Di Balik Serban



* stok ready ~ terhad*

RM42.00 termasuk poslaju sem / pos register ss
*bacaan dewasa*

Sy dh bace. kisah yg sangat meruntun jiwa. rasa ngeri dan terkesan dgn penderitaan yg ditanggung Shuhada.. 

email mybizsantaishop@gmail.com / WHATSAPP 010-4398892


review..
Baru habis baca buku. Dari mula baca hingga akhir, jantung asyik dub dap. Seriau, cuak dan macam2 rasa lagi ada. Dari seller yg jual buku ni sya dpt tahu yg dlu buku ni jd kontroversi disebabkan tajuk yg dlu kelihatan sedikit lucah. Tpi isi dalamnya, Ya Allah! Buat mereka yg baca terduduk.
Saya sendiri tidak tahu perkataan yg tepat nak gambarkan ini.... Kisah seorang lelaki yg belajar di Mesir. Punya latar belakang agama yg tinggi. Dan juga profession sebgai ustaz, penceramah motivasi. Latar belakang begini menjadi idaman mana2 ibu bapa untuk jadikan menantu.
Mungkin jugak sudah takdir, Shuhada dirogol Alias. Dan Alias tahu Shuhada tidak dara seperti sangkaanya. Perkahwinan diteruskan. Namun di sinilah silapnya. Bermula sebuah neraka kehidupan Shuhada. Benar apa yg dikata Allah, lagi tinggi ilmu agama seseorg lagi kuat godaan syaitan keatasnya.
Begitulah bermulanya kisah Alias dan Shuhada. Alias yang meminang Shuhada kerana kecewa putus cinta dengan kekasih hati. Sedangkan waktu tu Shuhada sudah bertunang. Kerana impikan menantu sorg berilmu agama, org tua Shuhada snggp putuskan pertunangan Shuhada.
tekanan demi tekanan hingga menyebabkan Shuhada mental. Seperti meroyan. Hidup dalam dunianya sendiri. Sehingga menyalahkan takdir. Dan yg paling teruk MENYALAHKAN ALLAH TIDAK MENDENGAR DOANYA.

Alias dibayangi kisah silam Shuhada. Walau ada kasih buat isterinya namun ego dan jugak rasa tercabar atau mungkin jugak masalah jiwa. Diperlakukan Shuhada umpama pelacur. Mendatangi Shuhada dengan seks luar tabi'e. Mendera fizikalnya. Membunuh anak dalam kandungan hanya kerana tidak percaya itu anaknya. Sedangkan Shuhada hanya terkurung dirumah. PERCAYALAH INI ADA TERJADI DISEKELILING. DAN SYA YAKIN INI KISAH BENAR. SEBAB PENULISNYA SEORANG PEKERJA NGO DAN IBUNYA PESARA PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT. Sungguh sampai sekrang masih terasa nyilu dihati dan perut.huhuhu.....
Jarang kisah begini diangkat kerana tidak semua org melayu terima kisah begini dengan terbuka. Namun sebanrnya banyak kebaikanya kisah begini dibuka.bukan untuk membuka aib tapi membuka mata masyarakat.

No comments:

Post a Comment