Cinta Yang Tertunda ~ Nuril




CINTA YANG TERTUNDA
RM25.00 SEM / RM28.00 SS
belum masuk postage


Iman Nasuha... Pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang dengan Tengku Aniq Afnan yang pada mulanya menyakitkan hati dan menjengkelkan mula menimbulkan bibit-bibit suka. Baru saja dia ingin mengecap bahagia, bahagianya telah direngut oleh takdir yang kejam. Banyak harga yang perlu dibayar demi mendapat bahagia itu. Diam-diam ada yang menyemai benci melihat kebahagiaannya. Satu rancangan kejam telah dirangka. Kemalangan yang meragut segalanya. Dia hilang ingatan, dia hilang daya bersuara, dia fobia. Dikelilingi oleh orang yang dia sendiri tidak kenal, namun dia beruntung, mereka sanggup bertanggungjawab menjaganya.

Tengku Aniq Afnan... Cintanya tak pandai bercabang banyak. Kalau satu katanya, satulah ia. Cinta pertama dikhianati sehingga hati keras dan penuh dengan kebencian. Sering dia tertanya-tanya, apa salah dan dosanya sehingga cinta yang dijaga penuh, dikhianati tanpa belas. Bertahun-tahun tertanya-tanya dengan kehilangan mengejut Nasuha, tanpa meninggalkan sebarang tanda untuk dijejak.

Pertemuan dengan seorang wanita bernama Iman Nasuha telah mengusik ketenangan jiwanya. Nama yang sama, rupa yang berbeza membuatkan dia menafikan yang itu ialah Nasuhanya. Apatah lagi melihat keupayaan dan raut wajah Iman Nasuha yang dia temui kini sangat berbeza dengan Nasuhanya dahulu. Berjumpa setiap hari, kerana bekerja di tempat yang sama, diam-diam hati lelakinya mula menyenangi Iman, namun hati Iman lebih terbuka kepada pembantunya yang bernama Luth.
Akankah tersemai kembali cinta yang lama terhenti antara mereka? Akankah dapat diraih kembali bahagia yang telah lama berlalu dalam hidup mereka?


email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892
atau 

No comments:

Post a Comment