Semanis CInta Dia ~ pre order


PRE ORDER sehingga 12 Feb 2017

~SEMANIS CINTA DIA~
RM38.00 SEM / RM42.00 SS
termasuk poslaju
Assalamualaikum. Hurmm..mungkin ramai lg confuse pasal SEMANIS CINTA DIA nih. Okey meh nak explain. SEMANIS nih sekuel untuk SEKAYU CINTA DIA & PERTEMUAN KALI INI. Satu cerita ada 2 couple. Macam JANGAN BIAR CINTA BERLALU. Kisah yang manis. Yg pasti buat uols tersenyum2. Tp setiap yang manis pasti ada pahitnya. Hidup takkan indah kalau tiada pahit dan manisnya. Ahaks. 

So tunggu pe lagi. Meh la order. 12 february tutup order tau.

Untuk SEMANIS ni penulis akan print on demand je. Kalo terlepas memang melepas. Xsure akan ada 2nd printing atau x. Macam PKI ada 2nd print tp semanis kita xtau la kan. Mungkin ada mgkin xde. Hehehe. 

Jangan jadi cam JANGAN BIAR CINTA BERLALU. Ramai tercari2 tp memang xreprint dah la. Hehehhe.
================


DANGER! Bila cemburu suami buat Adlina sesak nafas. Ahaks. 
KORANG JANGAN LUPA ORDER TAU. PRINT ON DEMAND JE TAU. PREORDER SAMPAI 12 FEBRUARY 2017!!! 


AROMA yang menusuk hidung buat perutnya segera berbunyi meminta diisi. Lapar!

Laju kaki melangkah ke dapur mencari chef yang sedang bersilat di dapur. Perlahan-lahan dirapati lelaki yang sedang leka di hadapan kuali. Tangan tanpa silu melingkar di pinggang sang suami. 

"Lambat lagi," komen Dzal kurang senang.

"Mana ada lambat. Baru pukul 7 okey."

"Sepatutnya pukul 6 Lin dah kat rumah."

"Bos baru masuk. Banyak benda nak settlekan." Dieratkan dakapan sebagai tanda mohon ampun. Mata sempat menjengah masakan sang suami. Melebar senyum bila sambal udang galah kegemarannya bakal disantap sekejap lagi.

"I love you," ucapnya teruja. Sesekali Dzal masuk dapur menunjukkan bakat. Air tangan suaminya memang sedap. Buatnya rasa kempunan nak makan hari-hari. Tapi takkanlah mahu diminta hari-hari sedangkan dia pun jarang benar jengah dapur.

"Sebab abang masakkan sambal udang ni?" soal Dzal mengerling pada Adlina yang tersengih-sengih padanya. Dia tersenyum sinis. Susah mahu menyimpan marah pad Adlina. Sikap ceria Adlina menghidupkan harinya.

"Nope. Because you're my man. Mine," ucap Adlina selamba mencium sayang pipi Dzal.

"Am I? Bukan bos baru tu ke?" duga Dzal. Rasa cemburu menggigit. Isterinya punya aura memikat. Status seorang isteri tidak menidakkan lelaki lain untuk menjeling ke arah Adlina. 

"Abang macam cari gaduh dengan Lin aje ni? Sebab abang masakkan sambal Lin suka... Lin boleh ignore aje apa abang cakap tu," tingkah Adlina menjauh. Geram sebenarnya. Namun mood tengah baik. Perut pula terasa lapar. 

Dia melangkah ke arah kabinet yang menyimpan pinggan. Pinggan dicapai lalu dia membuka tudung periuk nasi. Diceduk nasi putih untuknya dan Dzal lalu dia menuju ke meja makan. 

Air kosong dituang ke dalam gelas kaca sambil mata mencerun ke arah Dzal yang sedang menceduk sambal udang ke dalam mangkuk. Dia menunggu Dzal mendekat.

"Laparnya," ucapnya menadah tangan menanti Dzal membacakan doa makan. 

Dzal tidak menunggu lama untuk membaca doa. Amalan yang diterapkannya sebelum mereka menjamah makanan. Bersyukur di atas setiap rezeki yang masuk ke mulut mereka. Moga esok rezeki itu terus ada dan diberkati. 

"Ermmm... sedapnya. Dah lama abang tak masak sambal udang ni. Thank you."

"Bos baru handsome tak?" soal Dzal bersahaja masih belum menjamah sesuap nasi pun. 

Hampir tersedak Adlina mendengar soalan itu. Cepat-cepat ditelan air kosong untuk melancarkan penghadaman. Rasa terlekat udang galah di tekak.

"Boleh tak warning dulu sebelum tanya soalan macam tu," tingkah Adlina geram. Makanan dah best. Topik pula tak best. Cemburu Dzal membuai jiwa. Namun saat ini terasa menjerut rasa. Terasa diri bakal kehilangan kerja pun ada. 

"Handsome tak?"

"Do you really want to know?" 

"Kalau abang tak nak tahu... buat apa abang tanya."
WhatsApp 010-4398892

No comments:

Post a Comment