalir di pipinya. Pelukan Faris dibalas erat. Tudung di kepala Maizatul, Faris tanggalkan. Rambut panjang Maizatul diurai dan dibelai perlahan-lahan. Haruman rambut Maizatul dihidu panjang. Rindu sungguh Faris dengan bau harum itu.
“Kenapa awak buat saya macam ni? Awak jahat! Sampai hati awak… .” Kata-kata bersulam tangis Maizatul hamburkan. Pelukan Faris, Maizatul rengangkan. Tubuh lesunya dilabuhkan di atas katil. Berdenyut-denyut kepala jadinya. Kepala direbahkan di atas bantal. Kelopak mata dipejamkan. Letihnya mengharungi kehidupan yang sebegini. Bergegar badan menahan tangisan daripada meletus dengan lebih kuat lagi.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 018-9666752atau

No comments:
Post a Comment