ESQANDAR LELAKI PALING HINA

PRE ORDER
ESQANDAR LELAKI PALING HINA
LIMITED EDITION 
RM40 SM / RM47 SS
termasuk pos

“Berapa kali saya perlu ulang yang awak mesti tinggalkan mummy saya?” Suara Raihana keras mengetuk deria telinga Esqandar. Buat Esqandar kembali memusingkan tubuh.
“Aku dah hantar mummy kau balik pun kau masih nak tunjuk bagus depan aku?” Terjungkit kening Esqandar. Tercalar juga ego dia sebagai lelaki. Tak habis-habis kena sembur dengan Raihana, lelaki mana yang mampu duduk diam saja?
“Hantar mummy saya dalam keadaan mabuk. Dengan ‘love bite’ merata-rata. Awak ni Islam atas nama aje ke??” Naik satu oktaf. Semakin hilang sabar.
Tengok wajah memerah Raihana, makin seronok pula Esqandar hendak menduga. Menapak ke hadapan, berdiri merenung Raihana dengan pandangan jengkel.
“It wasn’t me who started it.” Sebaris ayat. Mengundang garis halus di dahi Raihana.
“Maksud awak?”
Tak jawab soalan Raihana, terus Esqandar selak leher baju yang dipakai. Terpampang beberapa kesan merah di situ. Lebih tepat, kesan gigitan seseorang. Pandang kesan merah yang ditunjukkan Esqandar, sampaikan wajah Raihana turut berubah merah.
“Dah nampak kan? Jadi kau rasa aku dengan mummy kau, siapa yang lebih ganas?” Sinis.
Raihana rasa pijar kedua-dua belah pipi. Datuk Sonia itu mummy dia, harus dia rasa malu dengan perbuatan mummy dia yang jelas tak bermoral. Hilang ayat, Raihana tak mampu nak meluah kata. Tengok keadaan Raihana, Esqandar jungkit bahu. Pasang niat nak berlalu. Tatkala ada sesuatu yang melonjak-lonjak minta diluahkan, Esqandar dekatkan wajah dia pada Raihana.
“One question, girl.” Leret Esqandar buat seluruh tubuh Raihana terasa meremang.
Raihana kebam bibir. Berdebar-debar. Aneh sungguh sekeping hati milik dia. Bencikan Esqandar, tapi kenapa tiap kali berdepan dengan Esqandar perasaan dia mula berubah tak menentu?
“Kau dengan mummy kau, agak-agak siapa yang lebih ganas eh?” Sambung Esqandar lalu segera menegakkan tubuh semula. Bimbang juga pelempang Raihana bakal singgah ke wajah.
Tengok air muka Raihana yang dah berubah, cukup membuatkan Esqandar faham. Mesti darah di tubuh Raihana sedang menggelegak teruk.
“Awak jangan nak biadap dengan saya, boleh tak?”
“Kau pun sama. Jangan pandai-pandai nak ceramah aku. Kau ceramah mummy kau dulu. Kalau dia dah insaf, tahulah waktu bila aku nak bertaubat pula.”
“Esqandar!”
“Talk to you later, girl.” Abaikan amukan Raihana, selamba Esqandar berlalu ke kereta. Siap melambai tangan lagi. Terpejam kedua-dua belah kelopak mata Raihana.
Lelaki ini, memang tak pernah serik langsung. Tak sudah-sudah nak menyusahkan hidup dia. Kalau Datuk Sonia itu tak punya kaitan dengan Raihana, tak sudilah Raihana nak bazirkan air liur nasihatkan Esqandar.
Buat sakit hati.
Buat pedih jiwa dan raga.
Ikutkan rentak perasaan yang bergelodak, memang melayang selipar yang dipakai ke kepala Esqandar. Mujurlah Raihana masih mampu kawal diri. Fuh!
Pre-order dibuka sehingga 15 NOV 2020. Cetakan mengikut pembayaran. Tiada di mana-mana kedai buku. Jualan atas talian sahaja.
“Hantar mummy saya dalam keadaan mabuk. Dengan ‘love bite’ merata-rata. Awak ni Islam atas nama aje ke??” Naik satu oktaf. Semakin hilang sabar.
Tengok wajah memerah Raihana, makin seronok pula Esqandar hendak menduga. Menapak ke hadapan, berdiri merenung Raihana dengan pandangan jengkel.
“It wasn’t me who started it.” Sebaris ayat. Mengundang garis halus di dahi Raihana.
“Maksud awak?”
Tak jawab soalan Raihana, terus Esqandar selak leher baju yang dipakai. Terpampang beberapa kesan merah di situ. Lebih tepat, kesan gigitan seseorang. Pandang kesan merah yang ditunjukkan Esqandar, sampaikan wajah Raihana turut berubah merah.
“Dah nampak kan? Jadi kau rasa aku dengan mummy kau, siapa yang lebih ganas?” Sinis.

No comments:

Post a Comment