Anekdot Seorang Cikgu

mini novel
HARGA RM15 SEM / RM18 SS
poslaju RM8 SEM / RM12 SS
Sebuah catatan pengalaman lucu seorang guru muda. Ia di ringkaskan dalam siri anekdot-anekdot yang mencuit hati. Kadangkala pengalaman itu terlalu dekat dengan kita sehingga kita merasakan ia sebahagian dari diri kita sendiri-PENERBIT

Jaga kelas waktu minggu peperiksaan boleh jadi seronok dan tak seronok. Seronok bila kau tak perlu mengajar. Waktu inilah masa untuk guru-guru rehat sekejap daripada mengajar dan setelah penat lelah buat soalan peperiksaan. Kena guna waktu ini sebaiknya sebab lepas ini sibuk untuk menanda skrip jawapan pelajar pula. Itu belum cakap soal jawapan-jawapan pelajar yang boleh buat cikgu guling-guling dalam bilik guru menahan ketawa. 

Yang tak seronoknya pula ialah bila kau hanya duduk dan berjalan sekali sekala pada waktu itu. Dia punya bosan dan mengantuk tu, diri sendiri saja yang tahu. Bila tengok pelajar dah mula lentuk habis kepala atas meja, cikgu yang menjaga pun kadang-kadang tersengguk-sengguk juga menahan mata.

Lagi tambah tak seronok bila budak-budak yang sedang menduduki peperiksaan ini tak makan saman dengan arahan kita. Arahan mudah saja, itu pun payah nak ikut. Mereka ini bukan kali pertama jawab periksa, banyak kali dah. Jangan bercakap, jangan meniru dan jangan buat bising.Itu saja pun. Bila ditegur, diam sekejap. Lepas tu bising semula.Aiya..

Sudahnya aku pergi depan kelas dan tulis besar-besar di papan hitam dengan kapur warna merah bagi mereka semua baca.
"Siapa yang cuba meniru, jeling-jeling kawan sebelah dan buat bising, KETIAK dia hitam."
Sampai habis peperiksaan, satu kelas sopan saja. Semua ikut arahan aku. Masing-masing perasan ketiak putih.Huh!
atau
WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment