[NAK EXTRA DISKAUN??? - JADI PEMBELI TERAWAL UTK PAKEJ MALATOP!
.
.
Apa lg yg boleh dpt utk pembeli terawal???-
✅ TT penulis
✅ FREE gift
✅ FREE pos
✅ Berpeluang menang loket emas utk cabutan bertuah
-
Bila tarikh akhir utk bayaran terawal?
-
✅ 15hb Mac 2019
.
.
Apa lg yg boleh dpt utk pembeli terawal???-
✅ TT penulis
✅ FREE gift
✅ FREE pos
✅ Berpeluang menang loket emas utk cabutan bertuah
-
Bila tarikh akhir utk bayaran terawal?
-
✅ 15hb Mac 2019
π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄
BULAN & NAJMI - SARA KYOKO
BLURB (Belum edit)
Bolehkah cinta yang berputik sekelip mata, tumbuh mekar selama 101 hari dan bertahan untuk selamanya?
Perbezaan antara Bulan dengan Najmi adalah sama seperti langit dengan bumi. Baik daripada segi personaliti, latar belakang keluarga mahupun pendidikan.
Bulan Adhara merupakan seorang yang ceria dan periang. Sebaliknya, Najmi seorang lelaki yang tegas dan serius. Apabila kedua insan ini bertemu di bawah bumbung Meraki, masing-masing tidak mampu melawan diri daripada tertarik antara satu sama lain. Namun, hakikat itu tersimpan rapi di dalam hati masing-masing. Perasaan Bulan terhalang oleh pengalamannya yang kurang dalam bercinta. Sementara perasaan Najmi, dikawal oleh rasa tidak yakin dengan keadaan dirinya yang capik sebelah kaki. Apa yang mereka perlu cuma ruang dan pemasaan yang tepat untuk menyemai benih kasih yang masih rapuh. Bumi Sabah akhirnya menawarkan semua itu untuk mereka. Kasih mula bersemi. Sayang semakin bertaut.
Malangnya, belum pun sempat cinta diucap dan ikatan dimateri, sejarah silam dihampar dihadapan mereka. Ada hati yang bakal terluka. Ada luka yang bakal berdarah semula. Berjayakah Bulan dan Najmi melindungi hati mereka? Dapatkah mereka berdua bersama seperti bulan dan bintang yang menghiasi di dada malam?
.
.
π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄
TAJUK: JODOH SALAH KAUT- AEIN DHIYAUDDIN
BLURB
“Ini bakal suami saya.” - Rania
Indah Rania... Sangkanya dia menarik Amri untuk diperkenalkan sebagai bakal suami kepada bekas suaminya yang tiba-tiba muncul. Namun dia tidak menyangka tersalah kaut orang. Orang yang ditariknya bukan calang-calang.
“Ya, kami akan bernikah.” - Kai
Khairul Amilin atau lebih dikenali sebagai Kai merupakan seorang model dan penyanyi terkenal. Tiba-tiba datang seorang wanita memperkenalkan diri sebagai calon isteri, di hadapan wartawan pula tu! Jadi terpaksalah dia mengaku dan mengikut rentak wanita itu. Tercalarlah imejnya jika berkata tidak.
“Saya minta maaf sebab salah kaut orang tadi. Kita beritahu wartawan ini semua prank. Boleh, kan? Awak pun salah jugak sebab mengaku tadi.” - Rania
“Kau kena kahwin dengan aku. Kau kena bertanggungjawab sebab buat nama aku busuk! ” – Kai
Rania dan Kai terpaksa bersatu dalam sebuah perkahwinan hanya disebabkan kejadian itu. Rania cuba menghalang dirinya daripada jatuh cinta, tetapi tarikan Kai sungguh kuat. Hatinya cair!
“Mengaku ajelah kau cemburu. Habis cerita.” - Kai
“Ya, aku cemburu! Sangat cemburu! Aku cintakan kau. Itu yang kau nak dengar, kan?” – Rania
Walaupun hati mula mencintai, namun masih terdetik curiga. Kai seperti banyak berahsia dengannya. Dan Kai juga punya rahsia di sebalik lagu Cinta Hatiku. Siapakah sumber inspirasi dan pemilik sebenar cinta Kai?
“Aku nak tahu lagu Cinta Hatiku tu dicipta untuk siapa sebenarnya?” - Rania
Setiap rumah tangga pasti diuji. Ikram, bekas suami Rania tiba-tiba menjadi lelaki gila talak. Ada sahaja helahnya untuk memisahkan dua hati yang mula menyemai cinta.
“Apa agaknya dia akan cakap kalau dia tahu awak mandul, Rania?” - Ikram
Keadaan jadi bertambah rumit dengan kehadiran Tengku Amanda. Siapakah pula Tengku Amanda dan apakah helah gadis itu?
.
.
π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄π΄
FALLING - FAZLYN RIDZ
BLURB
Lelaki itu sebenarnya tidak suka wanita Korea. Kerana dia pernah berhadapan dengan kisah hitam ketika berada di London suatu masa dulu. Namun apa ada pada masa depan, dia tidak tahu!
Luqman bertemu Kim Jung Na semula di Seoul setelah beberapa tahun dia terlupa akan gadis itu. Anehnya, Jung Na masih ingat kepadanya. Ketika pertemuan, Luqman mendapat tahu Jung Na sudah bertunang atas pilihan ayahnya. Lebih aneh lagi, Jung Na seakan-akan cuba menggodanya. Apa mahunya gadis itu?
“Saya cuma nak seseorang pisahkan saya daripada Jang Hyuk Su.” - Jung Na
Luqman cuba membenci setelah mendapat tahu tujuan sebenarnya gadis itu. Sayangnya, dia juga telah jatuh hati kepada Jung Na.
“Bersama saya keadaan akan jadi lebih susah. Saya tidak mahu awak menyesal kemudian hari.” - Luqman
Sayangnya, ketika perasaan mereka bersatu, kad undangan perkahwinan Jung Na sudah siap dicetak. Sedaya upaya melepaskan cinta di hati, Luqman separuh gila jadinya. Dia nekad menghadiri majlis perkahwinan Jung Na; merasa terhina kerana Jung Na sengaja memberikan kad undangan itu dalam keadaan dia kecewa. Sudahnya, sebelum ikrar perkahwinan bermula, gaun perkahwinan Jung Na musnah di tangan Luqman dan upacara perkahwinan terpaksa dibatalkan.
Kerana cinta, Jung Na nekad mencari kekasih hatinya setelah Luqman tega membuat kecoh di majlis perkahwinannya. Demi cinta, dia telah mengahwini Luqman secara rahsia. Tetapi tidak mudah berhadapan dengan tentangan daripada bapanya yang angkuh itu.
Berjayakah mereka? Falling… cinta antara lelaki Melayu dengan wanita Korea. Ikan di laut asam di darat, tidak semestinya mudah untuk bersatu. Namun mereka terus setia dalam gelombang yang mendatang semata-mata untuk mencari kehidupan milik bersama.
No comments:
Post a Comment