KOMBO BUTTERFLY PROJECT

Projek Butterfly dari projek penulis adik beradik (Freesia dan Tina Derika) yg sebelum ni pernah terbitkan beberapa karya di bawah syarikat Penerbitan Karyaseni.
Karya terbitan mereka sendiri ini adalah stok yang limited sahaja/ EXCLUSIVE EDITION.
Hanya 200 pembeli terawal SET KOMBO saja akan FREE GIFT.

PRE ORDER SEHINGGA 16 NOVEMBER 2017
HARGA SOLO RM48 SEM / RM51.00 SS
termasuk poslaju

LEBIH JIMAT DENGAN KOMBO
RM85.00 SEM / RM93.00 SS
termasuk poslaju

Berminat sila inbox Mybiz SantaiShop / WHATSAPP 010-4398892
###############
Blurb : Kakak Tiri Cinderella
Tanpa sengaja Belle dikasari oleh lelaki yang dia minat, hanya kerana dianggap sebagai stalker. Dia terima hakikat yang dirinya selalu kurang bernasib baik dalam soal cinta. Belle tahu, dia bukan seperti adik tirinya, Shatira yang cantiknya sentiasa menjadi pujaan kaum lelaki. Apabila segalanya telah dilupakan, tautan hatinya yang bernama Daniel itu pula muncul. Daniel yang pada asalnya tak sukakan Belle meminta untuk berkenalan. Belle tak mahu!
“Kalau awak datang lagi, saya takkan layan awak. I’ll treat you like you’re invisible.” – BELLE
“Kalau awak boleh bagi alasan yang baik tak nak terima saya sebagai kawan awak, saya takkan ganggu awak lagi. Senang je.” – DANIEL
Penolakan Belle tanpa alasan kukuh menimbulkan rasa tak puas hati pada Daniel. Namun, usahanya untuk mendekati Belle diganggu pula oleh Si Gedik Shatira yang mahu memikatnya. Tak lupa juga Dewi yang mahu menabur fitnah untuk memilikinya.
“Diamlah! Aku akan pastikan aku dapat dia! Sekurang-kurangnya aku yakin aku ada peluang. Aku dengan dia, sama cantik. Nasib baik rupa aku tak macam rupa kau, kakak tiri hodoh!” – SHATIRA.
Daniel akhirnya berjaya raih peluang daripada Belle. Malangnya, susulan daripada suatu, tragedi Belle terpaksa melepaskan Daniel pergi apabila dia ditunangkan dengan Shahril yang merupakan teman lelaki Shatira.
Walau tiada apa lagi yang tinggal untuk Daniel, hatinya takkan menjadi milik sesiapa selain gadis yang digelar sebagai Kakak Tiri Cinderella.
-
-
Tina Derika
Blurb: Segenap Takdir

Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus, pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun.
Demi nyawa tunangnya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izin-Nya, gadis itu kembali sedar. Satu tragedi berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosanya. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Sakit! Bila digelar sebagai insan munafik. 
“Tak payah pakai tudung tu kalau alasan nak orang tengok kau macam baik. Aku tak terpikat.” – AZLAN “Kalau diam ni boleh gugurkan dosa saya dan bagi pahala kat awak yang sedang tegur kesalahan saya, apa salahnya?” – HARYANI 
Tulus dengan diri yang ingin berubah meski ujian menduga hasil daripada sikapnya yang dulu. Dugaannya kian berat. Haryani dituduh bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. 
Hijrah Haryani itu, mendatangkan kesan buat Faisal. Majikannya mula ambil berat. Di setiap kesukaran, terungkai satu per satu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan. 
Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa bertuhan, dan fahami makna segenap takdir ujian.

atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment