Kombo Chandelier & Hanya Dirimu

PRE ORDER
Dapatkan kombo menarik Chandelier & Hanya Dirimu skrg..
Promosi free postage sehingga 8 April 2018

HANYA DIRIMU
Keliru. Itu yang Kaisra rasa setiap kali dia dekat dengan Emran. Lelaki itu sangat bersahaja. Kerana tidak mahu terus celaru dengan perasaan dan hati sendiri, hubungan mereka tamat tanpa kata dua.

“Em kan dah jelaskan pagi tadi kat mama, Em tak ada niat nak benci dia.” – Emran Ajman

“Nak tak nak, Em kena maafkan Kai walaupun dia 
mungkin tak maafkan kamu. Kena ingat Em, semua ni bukan rancangan kita. Bukan kehendak kita. Walau sejauh mana kamu pernah rasa cinta kepada Kaisra, kalau Allah sudah tetapkan orang lain jodoh kamu. Macam itu jugalah pengakhirannya. Tetap berpisah.” – Puan Anita

“Esha, aku tak bodohlah nak jilat balik apa yang aku dah ludah dulu.” – Kaisra Syaraz

Jika perpisahan itu mereka putuskan. Pertemuan pula takdir yang menentukan.

“Kenapa kalau jumpa saya mesti awak nak lari tak cukup tanah?” – Emran Ajman

“Awak ingat saya boleh lupakan awak selepas apa yang saya ucap malam tu? Dan kenapa awak tak datang jumpa saya lagi? Saya cuma nak uji awak, Em, saya nak uji sama ada awak serius ataupun tidak. Tapi, sekarang ni saya dah tahu. Awak tak pernah ambil serius dengan saya sejak lima tahun lepas. Saya benci awak!” – Kaisra Syaraz

Di penghujung setiap kedukaan itu pasti ada gembira. Di pengakhiran setiap penderitaan itu pasti ada bahagia.
Jadi, bagaimanakah penghujung dan pengakhiran kisah mereka berdua? Akan adakah gembira dan bahagia buat Emran dan Kaisra? Atau kedua-duanya milik orang lain?

-------------------------------------------------------------------------------------------

CHANDELIER

Kehilangan Ku Syakira mula menjadi perbualan penduduk kampung. Ke mana gadis jelita itu menghilang? Segenap 
pelusuk daerah dicari, gadis itu tetap tak dijumpai 
sehingga pencarian dihentikan meskipun ada yang masih tidak berpuas hati.

Meskipun dituduh dan disyaki, Kirana tetap 
meneruskan pekerjaannya membuat lampu hias 
chandelier. Padanya, yang hilang tetap hilang. Takkan muncul secara tiba-tiba. Legasi perniagaan arwah bonda perlu 
diteruskan.

“Kirana, bonda layan kita sama saja. Kalau kau nakkan harta bonda, kau ambil. Aku tak perlukan harta bonda. Aku sayangkan kau macam adik-beradik kandung aku sendiri. Kita dah bersama dari kecil. Takkanlah kerana harta kita nak bertegang urat?” – Ku Syakira

“Semua orang di dalam rumah agam ni menyenangi Ku 
Syakira. Orang kampung pun sama! Tiada siapa yang 
mempedulikan aku yang berpanas di loteng menyiapkan 
tempahan chandelier.” – Kirana

“Saya macam nampak Cik Puan Ku Syakira di belakang Cik Puan Kirana tadi. Mukanya sayu je. Tu yang saya terkejut. Perasaan saya je kut.” – Mak Munah

“Siapa gadis berkebaya hitam yang duduk sebelah arwah tu? Dari angkat jenazah, mandi jenazah, bawa ke masjid, gadis tu ikut sekali. Tapi menunduk saja. Saya tak dapat tengok 
wajahnya. Sampai di masjid, saya tak nampak dah. Tapi di kubur tadi, dia ada sekali. Saya cuba nak tegur, tapi hilang macam tu je.” – Tok Imam

Siapa gadis berkebaya hitam itu? Adakah kena-mengena dengan Ku Syakira? Tapi, di manakah Ku Syakira?
Siapa pula yang menjadi dalang kematian-kematian yang 
berlaku di rumah agam sedangkan Kirana sudah 
berpindah? Dapatkah misteri rumah agam itu dirungkai atau ia akan kekal misteri?

WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment