DUDA MILIK AKU ~ HANA EFRIENA

BAKI 2 NASKAH SAHAJA.
Print on demand. 
RM45 SEM /RM50 SS
termasuk postage
"Kak Zahra ada dekat luar." Ibtisam bersuara menantikan reaksi daripada Huz. Malangnya Huz langsung tidak menunjukkan sebarang minat.
"Abang long, Kak Zahra ada dekat luar tu. Takkan abang long kejam sangat sampai layan dia macam tu?" Kali ni, nada suara Ibtisam naik sedikit.
"Dia yang pandai sangat nak merajuk. You knew me very well, Ib. Abang long bukannya reti nak pujuk perempuan." Gontai suara Huz.
Ibtisam tepuk dahi. Tangan mula naik bercekak pinggang.
Dan belum sempat Ibtisam nak sambung membebel, si kecil Zaskia dah terlebih dulu memainkan peranan. Zaskia melompat turun daripada ribaan Huz seraya tangan naik berpeluk tubuh. Wajah kanak-kanak itu jelas nampak tidak puas hati. Meskipun tanpa suara, Huz boleh lihat jelas yang Zaskia sebenarnya sedang memprotes dalam diam.
Tengok bebola mata Zaskia mulai kemerahan, Huz mula mendengus kasar.
"Nak tengok sangat macam mana Huz Ilyas pujuk perempuan kan? Fine, we'll see." Tegas ayat Huz seraya menapak ke pintu utama. Dikuak kasar.
Saat pintu utama terbuka luas, pandangan bertembung dengan bebola mata milik Zahra.
"Masuk."
Zahra geleng. Huz kecilkan biji mata.
"I suruh masuk, ayat yang mana you masih tak faham?"
Pun Zahra masih menggeleng. Membuatkan Huz sekali lagi melepaskan dengusan kasar. Lengan kemeja pantas disinsing hingga ke siku. Tanpa sebarang amaran, tubuh Zahra disauk ke dalam dukungannya. Nyaris Zahra nak menjerit, amaran daripada Huz membantutkan segala-galanya. Buat hati Zahra langsung terasa kecut.
"Don't say a word, Zahra Imtiaz!" Suara dan wajah Huz benar-benar seiring. Bengkeng.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment