HANYA DIRIMU

Harga Promo FREE POSTAGE ini bermula SEKARANG sehingga 8 April 2018.
Bayar harga buku sahaja. So, apa tunggu lagi?
HANYA DIRIMU
RM26 sm / RM29 ss
Halida pandang Emran. Pandangannya tidak pernah singgah ke wajah Zaen di sebelahnya.
Emran garu-garu dahi. Dia pun tidak faham apa niat Halida datang ke sini. Wanita itu dilihat seperti tiada masalah apa, tidak mungkin pula dia ada hajat mahu menempah bingkai gambar daripada mereka.
“Oh, ye. Aku lupa nak beri sesuatu untuk kau.” Emran melangkah ke beg galasnya. Sampul biru muda itu dihulur kepada Halida.
Halida jatuhkan pandangan. Dia tidak ambil huluran tangan Emran itu, sepertinya dia sudah dapat menjangka apa isinya. Halida peluk tubuh.
“Apa semua ni?”
Emran kerut dahi. Dia jeling Zaen yang memang seperti dikunci bibirnya itu. Lelaki berkenaan menggeleng perlahan. Dia pun sudah hilang idea tentang pertanyaan spontan Halida tadi.
“Aku nak ajak kau ke majlis nikah aku hujung bulan ni.”
Berkerut dahi Halida. Semacam sahaja riak wajahnya. Belum apa-apa dia terus melangkah ke pintu kedai semula.
“Aku harap semua kenalan aku dapat hadir, termasuk kau juga. Kau kan pernah kata kalau kita tak ditakdirkan berdua, kau akan anggap aku seperti kawan biasa. Kau dah lupa?”
Halida teguk liur, kata-kata itu sebelum dia mula rasa cinta dengan Emran. Kata-kata itu dia ungkap sebelum dia tahu apa erti kasih dan sayang.
“Ambillah, tak baik kau kecewakan hati seorang kawan kan?” Emran masih menghulur sampul berkenaan sewaktu mendekati Halida.
Wanita itu masih membelakanginya.
Emran menyelit sampul surat itu pada celahan jari Halida yang memeluk kemas tubuhnya. Tidak sempat dia bersuara lagi, terus Halida melangkah pergi. Terkebil-kebil Emran. Dia hanya mampu kemam bibirnya sendiri.
atau
WhatsApp 018-9666752atau

No comments:

Post a Comment