Showing posts with label ELSA. Show all posts
Showing posts with label ELSA. Show all posts

HEVIN n HELL


PRINT ON DEMAND
Pre Order sehingga 3/11..Preorder dibuka hingga 3/11/2019
Pos: 16/11/2019 onwards berperingkat
Harga preorder: RM38/RM42 termasuk pos
-
HEVIN & HELL

Yang Helena mahukan ialah Luth, abang komando yang bersinar seperti bidadara.

Malangnya Edd dari masa silam yang hitam muncul merebut haknya di sisi Helena. Di kala Helena berada pada titik paling lemah, Hevin, lelaki misterius yang pernah muncul pada malam durjana, kembali menjadi penyelamat.

“Kenapa nak kahwin dengan abang?” Sengaja Luth menduga.

“Sebab El sayang abang.” Tulus Helena mengaku. “Abang pun sayang El juga.”

“Aku akan pastikan yang kau kembali pada aku. Kau akan jeritkan semula nama aku bila kita bersama.” Ugutan Edd buat Helena semakin takut.

“Tak sesuai aku nak panggil bakal isteri aku Hell. Tak romantis langsung.” Hevin senyum.
Helena tergelak pendek. “Heaven and Hell yang tepatnya. Kau syurga, aku neraka.”

Tapi... tegarkah Helena bertarik rambut dengan Milly dan Madiha untuk seorang Hevin Kifli?

“Kau pengaruh tak baik untuk dia, El.”~ Madiha

“You cari my heaven ke? Dia tidur lagi. Penat.” ~ Milly

Helena percaya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Malangnya Hevin dan Luth tak cukup jahat untuk dirinya.

Mampukah Helena terus istiqomah ataupun berputus asa menjadi perempuan yang baik-baik?

SIR MONSTER

 Hari terakhir utk dptkan harga preorder. 
www.wasap.my/60189666752 segera sblm 12 tgh mlm 8 December.
Nota: manuskrip dh sampai kilang cetak😄


SEKARANG ni Ea bagaikan bayang-bayang Deanarees. Asal bukan dalam kelas aje, mesti pelajar tu melekat bagaikan gam padanya. Pada mulanya rimas juga. Bila dah lama-lama, jadi biasa. Kalau Ea tak ada, dia yang tercari-cari. Ea tu bagai adik yang dia tak pernah ada.

“Nune, can I live with you?”

Ea dah tak panggil Deanarees kakak cantik lagi. Sebaliknya dia panggil Nune. Katanya itu panggilan seorang budak lelaki kepada perempuan yang tua daripadanya. 

“Ha?” Terkuat suara Deanarees bila Ea tanya macam tu. 
“Sekarang ni kau menumpang kat mana? Hari tu kau kata ada keluarga kat sini. Sebab tu kau pandai cakap Melayu.”

“Sekejap saja. Tapi mereka tak selesa sebab saya ramai peminat. Jadi saya terpaksa duduk di hotel. Bosan la, Nune.”
Sepanjang masa Ea bercakap, Deanarees memang akan terpaksa menahan gelak. Dengan pelatnya. Dengan comelnya. Dengan skemanya. Geram pula dia tengok Ea. Memang rasa nak picit-picit. Rasanya bukan sekali ni aje dia rasa geram kat pelajar tu. 

“Nantilah aku suruh Madam cakap dengan mama. Kalau mama dan ayah okey, apa salahnya. Aku pun tak ada adik-beradik. Dan kau... boleh berlagak jadi adik aku.” Deanarees senyum lebar. 
Sejak Ea datang juga, dah tak ada pelajar yang berani nak khianat dia lagi. Sebab Mirza kata, Ea ni sebenarnya sentiasa diperhatikan dan dikawal rapi oleh pengawal peribadinya. Kereta yang Ea naiki memang sentiasa bersedia kat luar pagar sekolah. 
Sampai ke hari tu, mereka masih gagal lagi mengesan pelajar yang bertanggungjawab menyebabkan Deanarees lemas hari tu. Syed Casper pun gagal dapatkan saksi.

Bagi Deanarees, dia dah tak perlu bimbang sangat sebab Tuan Pengetua dah sangat jarang seru nama dia. Sekarang dah tak ada sebab peminat mati keras Sir Monster tu nak dengki kat dia. 
Mujur peminat mati keras Ea bukan jenis ganas nak membunuh. Setakat sindir-sindir Deanarees adalah dua tiga orang. Tapi tak jadi kudis pun. Deanarees memang tak ambil kisah tentang pandangan orang lain pada dia.

“Hujung minggu ni Nune nak ikut saya shooting?” tawar Ea.
“Wahhh... tentulah nak.” Walaupun Deanarees tak pernah amik tahu pasal K-Pop ke K-Drama ke, tapi dia tak kan lepaskan peluang tu. Sekali seumur hidup nak tumpang glamer artis Korea. Apa salahnya?

Dia nak ajak Lucas. Tentu lelaki tu suka. Lalu curi-curi dia keluarkan telefon. Hari tu dia dan Ea rehat kat atas bumbung sekolah sambil makan sandwic. Itu semua permintaan Ea. Katanya rindu nak makan kat atas bumbung sekolah macam dia selalu buat kat sekolah dia. 

Mujurlah seni bina bangunan Sri Dahlia ni diinspirasikan daripada banyak budaya selain budaya bangsa sendiri. Korea ada, Jepun ada. Eropah pun ada. Maka sebab tu sekolah ni selalu jadi pilihan program pertukaran pelajar dari luar negara.

Deanarees: Sabtu ni Ea ada shooting. Jom temankan aku.

Laju jari-jemarinya menaip mesej. Sambil tunggu Lucas jawab, Deanarees membelek Instagram.

“Nune, look here,” panggil Ea.

Dan mereka pun sama-sama swafoto untuk Instagram Ea. Pasti ramai pelajar Sri Dahlia akan cemburu berbulu-bulu. Instagram Ea penuh dengan gambar swafoto dia dengan Ea kat sekitar kawasan sekolah.

“Dea... Ea... no handphone!” Entah dari mana dia datang, tau-tau saja Syed Casper dah hulur tangan kat depan mereka.
Deanarees berdengus geram lalu hulur iPhone 7 Plus pada Syed Casper. Manakala Ea masih terkebil-kebil tak faham kenapa Syed Casper minta telefonnya.

“Ea, kat Sri Dahlia, handphone tak boleh bawa. 할 수 없다 (Hal su eobsda).”

Ea terus angguk dan hulurkan telefonnya pada Syed Casper. 
“죄송 해요. (Joesong haeyo).” Ea minta maaf.

“Wahhh?” Tercengang Deanarees dengar Syed Casper berbahasa Korea.

“Tak guna kalau kau kawan dengan dia tapi kau tak nak belajar bahasa Korea.” Sempat lagi Syed Casper menyindir sebelum dia duduk kat sebelah Deanarees. 

“Hyung, Sabtu ni ikut saya pergi shooting.” Ea ajak Syed Casper tiba-tiba.

Tercengang Deanarees dibuatnya. Kalau Syed Casper ikut, Lucas mesti rasa janggal. Khabarnya mereka dua orang tu tak boleh bersemuka.
“Okey.” Tanpa jeda Syed Casper terus berikan persetujuan.
Deanarees tepuk dahi. Habislah! Rosak rancangan dia.
“Kau dah kenapa?” Syed Casper pandang Deanarees. Hairan melihat reaksi gadis tu yang nampak terganggu dengan persetujuan dia tadi.

“Err... sebenarnya aku dah ajak Lucas.” Serba salah Deanarees bagitahu hal sebenar.

“Well… I don’t give a damn about it.” Syed Casper senyum jahat sebelum bangun.

“Sebelum balik nanti, ambil balik handphone ni kat bilik Tuan Pengetua,” pesan Syed Casper sebelum beredar.

Sekali lagi Deanarees tepuk dahi. Punyalah dia berjaya mengelak terserempak dengan Sir Monster sejak kebelakangan ni. Hari tu pula Syed Casper paksa dia mengadap. Tak guna! 

atau

PENCURI HATI TUAN DIKTATOR

PENCURI HATI TUAN DIKTATOR
‼️‼️LIMITED PRINT‼️‼️
🏷️RM38.00/RM42.00 termasuk pos
✳️Ready stock
🛃Pengeposan setiap hari kecuali cuti umum
Aku menghirup udara pagi yang nyaman. Terasa lapang sungguh dada. Haiqal dah tentu sedang duduk berjemur di pantai kepulauan Carribean. Cemburu pula bila difikirkan. Kalau aku ikut dia hari tu, bila pula aku nak balik kampung?

Rambut aku yang panjang separas pinggang aku ikat satu saja. Baju yang aku pakai pula ialah kurung kedah dengan kain batik. Cukup simple macam Ayu yang dulu-dulu.

Gaya aku berpakaian pagi tuh dah macam anak dara sunti tak habis sekolah. Comot dan kolot saja. Itulah ejekan selalu yang tuan diktator...eh...duda aku lempar pada aku dulu. Katanya aku perempuan comot dan kolot macam orang utan. Langsung tak tau nak bergaya atau berdandan. Rambut panjang banyak kutu. Ada ke patut kata aku ternak kutu. Mulut tuan diktator tu sepatutnya dah lama aku cili bohkan.

Hisy...sejak pulang ke kampung ni, selalu aje ingatan aku kena flashback. Banyak sangat memori yang dah aku lupakan selama ni, muncul kembali.

“Kak....” Tiba-tiba suara Ijam kuat menjerit. Terkejut aku. Ijam sedang berlari-lari sambil pegang ais krim Magnum. Wei...Magnum tu. Sejak bila pula Kak Saerah manjakan Ijam? Selalunya Kak Saerah sangat berjimat cermat.

“Mana beli ais krim ni? Mahal tau.” Aku mula bertanya.

“Jap la...Ijam baru nak bagitau akak ni.” Ijam masih tersengih-sengih.

“Abang Ean yang belanja. Dia dah balik la kak.”

Dub. Jantung aku berdegup kuat sebelum terhenti sesaat. Muka aku dah pucat membiru. Zayyan ada kat kampung? Oh no! Aku baru aje nak tenang-tenangkan perasaan.

“Adik bagitau yang akak pun balik jugak ke?” Suara aku rasa perlahan sangat.

Anggukan kepala Ijam buat aku lemah lutut, longlai rasanya.

“Kejap lagi Abang Ean datang nak jumpa akak!”

Oh no! Aku menjerit dalam hati. Aku tak mahu jumpa lelaki durjana tu lagi dah. Memang silap besarlah aku balik kampung masa ni. Aku patut ikut Haiqal pergi bercuti di Carribean!

“Ha...tu pun dia....”

Belum sempat Ijam habis berkata-kata, aku dah buka langkah seribu lari meredah ladang limau bali milik Tok Ayah kat belakang rumah.

“Ayu!”

Aku terjerit apabila terdengar suara Zayyan. Dia sempat kejar aku ke? Macam tak percaya aje. Bukan ke aku dah lari dulu? Dah lari lagi laju daripada dia. Maknanya aku kena lari lagi laju. Kalaulah aku pakai seluar, tentu langkah aku lebih pantas.
atau

SIR MONSTER ~ SERA ELYA

Preorder sehingga 8 Disember 2018.
Pengeposan secara berperingkat bermula pada 15 Disember 2018.
HARGA PROMOSI PRE ORDER
RM35/RM38 termasuk pos
DEANAREES tersenyum bangga sambil peluk erat trofi kecil yang dimenanginya tadi. Siapa sangka, luahan hati dia dapat tempat pertama. Padahal dia rasakan isi kandungannya poyo yakmat!

“Trofi tu bukan milik awak. Jadi jangan bawa 
balik. Ia milik sekolah sebab awak sertai aktiviti tu dalam waktu sekolah.” Suara Sir Eiden bergema kat sebelah. Datar dan tegas seperti biasa.

“Baik, sir.” Hilang terus senyuman kat bibir 
Deanarees. Dia baru nak bangga kat semua orang. Nampaknya dia perlu swafoto banyak-banyak dengan trofi tu.

Lalu telefon bimbit dia keluarkan dan mulalah 
Deanarees berswafoto tahap tak ingat dia kat mana.

“Siapa benarkan awak bawa telefon ke 
sekolah?”Kan dah kena jerkah. Nyaris telefon tak terlepas dari tangan.

"Er... maaf, sir.” Tergugup gagap Deanarees 
mohon maaf. Telefon segera disorokkan kat dalam saku blazer. Bimbang kalau-kalau kena rampas.

“Bagi saya telefon tu.” Sir Eiden hulurkan 
tangan. Sebelah lagi tangan dia sedang pegang stering kereta.

“Tak boleh phone and drive, sir.” Deanarees 
cuba buat lawak bodoh.

“Saya kata, bagi telefon tu pada saya 
sekarang!” Satu-satu perkataan tu diucapkan dengan nada garang bukan main.

Deanarees telan air liur. Bagaimanalah dia 
boleh terperangkap dengan Sir Eiden Monster ni?

Ha... kan dah dapat nama jolokan baru. 
Dengan berat hati, Deanarees keluarkan 
telefon bimbitnya yang bersarung warna pink glitter dan letakkan atas tangan Tuan Pengetua.

Telefon tu Sir Eiden simpan dalam saku seluar 
dia pula. Alamak! Macam mana nak ambil balik?

“Lepas tamat waktu sekolah baru ambil balik 
telefon ni.”

Berat kepala Deanarees nak mengangguk. 
Mujur Sir Eiden nak pulangkan. Kalau dia buat harta terus, apa dia nak jawab pada mama dan papa nanti? Memang salah dia sebab bawa telefon bimbit ke sekolah.

“Sir... tak ada kekecualian pada pelajar F6 ke?” 
Deanarees beranikan diri bertanya. 

“F6 ke F1 ke... selagi kamu masih pakai 
seragam sekolah tu, peraturan tetap kena ikut. No handphone for students at Sri Dahlia's compound!”

Hamik! Kan kena sebijik. Sia-sia aje 
Deanarees kena marah percuma hari tu. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Apalah malang nasib dia hari tu. Sudahlah kena cekup dengan Sir Eiden.

Terpaksa jalani hari yang sepatutnya 
menggembirakan tu dengan Sir Eiden. Kalau dia pergi sendirian tadi, tentu banyak lagi aktiviti yang boleh dia sertai. Malangnya, Sir Eiden izinkan dia sertai program tu separuh hari saja.

Tengah hari tu, dia perlu kembali ke sekolah 
untuk duduk dalam kelas tahanan sebab ponteng tanpa kebenaran. 

Kereta yang dipandu Sir Eiden masuk ke 
pekarangan sekolah. Sebaik saja kereta berhenti di tempat letak kereta berbumbung yang dikhaskan, Deanarees terus keluar. Mujur ketika tu tak ramai pelajar yang berkeliaran kat luar kelas.

Kalau tak, pasti satu sekolah akan pandang 
serong kat dia. Baru beberapa langkah diatur, 
Deanarees terdengar namanya dipanggil. Perlahan-lahan dia menoleh.Alamak! Bala lagi. Dia terus urut dahi.

Ketua Pelajar, Syed Casper tersenyum sinis 
pandang dia.

“Casper, kamu pastikan lepas tamat waktu sesi pagi, Deana akan berada di kelas tahanan. Don’t leave her alone.” Lepas berikan arahan, Sir Eiden berjalan menuju ke pejabatnya di bangunan utama Sri Dahlia.

Sir Monster ~ Sera Elya






Preorder 
 sehingga 8 Disember 2018
Pengeposan secara berperingkat bermula pada 15 Disember 2018.
HARGA 
RM35 SM/ RM38 ss 
termasuk pos

Blurp:
Dengan tabah, dia kutip kesemua sampul. Dalam banyak-banyak sampul berbau harum tu, ada sekeping kad berwarna hitam. Tulisan pada atas kad berwarna merah. Terang dan besar tertulis: I HATE YOU, MONSTER!

Deanaress tak pernah minta untuk jadi popular. Tapi setiap kali namanya diseru Sir Monster, dia semakin dibenci. Mereka iri lihat dia sering berdamping dengan Sir Monster. Padahal dia sendiri tak pernah sudi nak kena bebel dengan lelaki tu. Memang nasib dia malang sebab selalu tertangkap ketika membuat onar.

Sejauh mana mereka cuba menidakkan kebenaran, sekali lagi mereka berpijak di bumi yang sama. Eiden tak boleh lari daripada tanggungjawab. Deanaress tak boleh lari daripada perasaannya sendiri. Haruskah dia mengaku kalah kepada tuntutan perasaan? Bukankah dia benci tahap petala pada Sir Monster? Kenapa harus direbut hati beku yang entah-entah sudah dimiliki oleh mana-mana gadis malang?

Haruskah Eiden melanggar prinsipnya sendiri? Menolak Irina tetapi tidak Deana? Hipokritkah dia bila menyerah kepada takdir yang ironi? Adilkah dia pada Irina dan ikhlaskah dia pada Deana?

“Selalunya orang yang membebel kat seseorang tu, dia bukan nak sakiti hati orang tu. Tapi sebab sayang.”

ASSISTANT TUAN MENTERI ~ SERA ELYA

Harga: RM26.00 (Semenanjung)/RM29.00 (Sabah & Sarawak)
postage RM8 SEM / RM11 SS
Genre: Cinta, Mistik
“Saya sedang fikirkan jalan nak damaikan abang-abang kita.”~Mr. Panda
“Apa dia?”~Fina
“Kita kahwin!”~ Mr. Panda
“Awak...kita ni bercinta pun tak pernah...tiba-tiba nak kahwin? Hilang akal ke apa?”~ Fina

Fina dan Mr. Panda ‘kahwin lari’ di Surrey dengan harapan tindakan mereka akan dapat damaikan Adnan dan Rashdan yang berseteru. Bila Mr. Panda ‘kaki sejuk’ tak mampu berterus-terang, Fina merajuk bawa diri. Di Putrajaya mereka bertemu kembali apabila masing-masing jadi Assistant Tuan Menteri. Tika itu, Mr. Panda dikejar Leha. Fina pula diintai Encik Ashraf.

Kerana cemburu dan cinta, Fina dengan Mr. Panda mula main tarik tali. Bila rahsia perkahwinan mereka terbongkar, Leha naik minyak dan berusaha hancurkan rumah tangga Fina dan Mr. Panda.

Encik Ashraf pula tak bermaksud nak menangguk di air keruh, dia ikhlas mahu selamatkan Fina.
“...saya memang nak suruh awak bercerai dengan Izz. Dia bukan lelaki yang sesuai jadi suami awak. Sayalah lelaki yang paling sesuai sebagai suami awak!” ~ Encik Ashraf.

Dan Leha berjanji tak akan lepaskan Mr. Panda hingga ke hujung nyawa.
“Izz...kalau you tak datang...esok you akan jumpa mayat I...I akan tikam diri I sampai terburai isi perut!” ~ Leha.

Rashdan pula tak pernah rela keturunan Adnan jadi adik iparnya.
“Adik...ingat lagi tak pesanan abang...don’t you ever...ever...ever...fall for him!” ~ Rashdan

Berjayakah rancangan Leha mahu memisahkan Fina dan Mr. Panda? Berjayakah Encik Ashraf selamatkan Fina? Adakah Rashdan akan terima Mr. Panda sebagai adik iparnya? Fina dan Mr. Panda pula kuatkah cinta mereka nak hadapi semua orang?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau

Sweet Vendetta ~ SERA ELYA

Genre: Cinta
Harga: RM26.00 (Semenanjung)/RM29.00 (Sabah & Sarawak)
postage rm8 sem / rm11 ss
Sebuah persahabatan....

"Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang nampak macam Ichigo Kurosaki.

"Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck!

Satu dendam....

“Kahwin tu macam seronok. I nak cuba...best ke tak. Kalau tak best, kita cerai, okey?” ~ Raess Haider

“You ni gila, tau tak? Harap muka aje hensem. Tapi psiko.” ~ Qisya Qistina

Takdir mereka....

“Abang jangan buat lawak la...Arranged marriage won’t happen to me!” ~ Lorna Humayra

“Awak kata awak ni thrill seeker. Abang rasa tak ada yang lebih thrill lagi melainkan kahwin tanpa cinta atau tanpa kenal bakal orang yang dikahwini. Pasti thrill.” ~ Redza Adzhar Azlan

Cinta yang saling bertautan....

“We can fix each other...Rumah tangga ni macam dacing. Kena seimbang. I salah, you tegur. You salah, I tegur. Kita tak sempurna, Redz. Kita saling melengkapi!” ~ Qisya Qistina

“I sendiri tak betul, Ina. Bagaimana I nak betulkan you...betulkan Humayra?” ~ Redza Adzhar Azlan
“I dah tak nak test lagi, Qish. I nak buat betul-betul. This time around I am serious. I want to marry you...” ~ Raess Haider

Sebuah VENDETTA menemukan takdir mereka, membuatkan hati mereka JUMP dan akhirnya bersimpul dalam satu ULTIMATUM.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau

VAMPIRE HIDUPKAN CINTAKU ~ Izza Hani

Harga: RM24.00 (Semenanjung)/RM27.00 (Sabah & Sarawak)
postage rm8sem / rm11.ss
Genre: Romance Fantasy, Aksi, Cinta
Zarique dan Larissa merupakan pahlawan Nosferatu yang ditugaskan memburu Strigoi. Namun apabila rahsia silam Larissa terbongkar, dia terpaksa melarikan diri ke dunia lain dengan ditemani oleh Zarique.

Kyra sama sekali tidak menduga yang dia mencintai seorang Vampira, musuh tradisi keturunannya. Lord Zarray yang tersihir dengan kecantikan Kyra telah meletakkan nyawa gadis itu dalam bahaya.

Erzad yang ditugaskan menyiasat kejadian jenayah paranormal telah didatangi oleh Maeve, perempuan sihir yang penuh misteri dan tidak boleh dipercayai.

Kemunculan Luna menyebabkan Zarique kehilangan Larissa, Lord Zarray terpisah daripada Kyra dan Erzad hilang ingatan.

Demi menyelamatkan Larissa, mengembalikan Kyra, Zarique dan Lord Zarray terpaksa menggadai nyawa datang ke dunia manusia. Mereka bertemu dengan si licik Luna dan Erzad yang amnesia.

Lalu bagaimanakah Zarique mahu menyelamatkan Larissa? Dapatkan Lord Zarray menemui Kyra semula? Berjayakah Erzad mendapat kembali ingatannya yang hilang? Dan Luna...siapakah dia sebenarnya?

Luna, sekadar seorang kawan baharu yang licik dan berani. Larissa...nyawa, jiwa, cinta dan segala-galanya ~ Zarique

atau
WhatsApp 018-9666752
atau

HATIKU DICURI LANUN ~ que sera sera

HATIKU DICURI LANUN 
Harga: RM24.00 (Semenanjung)/RM27.00 (Sabah & Sarawak)
poslaju rm8 sem / rm11 ss

Genre: Romance Fantasy, Aksi, Cinta

Danika diburu Kapten Ken, ketua lanun yang hanya muncul kala bulan mengambang. Anehnya, Danika tak ingat apa-apa tiap kali diculik oleh Kapten Ken. Munculnya Dr. Ryan, pensyarah baru di kolejnya buat Danika semakin keliru. Mengapa Kapten Ken dan Dr. Ryan punya nama dan wajah yang serupa? Siapakah mereka? Adakah mereka orang sama? Apakah yang mereka mahukan daripada Danika?

Ada Dia
Dunia gelap itu kembali bergolak hingga membuat dua jiwa terpaksa mengenepikan kebahagian yang sedang mereka kecapi. Antara tanggungjawab, masa depan, sahabat dan cinta, mereka terpaksa membuat pilihan. Mampukah mereka buat keputusan yang wajar? Atau mereka terpaksa akur dengan peraturan yang ditetapkan? Ada dia...segalanya mungkin.

Skypirate
Kata Mireya, hatinya berada di angkasa, milik si mata biru cerulean yang bernama Zander. Saat dia keliru untuk memilih antara Kapten Luke dengan Putera Ziyad, Mireya telah melarikan diri untuk menjadi lanun angkasa. Milik siapakah hati Mireya akhirnya?

Cinta Sayap Hitam
Hidup Kea tak pernah normal semenjak dilahirkan. Ibu dan ayah tirinya ialah vampire. Semenjak kecil dia dibesarkan di Nian. Hanya bila remaja, baru dia dibenarkan hidup di dunia manusia. Dia mahukan kehidupan yang normal. Kemunculan Rif Ryan, demon bersayap dari dunia lain menyukarkan Kea untuk menikmati kehidupan yang normal. Adakah Kea akan memilih untuk hidup normal atau memilih Rif Aryan?

Butterfly-X
Pabila rakyat Elipsie semakin tertindas, muncul Butterfly-X cuba membela nasib mereka. Antara cinta lama dan perjuangan
masa depan, mampukah Airis melawan Kyrian demi menegakkan
pendiriannya? Dan mampukah Kyrian membuat Airis berpaling kepadanya?

Hessa My Roses
Kewibawaan Razien dicabar oleh Hessa, seorang gadis desa yang menjadi sukarelawan di hospital. Namun Razien tak tahu Hessa sebenarnya perisik kumpulan pembebasan yang punyai misi untuk mencari dan menyelamatkan Putera Hayden. Berjayakah Hessa mencari Hayden? Antara kesetiaan kepada Ilunati dengan cintanya pada Hessa, Razien pilih siapa?

atau
WhatsApp 018-9666752
atau

AYE AYE TUAN PRESIDEN ~ QUE SERA SERA

limited stocks available
Tajuk: Aye, Aye Tuan Presiden!
Harga termasuk pos: RM34sm/RM38ss
Mujur calar sikit. Peluru tu berjaya gores bahu aku. Walaupun luka kecil, terpaksa aku berlakon seolah-olah luka itu sakit sangat. Yalah... Setiausaha Akhbar Tuan Presiden yang anggun bergaya ni bukan ejen gagah perkasa. Dia orang awam. Itu penyamaran aku. Mereka tak boleh tau aku siapa.

Terpaksalah aku berlakon histeria tadi lepas Najmi tunjuk luka tu. Sekarang ni kononnya aku dah tenang. Luka dah dirawat, disapu ubat dan dibalut kemas. Cuma aku belum bertukar baju sebab kami terkurung dalam pejabat Tuan Presiden dikawal rapi oleh pasukan polis. Great sangat!
Sebotol air tersua depan aku. Terkejut dibuatnya. Serius aku tak perasan bila Najmi datang. Bahaya betul untuk sniper macam aku. Tak sepatutnya aku alpa. Kalau dia tu musuh dan tembak aku tadi? Mati kodok jawabnya. 
Aku sambut air yang dihulurkan. Najmi tarik kerusi dan duduk depan aku.
“Saya curious.” Muka Najmi tiba-tiba serius.
Aku terus pasang mode berjaga-jaga. Cuba duga soalan dia. Aku harus pandai putar-belit kalau nak penyamaran aku berjaya.
“Macam mana awak tau ada orang tengah aim ke arah tuan?” Najmi pandang muka aku. Curiga sekali air muka dia. Tak macam gaya Setiausaha Sulit pula aku tengok. Dia ni ejen khas juga ke? Naaahhhhhh! Kami dah siasat latar belakang dia. Najmi orang awam.
“Well... dulu saya pernah join latihan ketenteraan selama 6 bulan. Konon nak jadi komando. Tapi langsung tak layak. Cuma saya sempatlah diajar menembak...cara-cara nak kenal ancaman.” Aku bagi jawapan yang masuk akal sebab itu yang ada dalam rekod aku pun. Memang aku gagal ujian saringan nak jadi ahli elit pasukan komando. Lagipun mana ada pelatih perempuan yang dibenarkan turut serta dalam pemilihan tu.
“Pergerakan awak tadi..swift...like a tigress.” Najmi senyum.
Tegak roma aku tengok senyuman dia tu. Penuh muslihat tapi amat menggoda tulang rusuk aku. Memang tergugat betul perasaan tiap kali Najmi rapat dengan aku macam ni.
“Saya dah biasa terkam lelaki macam tu.” Oopsss! Mak ai. Terlepas cakap!
Muka Najmi berubah terkejut. Hilang terus senyuman muslihat dia. Muka polos terkejut. Dah sah dia salah faham maksud kata-kata aku tadi. Yang aku nak maksudkan, aku dah biasa jadi human barrier untuk lindungi orang daripada jadi mangsa sniper macam aku. Dan setakat hari ni, semua yang aku terkam untuk selamatkan nyawa tu memang lelaki. So...bukan salah aku la kalau aku dah biasa terkam lelaki, kan?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau