NATE 2 #SPECIAL
BUKU. ADA 1 NASKAH SAHAJA
HARGA RM30 SM / RM36 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
KERANAMU JUANI
BUKU BARU. ADA 2 NASKAH SHJ LAGI
TIADA REPRINT
RM35 SM / RM40 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
KALAU KOMBO 2 NASKAH
POSTAGE KIRA 1 SHJ
TEASER/BLUB
KERANAMU JUANI
Dia cantik, pintar...tetapi hidupnya di Taman Utama dan Kafe Indah sahaja. Kakinya 'diikat' atas sebab yang dia sendiri tidak mengerti. Bila cerita pasal kasih sayang, ada Pak Ngah Mad sudah cukup. Tapi, itu kata di mulut, hatinya pula bagaimana?
"Kau tahu tak yang rumah banglo kat hujung taman tu dah ada penghuni?" - Bea
"Rumah yang besar tu ke? Rumah Pak Aryan?" - Juani
Bila 'ikatan' perlahan-lahan dibuka, muncul pula si dia yang mengucar-ngacirkan hati dan perasaan.
"Kenapa, Redza? Apa awak nak sebenarnya dari saya?" - Juani
"Saya nak awak." - Redza
Gila kan? Kenal tidak, tiba-tiba cakap nak dia. Ingat dia ini barang untuk dipilih sesuka hati dan bayar di kaunter bila berkenan ke? Memang sah gila! Harap muka sahaja handsome tapi sewel!
Makin Juani nak nafikan kehadiran Redza yang muncul secara tiba-tiba tapi tahu macam-macam pasal dirinya itu, makin hari hati turut mengiyakan perasaan yang tiba-tiba hadir. Namun, bila rahsia demi rahsia terbongkar, dia rasa lelah untuk menghadamnya.
Ingatkan hidupnya selama ini ringkas sahaja. Tapi muncul pula Tok Aki, Ayah Mie dab Warisan Holdings. Nak jadi cerita, kemunculan Redza juga bersebab.
Mampukah dia menerima Redza setelah apa yang dikhabarkan oleh lelaki itu? Yakinkah dia yang lelaki itu benar-benar menginginkannya ataupun sekadar sebab 'itu'? Sanggupkah dia melepaskan lelaki seperti Redza yang tak pernah dia impikan selama ini?
"One day you're gonna remember how much I care about you. Then you're gonna hate yourself for letting me go." - Redza
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Jom layan lagi Nate Special
****
Adik kau ni memang copycat kau betullah, Raz.” Andy mengadu sebaik sahaja dia dan Shazlin sudah berada di hadapan Shiraz.
“Apasal?”
“Tu…” Andy juih ke arah plastik yang dijinjit oleh Shazlin. “Penuh satu plastik.”
“Kau kan banyak duit, Dy? Dekat siapa lagi kau nak habiskan?” Shiraz membalas sambil ketawa kecil.
“Kau ingat aku tak ada tanggungjawab ke?”
“Hah! Sebut pasal tanggungjawab… lupa pula aku nak pesan.”
“Apa?”
“Ini… adik aku. Aku nak kau tengok-tengokkan si Lin ni. Aku tak ada sini. Mak abah pun jauh. Kau aje yang dekat dengan dia. Nak harap pak we… pun jauh.” Shiraz sindir adiknya.
“Pak we? Siapa?” Andy menyoal. Wajah Shiraz dan Shazlin dipandang silih berganti. Dia benar-benar ingin tahu.
“Tanyalah budak ni sendiri. Kecik-kecik dah gatal.”
“Mana ada pak we pun, kak. Lin dengan Zeki tu tak ada apa-apa pun.”
“Zeki? Zeki kawan Nate ke?” Andy menyampuk
No comments:
Post a Comment