Madness ~ she is bell

COMING SOON BULAN NI [OKTOBER]
MADNESS .Versi chic lit. Sgt2 santai.

Yg berminat sila WHATSAPP 010-4398892 dan komen 'MADNESS' kira booking dah. BOoking tu kira janji tau. 
Bila sudah ada harga sy akn bg harga baru bayar.
Harga sekitar rm20 tak masuk pos.


Harga berbeza antara yg booking dulu dgn tidak.
(First time booking tak payah bayar dulu)



BACAAN UMUM

MADNESS – Sinopsis
Ini kisah hidup Nadeera yang penuh azam ingin meluaskan perniagaannya dengan membuka restoran baru di kawasan baru. Tanpa tahu, kawasan itu milik gangster/samseng/mafia bernama Sazali.
Tapi Sazali ni bukan anak derhaka. Dia anak manja Wan Teeja. Wanita yang berkuasa sebagai ketua gangster di Klang. So, bila Sazali bertembung dengan Nadeera, hati lelakinya bergetar. Jantung berdegup kencang. Fikiran melayang-layang. Yup! Sazali terpaut sayang.
Hidup semua orang jadi kacau-bilau sejak Sazali jatuh cinta. Mahu tak mahu, Nadeera mesti jadi isterinya juga. Macam mana agaknya ketua gangster Wan Teeja tu nak menghadap sembah membawa pinangan kalau dah terang-terang gadis tu tak berkenan.
Sazali punya pasal, terpaksalah seorang emak menadah penghinaan. Bukan calang-calang pula kemarahan keluarga Nadeera. Siapa tak marah kalau anak dara diculik seorang teruna. Balik rumah dengan pakaian rabak sana-sini. Mana nak tutup malu? Orang kampung mengata. Makin Nadeera tentang, makin hebat dugaan mendatang.
Bila Nadeera jadi sengal, dia heret rombongan meminang dan menikah terus di rumah Sazali. Dengan agenda balas dendamnya. Hurgh! Kita tengok pula, macam mana Nadeera jadi samseng. Memporak-perandakan keluarga Wan Teeja. Sementara Sazali menukar peranan jadi anak, suami dan menantu yang matang.
Cerita simple dengan gaya penulisan yang simple. Khas untuk uols

No comments:

Post a Comment