Combo Bad Heroes ~ hana Elfriena

Pre Order sehingga 15 NOVEMBER 2020❤️

#EsqandarLelakiPalingHina

Demi mengejar populariti dunia peragaan, Esqandar serahkan satu-satunya maruah dia pada Datuk Sonia. Esqandar tak kisah kalau orang nak cakap dia tu ‘anak ikan’ Datuk Sonia. Hakikatnya, memang dia pernah jadi teman tidur kepada wanita berpangkat Datuk itu.

Hukum agama, Esqandar tolak ke tepi. Dia taksub dalam mengejar syurga duniawi. Hinggalah dia ditemukan dengan anak tiri Datuk Sonia, Nufa Raihana yang baru saja pulang dari luar negara. Mulut pedas Raihana kadang-kadang memang boleh buat Esqandar hilang sabar. Namun ditahankan rasa sakit hati mengenangkan Raihana itu anak perempuan Datuk Sonia.

Saya tengok awak cukup sifat. Ada kaki, ada tangan. Awak boleh cari kesenangan awak sendiri. Kenapa sampai perlu gadaikan maruah sebagai seorang lelaki? - Raihana

Mummy kau perlukan aku. Dan aku perlukan dia untuk kepentingan diri aku. Kau tak payah nak tazkirahkan aku sangat. Lebih baik kau pergi tazkirahkan mummy kau. Untuk pengetahuan kau, hubungan aku dan mummy kau dah sampai ke tahap atas ranjang. - Esqandar

Raihana mengucap panjang. Puas dia nasihatkan Datuk Sonia, sikit pun tak mampu ubah perilaku ibu tirinya itu. Kesal, hubungan mereka rapat. Kembali renggang sejak munculnya Esqandar.

Berapa jumlah yang awak perlukan supaya awak tinggalkan mummy saya? - Raihana

Kalau aku minta tubuh kau untuk satu malam, kau sanggup? - Esqandar

Raihana tahu dia takkan tergamak untuk tunaikan permintaan Esqandar. Hanya mampu melihat maksiat yang sedang berlaku depan mata hinggalah Datuk Sonia dan Esqandar terlibat dalam sebuah kemalangan. Datuk Sonia bukan saja disahkan koma disebabkan insiden itu, malah Datuk Sonia hilang sebelah kakinya.

Kalau awak tak memandu dalam keadaan mabuk, mummy saya takkan terlantar macam tu. Awak punca kepada segala-galanya, Esqandar! - Raihana

Kesal. Bagaikan mati lalu dihidupkan kembali, Esqandar anggap itu adalah peluang untuk dia tebus segala kekhilafan dia selama ini. Kerana dia, adalah lelaki paling hina.

Aku minta maaf, Rai. Aku tahu salah aku. Kau bagitahu aku, apa patut aku buat supaya kau maafkan aku? - Esqandar

Gantikan tempat mummy, pulangkan sebelah kaki mummy yang hilang. Kalau awak mampu, kemaafan saya adalah milik awak. - Raihana

Permintaan yang cukup berat. Mana mungkin Esqandar bisa tunaikan. Tak jemu menagih kemaafan, namun kerasnya hati Raihana buat Esqandar tertunduk lemah. Putus asa. Susah rupa-rupanya mahu memujuk hati yang sedang sarat dengan rasa kecewa. Satu-persatu nikmat pinjaman di dunia ditarik semula oleh DIA. Paling mengejutkan saat Datuk Sonia terjaga daripada ‘lena’ yang panjang, permintaan wanita itu buat Raihana dan Esqandar hampir saja tak bernafas.

Mummy nak bertaubat, Rai. Mummy sebenarnya punca Qandar jadi macam tu. Mummy yang rosakkan hidup dia. Mummy yang desak dia puaskan nafsu mummy. Dan atas alasan yang tak mampu mummy jelaskan, mummy nak Rai kahwin dengan Qandar. - Datuk Sonia

Raihana temui jalan buntu. Esqandar pula bagaikan hilang lidah untuk terus berbicara. Hendak menolak, keadaan Datuk Sonia buat Raihana jadi tidak sampai hati. Agak-agak sanggup ke Raihana terima lelaki paling hina seperti Esqandar untuk dijadikan suami sedangkan hubungan Esqandar dan Datuk Sonia sebelum ini lebih daripada pasangan suami isteri?

⭕️⭕️⭕️⭕️

#SyedDarizSuamiPalingEgois

Perkahwinan yang wujud berlandaskan ego semata-mata. Kerana Syed Dariz adalah lelaki yang cukup pantang dicabar. Apatah lagi pulangan andai dia memenangi permainan itu sangat lumayan. Fazhel sanggup menyerahkan Tasnia sebagai teman ‘tidur’ untuk satu malam. Lantas mengahwini Nur Darlina adalah semata-mata untuk kepuasan diri sendiri.

Aku tak kahwini kau kerana cinta. Aku kahwin dengan kau untuk kepentingan nafsu aku sebagai lelaki. Aku dapat kau dan aku akan dapat perempuan yang aku idamkan selama ni. Bear this in your mind, lady. – Syed Dariz

Berkali-kali dilukai, Darlina setia di sisi Dariz kerana dia adalah seorang isteri. Walaupun maruah dia, hanya Dariz letakkan pada bawah tapak kaki lelaki itu saja. Penderitaan Darlina adalah satu kepuasan untuk Fazhel.

Kau dah tahu kan Dariz kahwin dengan kau sebab dia nak ‘merasa’ perempuan simpanan aku? - Fazhel

Kenapa tuan berdendam sangat dengan saya sampai tuan sanggup hancurkan kebahagiaan saya? - Darlina

Sebab kau satu-satunya perempuan yang pernah tolak aku. Atas alasan itu, aku takkan sesekali benarkan kau bahagia! - Fazhel

Dendam Fazhel seakan tak berkesudahan. Walaupun Darlina sudah sah menjadi milik kawan baiknya, Fazhel masih tidak henti-henti mengganggu Darlina. Cemburu Dariz tercuit, namun demi ego yang disanjung lelaki itu memilih untuk meretakkan hati seorang isteri.

Takkan cuit isteri kau sedikit pun tak boleh, bro? - Fazhel

Bukan setakat cuit, kalau kau nak usung dia sampai ke katil pun lantak kaulah, Hel. Tapi bukan di depan aku! - Dariz

Dayus. Hanya suami yang dayus saja sanggup memperlakukan seorang isteri hingga ke tahap itu. Darlina sabar. Darlina telan setiap layanan kasar Syed Dariz. Hinggalah satu saat kesabarannya menipis dengan perlakuan Dariz yang cukup keterlaluan.

Jadi sejak bila katil kita dijadikan tempat awak melampiaskan nafsu dengan perempuan lain, Riz? – Nur Darlina

Kejam. Dariz tahu dia cukup kejam. Namun untuk mengakui kesalahannya adalah perkara terakhir yang dia akan buat. Sehinggalah Nur Darlina hilang dari sisinya, barulah Dariz jadi separuh nanar.

Mampukah peluang kedua itu ada buat Syed Dariz yang cukup terkenal dengan sikap egonya itu? Atau Darlina akan menuntut cerai demi mencari peluang bahagia untuk sekali lagi?

⭕️⭕️⭕️⭕️

Cetakan mengikut pembayaran sahaja (POD) dan tidak masuk mana-mana kedai. Target 1,000 set sahaja. ☺️


 

No comments:

Post a Comment