COMBO CURANG

Kombo Curang Hana HE
HAURA QANIA YANG TAK BERDOSA
JIWA MEDINA TERUS MEMILIH AKU
Preorder sekarang
😍
💜 JIWA MEDINA Terus Memilih Aku
SINOPSIS
Mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Fikir Jiwa Medina, perkahwinan itu akan kekal bahagia. Malangnya, kecundang di tengah jalan saat munculnya bekas teman wanita Zhariz. Siapa sangka, bertahun-tahun setia, akhirnya Zhariz memilih untuk curang. Dengan alasan, si isteri dah tak sama seperti awal-awal pernikahan mereka. Kalau dulu, Jiwa pandai berhias. Bila dah ada anak dua orang, Zhariz dah tak tahu nak beza mana satu Jiwa dan mana satu pembantu rumah mereka.
Jiwa nampak abang berpelukan dengan dia, kenapa abang buat Jiwa macam ni? - Jiwa Medina
Pergilah tilik diri you depan cermin. Nanti you akan tahu kenapa I pilih dia. You dah tak mampu buat I tertarik dengan you macam dulu, Jiwa. - Zhariz
Alasan untuk curang itu banyak. Bahkan mampu dikarang menjadi sebuah novel. Tapi satu saja pegangan Jiwa, curang itu bukan pilihan. Jiwa tak mengalah dengan mudah. Jiwa bermati-matian cuba pertahankan rumahtangga mereka. Malangnya menjadi pilihan kedua, serba-serbi yang dia buat nampak salah pada mata seorang suami.
Kenapa you pergi jumpa Lana tanpa pengetahuan I? You ada niat nak sakitkan dia ke? Jangan sentuh Lana kalau you tak nak I bencikan you, Jiwa. - Zhariz
Jiwa cuma minta dia ‘pulangkan’ suami Jiwa semula. Salah ke? - Jiwa Medina
Ya, acap kali Jiwa merayu supaya Zhariz terus memilih dia. Walaupun Jiwa tahu dalam hati si suami sudah ada sebaris nama perempuan lain. Sampai satu tahap, Jiwa naik lelah. Sudah bermacam-macam cara Jiwa mencuba, termasuklah mengubah penampilannya semula. Hampa, hati Zhariz seakan sudah tiada pada dia.
Walau beribu kali Jiwa minta abang pilih Jiwa tapi kalau dalam hati abang sudah ada dia, daya apa lagi yang Jiwa ada untuk pertahankan rumahtangga kita? Abang ceraikan Jiwa. Jiwa nak bebas, Jiwa dah tak nak tanggung rasa sakit ni lagi. - Jiwa Medina
Tatkala Jiwa menuntut perpisahan dan membawa diri, saat itulah Zhariz sedar yang selama ini dia sudah terlalu banyak melakukan kesilapan. Zhariz lukai isteri yang dia pernah cinta sepenuh hati. Zhariz cuba menjejaki Jiwa, di saat Jiwa seperti sedang membuka peluang kepada lelaki lain untuk merasai ‘cinta’ semula.
Dengan lelaki mana you keluar tadi?? I tak pernah ceraikan you, Jiwa. Jangan cuba-cuba nak cemarkan nama baik I sebagai suami. - Zhariz
Jadi lepaskan gelaran tu dengan segera, supaya abang tak terus terikat dengan Jiwa. Jiwa tak nak jadi isteri abang lagi. Dan mulai hari ni, Jiwa akan berhenti merayu supaya abang terus memilih Jiwa. Sebagaimana abang pernah buang nama Jiwa dari hati abang, Jiwa pun akan cuba keluarkan nama abang dari hati Jiwa. - Jiwa Medina
Hati sudah hancur luluh. Jiwa sudah berserpihan kecil. Disebabkan itulah Jiwa dah tak peduli tentang Zhariz dan perkahwinan mereka lagi. Cukuplah ada dua orang si kecil sebagai penguat diri. Jiwa minta dilepaskan dengan cara baik, namun mampu ke Zhariz menuruti dengan mudah? Dan bisakah perkahwinan mereka ini kekal sampai ke hujung nyawa, sebagaimana ikrar yang terlafaz pada bibir mereka suatu ketika dahulu?
💜 HAURA QANIA Yang Tak Berdosa
SINOPSIS
Kerana fitnah, Qania diceraikan. Kerana cemburu seseorang, bahagia Qania hilang dalam sekelip mata. Meskipun sudah diceraikan Qidzar Zulqarnain, hati tak mampu membenci. Qania akur jodoh mereka sudah terhenti setakat itu, namun untuk membutakan hati di saat bekas suaminya sedang kesusahan adalah sesuatu yang sukar untuk Qania lakukan. Mereka sama-sama adalah mangsa. Mangsa kerana hasad dengki seorang manusia.
Atas permintaan Datin Qistina, Qania kembali ke banglo mewah itu semula. Tapi bukan sebagai isteri Qidzar Zulqarnain. Tapi kerana jawatan pembantu peribadi Tuan Qidzar Zulqarnain.
Qid kemalangan sebulan yang lalu. Hari yang sama dia ceraikan Nia. Sekarang ni Qid dah tak boleh nak berjalan macam dulu. Mama tengok Qid pun dah tak bersemangat nak hidup lagi. Mama tak nak orang lain jaga anak mama, mama nak Nia yang jaga dia. Mama faham hati Nia tu dah terluka teruk, tapi boleh ke mama merayu Nia lakukan semua ni untuk mama? - Datin Qistina
Dia bencikan Nia, ma. Kalau dia tak benci, dia takkan ceraikan Nia. Macam mana Nia nak hadap dia sedangkan dalam hati dia penuh dengan rasa benci pada Nia? - Qania
Melihat keadaan Qidzar dengan sepasang mata sendiri, luluh hati Qania. Atas dasar cinta yang masih menebal, Qania rela jejak kaki masuk ke banglo itu. Walaupun dia tahu sekeping hati miliknya akan dilapah-lapah dengan kejam oleh Qidzar selepas ini.
Nak pandang muka kau untuk sesaat pun aku dah rasa benci. Kau ingat aku boleh hadap bila kau kata kau nak jaga aku dekat sini? Tentu kau seronok tengok aku macam ni kan? Kau yang curang, tapi aku yang terpaksa tanggung semua ni! - Qidzar
Masih menyalahkan Qania. Sikit pun tak bagi peluang untuk Qania pertahankan diri sendiri. Tak mengapa, Qania tahan dan pekakkan saja telinga. Masih ada rasa hormat pada Datin Qistina, disebabkan itulah Qania tak mengalah.
Saya datang ke sini bukan dengan status isteri tuan. Saya datang ke sini kerana permintaan datin. Saya cuma nak bantu tuan sampai sembuh. Selepas tu, tuan takkan nampak muka saya lagi. - Qania
Berulang-kali Qidzar menyakiti, sekerap kali itu jugalah Qania pujuk hati sendiri. Senyum sentiasa terukir pada bibir. Mahu tunjukkan pada Qidzar yang dia takkan berganjak walau seteruk apa pun penghinaan Qidzar terhadapnya.
Isteri curang macam kau ni, memang tak layak untuk mana-mana lelaki. Kau ni jenis tak cukup dengan seorang lelaki. Kalau rasa tak puas sangat, kenapa kau tak jadi pelacur saja dulu? - Qidzar
Tuan dah habis bercakap ke? Kalau dah habis, saya nak suapkan tuan makan. - Qania
Bengang. Qidzar sakit hati bila Qania hanya tenang semata-mata. Bagi Qidzar, Qania juga perlu merasa sakit sebagaimana sakitnya hati dia menanggung hakikat yang dia sudah pun kehilangan Qania. Hubungan mereka dingin. Bahkan setiap hari rasanya Qania terpaksa berendam dengan air mata. Sehinggalah Qidzar merasakan ada perubahan pada diri Qania.
Kenapa aku tengok pipi kau makin tembam? Tubuh kau, dah tak sama waktu kau masih isteri aku dulu. - Qidzar
Teguran Qidzar buat Qania rasa tak sedap hati. Tambahan pula waktu datang bulan dia susah terlewat berbanding kebiasaannya. Takdir DIA, rupa-rupanya Qania sedang membawa zuriat Qidzar tanpa disedari. Maka talak yang Qidzar lafazkan juga tidak akan jatuh selagi Qania belum melahirkan bayi itu. Qania cuba menyorok rahsia, malangnya sekelip mata juga rahsianya terbongkar.
Dalam perut kau ada anak aku, Qania. Walaupun aku tahu kau curang, aku yakin anak tu adalah benih aku. Jadi aku buat keputusan untuk rujuk semula. Bukan sebab kau, tapi sebab anak aku. Satu yang kau perlu tahu, aku tetap takkan bagi kau bahagia. Aku rujuk dengan kau semula pun sebab dendam. Aku takkan benarkan kau bahagia dengan lelaki lain. Hidup kau, akan terus terseksa dengan Qidzar Zulqarnain. - Qidzar
Takdir telah tertulis, akhirnya mereka kembali rujuk selepas puas Qania cuba menolak. Dan Qidzar kotakan janji untuk tidak membahagiakan Qania. Di saat rumahtangga mereka kian berantakan, kebenaran mula terhidang di depan mata. Qidzar menyesal. Namun hati yang terluka sukar untuk menerima setiap perbuatan Qidzar yang melukakan.
Mampukah rentak perkahwinan Qidzar dan Qania kembali seperti sediakala? Siapa pula ‘seseorang’ yang pernah menaburkan fitnah sehingga perkahwinan Qidzar dan Qania musnah? Dan apa pula motif dia?
📌 Setebal +-350ms setiap naskhah
📌Preorder hingga 10 Ogos 2021
📌Pengeposan hujung Ogos 2021 @ awal Sept 2021
📌Print On Demand ( POD)
📌Tiada dalam versi ebook
📌Tiada di kedai buku


 Tekan link tuk order yee... 

www.wasap.my/60193658598/COMBOCURANG

No comments:

Post a Comment