COMBO DUA DUA DUNIA & DUDA MILIK AKU


OFFICIAL COVER UTK KELUARAN JULY. 
DUDA MILIK AKU dan DUA DUNIA.
PRE ORDER sehingga 28 JULY je .
Print on demand. 
Delivery pada bln OGOS since closed order akhir JULY.

*DUDA MILIK AKU : RM40/RM47
*DUA DUNIA : RM35/RM42
*COMBO : RM67/RM72
termasuk postage

Sinopsis dkt bawah.
DUDA MILIK AKU : Hana (HE)

#####
Gara-gara terlajak bergurau dengan adik sendiri, hidup Huz Ilyas mula tunggang-terbalik. Puncanya setelah kemunculan gadis bernama Zahra Imtiaz. Sejak bila pula Huz kata dia nak carikan Zaskia tu ibu angkat? Ah, Ibtisam memang nak kena.
‘Sorry young lady, you've got a wrong number.’ – Huz
‘No-no. Tak mungkin saya salah nombor. Nama encik pun saya dah sebut dengan betul. Sebenarnya saya berminat nak ambil Zaskia Husna tu jadi anak angkat saya.’ – Zahra
‘What?!’ – Huz
Itu kali pertama dan terakhir Huz berbual dengan Zahra. Huz fikir setakat itu sajalah. Tak sangka pula aturan Allah itu cukup cantik. Cikgu Zahra Imtiaz. Jadi itulah pekerjaan sebenar gadis itu. Tiap kali berdepan dengan Zahra, Huz rasa macam patut aje kalau dia cungkil biji mata Zahra sampai terkeluar.
‘You tak pernah tengok lelaki ke?’ – Huz
Zahra geleng. Huz senyum sinis. Jawapan Zahra tu memang tak logik.
‘Tak pernah tengok lelaki sekacak Encik Huz.’ – Zahra
Tersedak Huz dibuatnya. Kenapa makin kerap bertembung dengan Zahra, Huz dapat rasakan yang Zahra bagaikan ingin menjadi bayang-bayang dirinya?
‘Are you falling in love wit me?’ – Huz
‘Kalau betul kenapa, kalau bukan pula kenapa? – Zahra
‘Kalau betul, you patut lupakan niat you tu. Sebab I memang nak menduda sampai ke tua.’ – Huz
Zahra senyum sampai ke telinga dengar jawapan tegas Huz Ilyas. Kali pertama Zahra jumpa Huz, Zahra dah simpan satu tekad dalam hati. Duda itu harus jadi miliknya.
Mampukah Zahra berjaya dengan hasratnya itu?
DUA DUNIA : Qays Rico
#####
Pertemuan dengan seorang gadis kristian bernama Talia di sebuah bilik hotel mula merubah segala-galanya. Pada diri Talia, Kaka lihat sesuatu yang tidak pernah ada pada gadis-gadis lain. Dan pertemuan mereka cukup aneh.
‘How did you end up here? Ini bilik I kut.’ – Kaka Hazraf
‘Saya tumpang bilik Tuan, boleh? Saya takut..’ – Talia
Dan siapa sangka, pertemuan kali pertama itu jugalah mampu membuatkan hatinya melekat pada Talia. Malangnya, Talia menghilang sebaik saja dia terjaga dari lena. Separuh nanar dia cuba menjejaki Talia. Janji pada diri sendiri andai kata peluang kedua itu datang kepadanya, Talia itu akan dia jadikan miliknya seorang.
‘Kalau I ajak you kahwin, you sudi tak?’ – Kaka Hazraf
‘Tapi kita berlainan agama, Tuan.’ – Talia
Mudah bagi Kaka bila Talia sudi untuk bergelar mualaf. Syarat lain, perkahwinan mereka tidak boleh dihebahkan pada sesiapa. Kehidupan mereka bahagia seperti pasangan lain hinggalah perubahan diri Talia yang mendadak mula membuatkan rumahtangga mereka mulai berkocak.
‘You memang isteri I yang sah kan?’ – Kaka Hazraf
Mungkin saja soalan itu tidak terlalu tepat. Namun mampukah Kaka sekadar mendiamkan diri andai 'Talia' tiba-tiba saja kelihatan seperti dingin tatkala bersama dirinya?
‘Kenapa awak tanya saya macam tu?’ – Talia
‘Sebab you buat seolah-olah I ni haram untuk sentuh tubuh you. I'm your husband, Talia. – Kaka Hazraf
Banyak persoalan menyemak ke dalam fikiran Kaka. Malah, Kaka sendiri merasakan begitu banyak kelainan pada diri Talia. Benarkah masih ada kewujudan seorang Talia atau mereka sebenarnya sedang berada di dalam dua dunia yang berbeza? Segala-galanya akan terungkai dalam naskhah ini.
atau
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment