THE BACHELOR HUSBAND

PRE ORDER TERBARU DARI PENULIS NOVEL BEST SELLER
THE BACHELOR HUSBAND
GOLD EDITION
PRE ORDER DIBUKA HGGA 15 SEPTEMBER 2021 ATAU SEHINGGA KOATA PENUH
“SIR, Tan Sri Syed Basheer has just passed away!”
Ghazril yang sedang leka meneliti dokumen di atas meja segera angkat kepala. “Say it again?” arahnya dengan muka yang tidak beriak. Wajah kalut Lin Jin dipandang tidak berkelip.
“Tan Sri Syed Basheer has passed away,” Lin Jin mengulang kata-katanya tadi.
Sebaik yakin dengan apa yang didengarinya, Ghazril terus sandarkan tubuhnya ke dinding kerusi. Wajah lelaki yang sudah menginjak usia hampir tujuh puluh lima tahun itu tiba-tiba terbayang di ruang mata. Tetapi bukan hanya wajah lelaki itu sahaja yang terlayar di kepala tetapi wajah cucu perempuan kepada lelaki itu juga turut bermain-main di minda.
“Did she come back?” Setelah lama berdiam, dia bersuara semula. Pembantu kanan merangkap pengawal peribadinya itu dipandang dengan riak yang masih seperti tadi. Beku, kaku dan tanpa perasaan.
Mengerti siapa gerangan ‘she’ yang ditanyakan, kepala diangguk. “Yes, sir. She’s just arrived from abroad,” balasnya pendek.
Kening dijungkit. “Abroad? Where?” soalnya ingin tahu. Selama tujuh tahun dia menjejak gadis itu tetapi gagal. Dan selama tujuh tahun itu jugalah gadis itu hilang tanpa dapat dikesan. Dan hari ini dia dikhabarkan gadis itu sebenarnya memang berada di luar negara?
“Japan.”
Jepun? Jadi maknanya selama ini gadis itu bersembunyi di negara matahari terbit tersebut? Patutlah dia gagal menjejak kerana sangkanya gadis itu melarikan diri ke negara Eropah. Terkejut dengan maklumat tersebut, Ghazril kembali mendiamkan diri sambil dagunya diusap-usap perlahan.
Lin Jin turut diam dan menanti soalan atau arahan dari majikannya itu seterusnya.
“Any details about the funeral?” Ghazril mengalihkan butir bicara mereka sedang minda masih lagi ligat memikirkan sesuatu.
“The funeral will be held at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara tomorrow morning around eight, sir.”
“Call Isa and ask him to go with me tomorrow,” arahnya.
“Alright sir,” Lin Jin mengangguk.
“Inform Lisa to cancel all my appointments for tomorrow,” arahnya lagi. “And please arrange someone to keep an eye on her. I want to know her every move,” tegasnya pula.
“Okay sir,” akur Lin Jin dan terus beredar.
Sebaik Lin Jin hilang dari pandangan dan daun pintu biliknya ditutup, Ghazril bingkas bangun. Langkah dihayun menuju ke dinding kaca biliknya dan dia terus berdiri di situ sambil mata liar merenung langit yang sedikit mendung ketika itu.
It’s been seven years Nadiene! And after seven years, we’ll meet again. Bisiknya dengan mata mencerlung memandang langit dan senyum sinis terukir di bibir.
Walau pertemuan itu sangat dia harapkan tetapi gembirakah dia? Atau dia sebenarnya sedang mencari peluang untuk membalas semula segala kesakitan dan kekecewaan yang dilaluinya selama ini?

Tekan link tuk order yee... 


 

No comments:

Post a Comment