AYDANIA ~ Hana Elfiera


Special PBAKL 2017
PENGHANTARAN SELEPAS PBAKL 2017 [anggaran hujung april / awal mei 2017]
SINGLE
RM38.00 SEM / RM45.00 SS
termasuk pos
atau
KOMBO 1 [seperti diposter] RM68.00 SEM / RM78.00 SS
atau
KOMBO 2 [seperti diposter] RM98.00 SEM / RM110.00 SS

SINOPSIS

A.Y.D.A.N.I.A : (HANA EFRIENA)
Ini bukan kisah cinta yang biasa-biasa. Bukan juga kisah cinta klise di antara pelajar dan pensyarahnya. Tapi ini kisah cinta yang unik di antara Aydan Huzfal, lelaki yang berjaya menggetarkan sekeping hati milik Aydania Husna. Kali pertama Aydan menjejakkan kaki ke dalam kelasnya pun Aydania sudah mula merasakan sesuatu. Namun perangai Aydan yang suka menyendiri membuatkan Aydania teragak-agak untuk melafazkan cinta. 
‘We share the same name.’ – Aydania Husna
Ayat pertama Aydania nak mengayat Aydan. Aydan jungkit kedua-dua belah kening. 
‘Then, what’s your point here?’ – Aydan Huzfal
Terkedu Aydania bila disoal begitu. Fikirnya sikap pendiam Aydan itu seiring dengan sikap sopan dan santun. Sebaliknya pula yang berlaku. Aydan tak sedar ke manusia yang dia sedang sindir sekarang ni adalah pensyarahnya sendiri? Ohmai!
‘I’m your lecturer, Aydan. So..’ – Aydania Husna
‘So please, act like one.’ – Aydan Huzfal
Okey, rasanya sesi nak ‘mengayat’ ni perlu dihentikan sekarang juga. Sebab Aydania dah mula rasa terbakar. Namun Aydania cekalkan hati. Apatah lagi setelah mama mula mendedahkan satu rahsia yang cukup mengejutkan dirinya.
‘Aydan tolak saya sebab saya lebih tua daripada Aydan kan?’ – Aydania Husna
Aydan geleng sambil seluk kedua-dua belah tangan ke dalam poket.
‘I tak suka ada kawan perempuan.’ – Aydan Huzfal
‘Are you gay?!’ – Aydania Husna
‘I can make you pregnant if you want, Ms. Nia.’ – Aydan Huzfal
Aydan senyum sinis dan berlalu. Cuma fikiran Aydania saja yang mula berangan jauh. Dia dan Aydan.. berkahwin dan punyai anak. Bukankah itu sweet namanya?

--------------------
SINOPSIS
IZINKAN AKU MENCINTAIMU : (HANA EFRIENA)
Fuad Qairel dan Fayadh Qaiser, kembar seiras yang ditakdirkan jatuh cinta pada wanita yang sama. Dan hakikatnya, hanya salah seorang daripada mereka sahaja yang bakal dipilih oleh Cempaka Rhea Emiera. Ternyata mengahwini Fuad Qairel itu memang keputusan yang tepat. Lelaki itu penuh dengan rasa tanggungjawab. Cuma takdir tidak selalu menyebelahi Rhea pabila hanya tempoh enam bulan yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk mereka bersama.
Kehilangan Qairel cukup memberi kesan terhadap Rhea. Lantas demi amanat seorang adik, Qaiser datang menghulurkan bahu untuk Rhea terus bersandar. Malangnya Qaiser tetap bertepuk sebelah tangan. Hati Rhea yang terlalu payah untuk menerima Qaiser sebagai cinta kedua. Sikap Datin Rozita yang dari awal lagi tidak menyukai Rhea sebagai menantu. 
Tempat awak takkan mungkin sama dengan arwah Qairel di hati saya. – Cempaka Rhea Emiera
I just want the chance to touch your heart. Dan saya janji yang Rhea takkan menyesal sebab bagi saya peluang tu. – Fayadh Qaiser
Berkali-kali Qaiser mencuba, kerasnya hati Rhea kadang-kala buat Qaiser lemah tak berdaya. Namun demi zuriatnya yang mula menumpang dalam rahim si isteri, Qaiser pujuk diri sendiri untuk kuat. Rhea pula seakan-akan sedang cuba untuk membuka hati buat sang suami. Tatkala sinar bahagia mula menjengah, ada sesuatu yang membuatkan Rhea kembali berpijak di bumi yang nyata. Qaiser bukan untuk dia. Dan dia bukan untuk Qaiser.
Syurga awak ada pada mama, Qaiser. Kembalilah pada mama dan biarkan saya dengan Faqid berdua di sini. Kami boleh hidup tanpa awak. – Cempaka Rhea Emiera
Bertahun saya cuba untuk buat Rhea cintakan saya, akhirnya Rhea tetap minta saya tinggalkan Rhea. Hina sangat ke saya untuk terus jadi suami Rhea? – Fayadh Qaiser
Benarlah ada yang berkata. Jika hati itu tidak dijentik rasa cinta, untuk bahagia itu memang terlalu payah. Namun benarkah di hati Rhea masih tiada sekelumit cinta buat lelaki bernama Fayadh Qaiser?

--------------------
SINOPSIS
BURU : (QAYS RICO)
Ini bukan kisam seram semata-mata. Ini bukan kisah untuk bacaan dewasa semata-mata. Tapi ini kisah pabila manusia mula hidup berajakan nafsu dan bertuhankan syaitan. Kehidupan Ziyaz dan Ayra yang sangat terpesong dari landasan agama. Namun yang anehnya pabila Ziyaz mula berubah laku. Membuatkan Ayra mula dahagakan belaian daripada lelaki itu.
I miss your touch, Ziyaz. – Ayra
I love you but I can’t keep doing this, Ayra. – Ziyaz
Ziyaz memang menolak dia secara terang-terangan. Tapi bukan itu yang membuatkan ego Ayra rasa tercalar. Tapi pabila Ziyaz sudah berani-berani hendak menasihati dirinya. Demi memastikan Ayra sudah tidak bergaul bebas lagi, Ziyaz sanggup mengurung wanita itu di dalam banglo miliknya. Dan itu cukup-cukup melampau!
I kurung you sebab I tak nak you buat perkara yang bukan-bukan dekat luar. You ni memang tak tahu nak ingat Tuhan ke? Kalau sekali lagi you gugurkan kandungan, peratus untuk you selamat tu rendah, Ayra. You nak pergi dalam keadaan dosa yang bertimbun? - Ziyaz
Pergi mampos dengan nasihat you tu, Ziyaz. I tak mahu dengar. You pun belum tentu masuk syurga.- Ayra
Dan ternyata perubahan Ziyaz itu memang bersebab. Ziyaz yang selalu tertangkap keresahan. Ziyaz yang selalu kelihatan ‘berbicara’ dengan seseorang. Paling mengejutkan Ayra, pabila makhluk itu kelihatan selalu berdamping dengan Ziyaz. Gemar menumpang tubuh Ziyaz dari belakang.
Siapa dia, Ziyaz?! - Ayra 
I don’t know him. Cukup tanya I soalan mengarut macam tu! - Ziyaz
You’re lying to me! Ni kali kedua I nampak dia dengan you. Who is he?? – Ayra

Siapa makhluk yang sering dilihat oleh Ayra? Kenapa makhluk itu seperti sedang memburu mereka berdua?
atau
WhatsApp 010-4398892
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment