COMBO BAD HEROES

🛑
PRE-ORDER. Pembayaran dilanjutkan sehingga 5 DEC 2020.
🛑
Pengeposan dalam bulan DEC 2020.
🛑
Cetakan mengikut pembayaran.
🛑
TIADA DALAM EDISI EBOOK.
Untuk tempahan,
atau
Perasan ada susuk lain yang berdiri di belakangnya, terus Dariz pusingkan tubuh. Di situ, ada Darlina yang sedang tunak merenung wajahnya. Dari raut wajah itu, Dariz yakin Darlina sudah mendengar segala-galanya. Namun langsung tiada riak cuak menghiasi wajah tampan itu.
“Aku telefon kau balik, Hel.” Panggilan diputuskan sebelum Dariz menyilang tangan ke tubuh sendiri.
“Tengok kau pandang aku macam tu, aku rasa kau dah boleh agak kenapa aku kahwini kau kan?”
Darlina diam mengatur nafas supaya dia boleh berlagak tenang. Jemari sendiri dikepal kuat. Dia tak boleh cepat melatah. Kelak Dariz akan terus memandang rendah pada dirinya. Lagipun dia dah berjanji pada Laila.
Dia harus kuat.
Dari awal lagi dia dah sepatutnya boleh agak tentu ada agenda Dariz begitu beria-ia mahu mengahwininya.
“Kenapa?” Ringkas pertanyaan Darlina. Nampak saja tak melatah, walhal hati di dalam sudah lintang-pukang.
“Apa yang dah kau buat pada Fazhel?”
Terkedu. Tak duga soalan itu yang meniti pada bibir Dariz.
“Apa yang saya dah buat pada dia?” Soalan berbalas soalan. Dariz hambur tawa. Bangkit berdiri, merapati Darlina. Hinggakan si isteri undurkan beberapa tapak ke belakang.
“Kau ni nampak macam polos, tapi sebenarnya kau dengan perempuan-perempuan murah dekat luar tu sama aje. Tak apalah kalau kau tak nak mengaku. Aku tak kahwini kau kerana cinta. Cukup kau tahu aku kahwin dengan kau sebab pertaruhan aku dengan Fazhel. Aku kahwin dengan kau untuk kepentingan nafsu aku sebagai lelaki. Aku dapat kau dan aku akan dapat perempuan yang aku idamkan selama ni. Bear this in your mind, lady.” Terus-terang, tiada satu pun rahsia di antara mereka lagi.
Hela nafas, Darlina rasa dada dia sesak. Namun entah kenapa, kesalahan ini tidak diletakkan seratus-peratus terhadap Dariz. Dariz tak tahu. Dariz tak tahu punca sebenar Fazhel begitu dendamkan dirinya.
“Saya tahu awak tak pernah ikhlas jadi suami saya. Tak apa, dari awal lagi saya dah bersedia. Cuma saya nak tahu apa pertaruhan yang awak dan Fazhel dah buat di belakang saya?”
“Fazhel letakkan kau sebagai syarat pertaruhan kami. Kalau aku berjaya buat kau tunduk pada aku, aku menang. Dan andai kata aku menang, aku akan dapat ‘habuan’ daripada dia.” Tanpa perasaan bersalah langsung, lancar saja Dariz melontar bicara.
Hancur luluh hati Darlina saat ini. Apatah lagi melihat betapa tenangnya wajah Dariz ketika ini.
Kepala Darlina terangguk-angguk tanda mengerti. Jadi itulah puncanya? Itu saja punca seorang Syed Dariz begitu berkehendakkan dirinya. Tentang Fazhel. Tanpa sepatah kata, tubuh terus dipusingkan untuk berlalu. Tiada guna lagi dia berdepan dengan Dariz, kelak hati juga bakal terluka teruk.
“Wait, Darlin.” Tegah Dariz seraya memaut lengan Darlina agar si isteri berhenti untuk melangkah.
Kaki Darlina terpasak ke lantai. Namun Darlina langsung tidak mengangkat pandangan memandang wajah Dariz. Naluri cukup yakin, masih ada lagi bicara yang bakal menyakitkan hati akan keluar daripada bibir Dariz.
“Kau tak nak tanya aku apa ‘habuan’ yang aku akan dapat tu?”
Menoleh, wajah Darlina terlihat kosong. Dariz pamer senyum sarkastik.
“Fazhel serahkan perempuan simpanan dia untuk satu malam pada aku.” Sebaris ayat, sekaligus buat Darlina rasa lemah tak berdaya.
“Aku tak kahwini kau kerana cinta, Darlin. Aku kahwini kau sebab aku nak merasa perempuan simpanan Fazhel. Fazhel cabar aku dan aku adalah lelaki yang cukup pantang dicabar. Alang-alang mama dah mula desak aku kahwin. Aku pun tak adalah rugi sangat nikah dengan perempuan macam kau kan? Selagi aku rasa aku nak pakai kau, aku akan pakai. Bila aku rasa kau dah tak diperlukan, kau sendiri faham status kau selepas tu macam mana kan?” Dalam satu nafas, lancar sahaja Dariz mengakui perihal itu.
Kedua-dua belah tangan Darlina terasa menggeletar. Ikutkan sabar yang bersisa, sudah melayang telapak tangan dia ke pipi Dariz. Memilih untuk diam, bukan tanda kekalahan. Biarlah Dariz menang untuk kali ini.
Tolak jemari Dariz, Darlina dah bersedia hendak beredar. Meninggalkan Dariz yang dah mula mengerutkan kening sendiri.
“Perempuan tu tak ada perasaan ke? Punyalah aku beria-ia nak sakitkan hati dia, dia boleh nampak macam tak kisah langsung?” Menggumam, seolah-olah berbicara dengan diri sendiri.
Tanpa Dariz ketahui, ada titisan jernih yang mengalir lewat sepasang mata milik Darlina. Sengaja Darlina sorok, supaya dia tidak sesekali terlihat lemah.
Terima kasih untuk pengalaman manis malam pertama kita, Dariz.
Monolog Darlina bersama tangisan bisu. Elok kaki berdiri di luar bilik, Darlina hamburkan tangisan sepuas hati. Berharap tangisan ini mampu membasuh luka di hati.
Sesungguhnya, ini kali pertama hati dia merasa sesakit ini.
Sangat-sangat sakit!

Kuatkan diri untuk berdepan dengan Esqandar. Ikutkan jiwa yang memberontak, sudah lama dia mengamuk di dalam wad yang menempatkan lelaki itu.
“Mummy aku dah hilang kedua-dua belah kaki.” Lenggok bahasa Raihana jelas tidak sama seperti dulu.
Diam. Esqandar masih tegak berdiri menghadap jendela. Raihana senyum sinis. Untuk apalah dia bercerita pada Esqandar, tentu saja Esqandar tak kisah. Yang Esqandar tahu hanya mahu kikis duit Datuk Sonia. Bila keadaan Datuk Sonia dah berubah macam ni, tentu saja Esqandar akan angkat kaki dan goda perempuan tua berpangkat ‘Datuk’ yang lain. Dasar lelaki murahan.
“Dia dah sedar?”
“Jadi kau tahulah mummy aku sedang koma?” Soalan berbalas soalan.
Sekali lagi lelaki itu terdiam. Tak mahu buang masa, Raihana menapak dekat. Ditarik keluar sesuatu dari dalam tas tangan, kasar diletakkan di atas meja.
“Aku dah sediakan cek berjumlah seratus ribu ringgit untuk kau.”
Mendengarkan bicara Raihana, Esqandar langsung pusing tubuh. Terkaku Raihana melihat wajah Esqandar. Kesan luka memenuhi wajah lelaki itu. Membengkak sana-sini. Sedikit-sebanyak buat Raihana jatuh kasihan. Berdeham, Raihana tak mahu cepat sangat bersimpati dengan lelaki itu. Pokok pangkalnya semua ini takkan terjadi kalau bukan disebabkan Esqandar!
“Aku harap duit ni cukup untuk kau. Sajalah aku bagi sebab aku takut kau terpaksa merempat pula selepas ni. Selama ni kau bergantung sepenuhnya dekat mummy aku kan?” Sinis Raihana, sengaja mahu menyakitkan hati Esqandar.
Pandang cek di atas meja, bersilih-ganti dengan wajah Raihana. Tengok tingkah-laku Esqandar, mulalah Raihana rasa gerun. Sebelum berlaku apa-apa yang tidak elok, ada baiknya dia beredar dulu.
“Lepas ni aku tak nak kau cari mummy aku lagi. Cukuplah dengan apa yang kau dah buat pada dia. Mummy aku takkan cacat kalau bukan kau yang memandu malam tu! You know what? Aku tak tahu macam mana nak gambarkan betapa bencinya aku pada kau sekarang ni. Apa yang kau buat dalam kereta waktu tu? Apa, Esqandar? Kau sibuk buat maksiat sebab tu kau hilang kawalan kan? Doktor bagitahu kau dan mummy di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.” Luluh jiwa Raihana waktu melepaskan apa yang terbuku.
Aib Datuk Sonia seakan dijaja. Yakin tentu saja ada mulut-mulut yang akan bercerita tentang Datuk Sonia dan Esqandar.
Datuk Sonia mabuk! Waktu kemalangan lelaki simpanan Datuk Sonia pun turut ada.
Allah.. rasa tak sanggup Raihana mahu membayangkan semua itu. Malu.
“I’m sorry.”
Tersentak, Raihana panggung wajah. Esqandarkah yang sedang meminta maaf padanya? Atau Raihana sebenarnya sudah tersilap mendengar?
“Aku.. aku minta maaf.” Gugup suara Esqandar kedengaran. Penuh penyesalan.
Sedetik..
Dua detik..
Tawa halus Raihana terhambur. Diiringi titisan air mata yang mula mencemari pipi. Raihana seka, malangnya makin laju air mata itu turun mengalir.
“Kau sedang minta maaf dengan aku? Really?” Riak muka Raihana jelas mengejek Esqandar. Esqandar pegun bila tubuh kecil molek itu merapatinya sekali lagi.
“Dah terlambat, Esqandar. Aku mungkin akan maafkan kau kalau semua ni tak terjadi. Mummy aku hilang kedua-dua belah kaki. Kau ingat senang ke aku nak maafkan kau??” jerkah Raihana penuh beremosi.
Menyebabkan kedua-dua belah lutut Esqandar terasa lembik. Tak sempat berpaut, Esqandar jatuh melutut di atas lantai. Menunduk, ada titisan air mata yang menitis. Menggambarkan beban perasaan bersalah begitu menjerut seluruh jiwa lelakinya.

No comments:

Post a Comment