HATI TETAP CINTA ~ Hana Efriena




LIMITED EDITION HATI TETAP CINTA. BAKI 1 SAHAJA.

#Sekuel / Sambungan BiarHatiMencintaiBHM

HARGA RM45.00 SEM / RM52.00 SS
termasuk postage
No REPRINT. 
atau
WhatsApp 010-4398892
TEASER

“Yang kau sibuk panggil aku daddy dari tadi 
ni kenapa?” Rio ketap gigi. Geram. Rasa bernanah telinga bila si kecil Adira sibuk menyeru namanya sedari tadi.

Adira tayang wajah polos. Hujung baju tidur 
bercorak kartun miliknya dipintal resah.

“Kenapa daddy tak suka Dira panggil daddy, 
daddy?” soal Adira takut-takut.

“Sebab kau bukan anak aku!”
“Tapi.. mummy ada cakap dekat Dira. Dira 
lahir sebab ada daddy. Daddy yang buat perut 
mummy jadi besar sebab tu Dira tak boleh 
panggil lelaki lain daddy Dira.” Petah kanak-kanak itu membalas. Langsung tak sedar perubahan di wajah Rio.

Jemari Rio naik memegang hujung dahi. 
Pantas saja dia keluar mencari susuk tubuh 
Dhaihani. Adira di belakang mengekor deras.

“Apa kau dah ajar dekat anak kau ni, Hani?” 
sergah Rio sebaik saja dia nampak figura bertubuh ramping itu di ruangan dapur.

“Ajar apa?” Bingung Dhaihani bila Rio 
bertanya melulu macam tu. Rio berdecit.

“Kau cakap aku yang buat sampai budak ni lahir.”
“Salah ke apa yang saya cakapkan tu?” 
Dhaihani tak tahu dekat mana salahnya dia bila dia hanya sekadar berbicara jujur dengan Adira Hanan.

Melihatkan kenaifan Dhaihani, rahang Rio 
bergerak-gerak menahan amarah. Sikit saja lagi jemari Rio naik nak mengetuk dahi Dhaihani. Tapi dia tahan kejap. Tubuh Adira langsung didorong pada Dhaihani.

“Cukup bercerita dengan Dira tentang 
perkara yang bukan-bukan.” Amaran Rio sebelum kaki diputar untuk kembali ke tingkat atas.

“Dan lagi satu.”
Dhaihani yang baru hendak berpaling mula 
memusatkan pandangan pada si suami untuk kali kedua.

“Jangan terlampau bebas dengan Faliq.”
“Jadi betullah awak memang marahkan 
saya tentang hal petang tadi sebab tu awak 
tak nak turun makan?” Tak dan-dan, Dhaihani 
terus lancarkan soalan cepumas. Membuatkan 
pandangan tajam Rio tepat singgah pada wajah cantik itu.

“Aku tak perlu pun seksa perut sendiri 
untuk hal remeh-temeh macam tu.” Masih dengan sikap sombongnya.

“Habis tu, kenapa awak nampak lain?”
“Aku cuma tak suka orang buat aku nampak 
bodoh depan mata orang lain. Kau tinggal dengan aku, kenapa kau perlu susahkan mamat tu??”

“Betul awak nak tahu kenapa?” Soalan 
berbalik soalan. Rio diam menanti.

“Sebab saya cukup yakin suami saya tak 
pernah kisahkan saya. Kalau kata saya mati 
sekalipun, mungkin awak akan buat kenduri 
kesyukuran sebab selepas ni takkan ada lagi 
perempuan macam saya yang akan terus ganggu awak.”

“Dhaihani Medina!!” tengking Rio bersama 
tangan yang dah mula menggigil.

Bahu Dhaihani terenjut sedikit.
Adira pula seperti selalu hanya menjadikan 
Dhaihani sebagai perisai untuk dia berlindung. 
Kejap lengan Dhaihani dipegang menandakan 
Adira sudah mula ketakutan dengan sikap panas baran Rio Haqil.

No comments:

Post a Comment