Pre order tinggal 9 HARI SAJA LAGI.
Yang mana nak order sila..
💜💖💜💖💜💖💜💖
Aurellia : Masihkah Ada Rindu?
"Sayang.. "
Dengan tiba-tiba Aurellia muncul dan memeluknya daripada belakang. Shaq terpana.
Manakala Delana ketap bibir. Genggam penumbuk.
"Hadiah" you bagi semalam tu best sangat. Tak puas. Nak lagi boleh?" Dia manjakan suara. Jemari sengaja menari ke lengan encik suami. Bertaut pandang, bibir sengaja digigit seksi.
Mengerling ke arah Delana, dia senyum puas hati.
"Okaylah, Shaq. I pergi dulu. You ada bisnes yang lebih penting rasanya." Suara Delana dicelah gigi. Seraut wajah itu juga mempamerkan rasa sakit hati. Sepasang mata Delana, menjeling tajam ke arahnya.
Aurellia senyum kemenangan. Sebaik saja kelibat Delana menjauh, dia turut melangkah.
"You nak pergi mana tu, Aurel? Bukan ke you nak "hadiah" ke tadi? Tak puas eh semalam? Meh sini I bagi.." Dan-dan dia tarik lengan Aurellia.
Serentak degupan jantung lari tempo. Dada dihempas debaran.
"You jangan nak buat gila, Shaq!"
"Eh, you yang beria nak." Walhal semalam tak jadi apa apa pun. Mereka masih tidur berasingan.
"Jomlah. I puaskan.. " Senyum sinis. Dia heret tangan Aurellia ke bilik.
💜💖💜💖💜💖💜💖💜💖💜💖💜💖💜💖
Luf Rizqi : Sekeras Jiwamu
"Cik Qaseh, please.." Akhirnya Luf memberi amaran apabila sedari tadi lagi Qaseh duk menggesel pada tubuhnya.
Pelik sungguh perempuan sorang ni. Beza dengan adik dia.
"Why? I tak ganggu you kerja pun.."
Ya. Memang kau tak ganggu aku kerja. Tapi, kau ganggu kosentrasi aku. Daripada tadi duk menempel, rimas!
"You tak sepatutnya buat macam ni. Tak kena cara. Tak kena gaya. Anak orang kaya berpewatakan macam ni."
"You nak cakap I murah ke?" celah Qaseh. Sengaja dia dekatkan tubuh ke Mr Mannequin. Membelai lengan encik bodyguard.
"Baguslah kalau sedar. Jangan terlalu gedik sangat. Lelaki tak suka."
Merah muka Qaseh. Pertama kali kena tegur dengan lelaki asing. Dan pertama kali kena reject. Buat ego mula tercabar. Ketap bibir, dia menikam tepat ke dasar anak mata si lelaki. Wajah yang langsung tak bereaksi.
Memang patung!
"I memang murah. So, apa you nak hairan? Hobi I memang suka sentuh you." Selamba dia tarik tangan Luf lalu lingkarkan ke pinggang sendiri. Kemudian, menoleh ke belakang.
"Papa... Bodyguard papa cabul Qaseh. Dia peluk pinggang Qaseh."
Jatuh rahang Luf. Buru-buru dia tarik tangan seraya menoleh ke pintu utama. Nampak je kelibat Dato Ilham, dia pantas geleng kepala.
"Tak, Dato. Tak. Saya tak buat." Kalut dia bela diri sendiri.
Mengerling sekilas pada Qaseh, si gadis senyum senget.
"Qaseh tak pernah kena cabul. Bila dah kena sentuh macam tu, Qaseh rasa elok kitorang berkahwin je."
What. The.??
Perempuan ni diperbuat daripada apa?
Melopong Luf. I cannot brain.
💜💖💜💖💜💖💜💖💜💖💜💖💜💖💜💖
Geza Amsyar : Seego Hatimu
"Siapa izin masuk bilik aku?"
Mellisa bungkam. Tak berkelip dia pandang muka sinis encik suami.
"Siapa izinkan kau masuk bilik aku?" Suara Geza semakin sinis dengan senyuman menyakitkan hati.
"Oh.. Sekarang ni saya perlukan izin ke untuk masuk bilik ni?" Tutup pintu, dia melangkah ke almari. Berwajah tenang. Walhal, hati terhiris dengan bicara sinis encik suami.
"Yes! Ini rumah aku. Ini bilik aku!"
Mellisa pejam mata.
"Geza.. " seru dia perlahan. Cuba menahan sebak yang mula bertandang. Personaliti Geza berubah 360 darjah. Sumpah! Dia seakan tak kenal siapa yang berdiri depan mata dia saat ini.
Adakah Geza kawan baik dia dulu, sama dengan Geza yang sekarang. Dua perwatakan dalam satu jasad.
"Malam tu saya cuma.. "
"In one hour, aku nak kau pack semua barang kau dan keluar daripada rumah aku. In one hour!"
Allah!
Dia terhenyak dalam kejutan. Mata tepat memandang ke wajah bengis Geza. Tak berkelip walau sesaat.
"Kau buatlah macam mana sekalipun. Dalam masa satu jam, aku tak nak tengok barang-barang kau dalam rumah aku."
Rahang bergerak-gerak. Mata memerah.
"Bila aku balik nanti, aku tak nak tengok barang kau menyemak depan mata aku. Aku tak nak tengok kau. Leave!"
Allahu... Kuatlah hati. Kuat...
No comments:
Post a Comment