SIR MONSTER

 Hari terakhir utk dptkan harga preorder. 
www.wasap.my/60189666752 segera sblm 12 tgh mlm 8 December.
Nota: manuskrip dh sampai kilang cetak😄


SEKARANG ni Ea bagaikan bayang-bayang Deanarees. Asal bukan dalam kelas aje, mesti pelajar tu melekat bagaikan gam padanya. Pada mulanya rimas juga. Bila dah lama-lama, jadi biasa. Kalau Ea tak ada, dia yang tercari-cari. Ea tu bagai adik yang dia tak pernah ada.

“Nune, can I live with you?”

Ea dah tak panggil Deanarees kakak cantik lagi. Sebaliknya dia panggil Nune. Katanya itu panggilan seorang budak lelaki kepada perempuan yang tua daripadanya. 

“Ha?” Terkuat suara Deanarees bila Ea tanya macam tu. 
“Sekarang ni kau menumpang kat mana? Hari tu kau kata ada keluarga kat sini. Sebab tu kau pandai cakap Melayu.”

“Sekejap saja. Tapi mereka tak selesa sebab saya ramai peminat. Jadi saya terpaksa duduk di hotel. Bosan la, Nune.”
Sepanjang masa Ea bercakap, Deanarees memang akan terpaksa menahan gelak. Dengan pelatnya. Dengan comelnya. Dengan skemanya. Geram pula dia tengok Ea. Memang rasa nak picit-picit. Rasanya bukan sekali ni aje dia rasa geram kat pelajar tu. 

“Nantilah aku suruh Madam cakap dengan mama. Kalau mama dan ayah okey, apa salahnya. Aku pun tak ada adik-beradik. Dan kau... boleh berlagak jadi adik aku.” Deanarees senyum lebar. 
Sejak Ea datang juga, dah tak ada pelajar yang berani nak khianat dia lagi. Sebab Mirza kata, Ea ni sebenarnya sentiasa diperhatikan dan dikawal rapi oleh pengawal peribadinya. Kereta yang Ea naiki memang sentiasa bersedia kat luar pagar sekolah. 
Sampai ke hari tu, mereka masih gagal lagi mengesan pelajar yang bertanggungjawab menyebabkan Deanarees lemas hari tu. Syed Casper pun gagal dapatkan saksi.

Bagi Deanarees, dia dah tak perlu bimbang sangat sebab Tuan Pengetua dah sangat jarang seru nama dia. Sekarang dah tak ada sebab peminat mati keras Sir Monster tu nak dengki kat dia. 
Mujur peminat mati keras Ea bukan jenis ganas nak membunuh. Setakat sindir-sindir Deanarees adalah dua tiga orang. Tapi tak jadi kudis pun. Deanarees memang tak ambil kisah tentang pandangan orang lain pada dia.

“Hujung minggu ni Nune nak ikut saya shooting?” tawar Ea.
“Wahhh... tentulah nak.” Walaupun Deanarees tak pernah amik tahu pasal K-Pop ke K-Drama ke, tapi dia tak kan lepaskan peluang tu. Sekali seumur hidup nak tumpang glamer artis Korea. Apa salahnya?

Dia nak ajak Lucas. Tentu lelaki tu suka. Lalu curi-curi dia keluarkan telefon. Hari tu dia dan Ea rehat kat atas bumbung sekolah sambil makan sandwic. Itu semua permintaan Ea. Katanya rindu nak makan kat atas bumbung sekolah macam dia selalu buat kat sekolah dia. 

Mujurlah seni bina bangunan Sri Dahlia ni diinspirasikan daripada banyak budaya selain budaya bangsa sendiri. Korea ada, Jepun ada. Eropah pun ada. Maka sebab tu sekolah ni selalu jadi pilihan program pertukaran pelajar dari luar negara.

Deanarees: Sabtu ni Ea ada shooting. Jom temankan aku.

Laju jari-jemarinya menaip mesej. Sambil tunggu Lucas jawab, Deanarees membelek Instagram.

“Nune, look here,” panggil Ea.

Dan mereka pun sama-sama swafoto untuk Instagram Ea. Pasti ramai pelajar Sri Dahlia akan cemburu berbulu-bulu. Instagram Ea penuh dengan gambar swafoto dia dengan Ea kat sekitar kawasan sekolah.

“Dea... Ea... no handphone!” Entah dari mana dia datang, tau-tau saja Syed Casper dah hulur tangan kat depan mereka.
Deanarees berdengus geram lalu hulur iPhone 7 Plus pada Syed Casper. Manakala Ea masih terkebil-kebil tak faham kenapa Syed Casper minta telefonnya.

“Ea, kat Sri Dahlia, handphone tak boleh bawa. 할 수 없다 (Hal su eobsda).”

Ea terus angguk dan hulurkan telefonnya pada Syed Casper. 
“죄송 해요. (Joesong haeyo).” Ea minta maaf.

“Wahhh?” Tercengang Deanarees dengar Syed Casper berbahasa Korea.

“Tak guna kalau kau kawan dengan dia tapi kau tak nak belajar bahasa Korea.” Sempat lagi Syed Casper menyindir sebelum dia duduk kat sebelah Deanarees. 

“Hyung, Sabtu ni ikut saya pergi shooting.” Ea ajak Syed Casper tiba-tiba.

Tercengang Deanarees dibuatnya. Kalau Syed Casper ikut, Lucas mesti rasa janggal. Khabarnya mereka dua orang tu tak boleh bersemuka.
“Okey.” Tanpa jeda Syed Casper terus berikan persetujuan.
Deanarees tepuk dahi. Habislah! Rosak rancangan dia.
“Kau dah kenapa?” Syed Casper pandang Deanarees. Hairan melihat reaksi gadis tu yang nampak terganggu dengan persetujuan dia tadi.

“Err... sebenarnya aku dah ajak Lucas.” Serba salah Deanarees bagitahu hal sebenar.

“Well… I don’t give a damn about it.” Syed Casper senyum jahat sebelum bangun.

“Sebelum balik nanti, ambil balik handphone ni kat bilik Tuan Pengetua,” pesan Syed Casper sebelum beredar.

Sekali lagi Deanarees tepuk dahi. Punyalah dia berjaya mengelak terserempak dengan Sir Monster sejak kebelakangan ni. Hari tu pula Syed Casper paksa dia mengadap. Tak guna! 

atau

No comments:

Post a Comment