KOMBO PRINT ON DEMAND B

KOMBO POD B
LOVE STORY TALES HANIFIFI
“Fi, saya dengan Hannah tak ada apa-apa hubungan. Past is past.”


Melampau betul mukaddimah Hanif. Nasib baik tak ada orang dekat khemah sekarang. Aku pandang suasana sekeliling. Ramai staf berkumpul dekat dengan kawah.



“Encik Hanif sedar tak kita kat mana sekarang?” Sengaja aku bulatkan mata pandang dia.



“Habis tu janganlah pandang saya macam saya dengan Hannah ada hubungan. Tak nak lagi ada salah faham.”



“Mana ada saya salah faham. Lainlah kalau orang tu.” Aku tinggalkan Hanif di meja air dan bergerak ke hujung khemah untuk angkat botol air besar.



“Ya. Semua salah saya. Tapi Fi tolonglah. Jangan buat saya macam ni.” Tiba-tiba Hanif dah ambil alih kerja aku. Tak sempat aku angkat, dia dulu yang angkat botol air besar dan dibawa ke meja. Aku perhati sahaja dia isi air dalam bekas air.



“Saya buat apa pada Encik Hanif? Saya tak buat apa-apa pun.”



“Awak tak fikir perasaan saya Fi. Hari-hari saya fikir pasal awak sampai saya tak boleh tidur.”



“Habis tu tak payahlah fikir.” Aku bagi dia penyelesaian mudah.



Buk! Tong air yang sudah kosong jatuh ke lantai. Aku tahan gelak. Hanif sedang protes ke apa sekarang?



“Awak tak fikir pasal saya langsung?” Sekarang dia dah bercekak pinggang.

-

-

#TeaserAnakKerak

“Benda bukan mudah Samad. Hadi memang dah hitam hatinya, Malin memang sudah mendidik dia baik-baik. Aku menyesal menangguhkan pencarian aku. Rasa bersalah aku pada Salimah dan Hanani.” Tok Mulong melepaskan rasa yang terbuku di dadanya.
“Kita usaha lagi bang, aku harap sangat masih ada hidayah untuk Hadi” Samad menepuk bahu sahabatnya itu. Tok Mulong angguk.
“Masa saya tanya Hadi pasal anak saya tu, wajah Hadi memang berubah. Saya rasa Hadi tahu apa yang berlaku.” Syamil menyampuk.
“Apa yang Hadi tahu tu lah yang kita nak tahu Mil.” Samad memandang wajah Hadi.
‘Betul ayah, apa kan yang Hadi tahu?” dia bertanya, seolah-olah Samad dan Tok Mulong tahu apa yang Hadi tahu.
“Manalah aku tahu.” Tok Mulong dan Samad sama-sama menjawab. Syamil tersengih!
“Jangan lupa esok pagi-pagi kamu jumpa atau telefon sahaja Sarjan Salina bagitahu alamat rumah Hadi. Esok ada sehari lagi masanya, aku rasa lusa memang Malin akan mula buat kerja. Kita mesti halang dia mengorbankan nyawa Milah dan anaknya.”

No comments:

Post a Comment