KEKASIH HALAL DATO ~ mum linz

Preorder
KEKASIH DATO HALAL
RM38sm/RM42ss
termasuk pos
#Teaser8
#KekasihHalalDato

"Hoii!!" Sergahan seseorang membuatkan Adya kembali meronta dan menjerit meminta tolong.

"Korang buat apa ni?" Suara lantang itu terus menerjah disertakan tendangan kuat pada belakang lelaki botak.

Lelaki berjambang pula laju sahaja melarikan diri. Penakut. Diikuti lelaki botak tadi.

"Cik? Cik okey tak ni?" Si lelaki tadi duduk bertinggung di sisi Adya. Matanya mencari wajah wanita yang menunduk dari tadi.

"Cik?"

"Encik?"

Kedua-dua mereka bersuara serentak. Adya terkejut melihat wajah lelaki yang menolongnya dan si lelaki juga terkejut melihat gerangan wanita yang ditolongnya.

"Cik buat apa kat sini? Tempat ni tak selamat untuk orang wanita macam cik merayau-rayau seorang diri."

Adya hanya tundukkan mukanya. Sedar silapnya tadi.

"I told you last night to be careful next time. Don't you remember?" Tekan si lelaki tadi. Suaranya sudah naik seoktaf. Tidak sangka dia akan terserempak dengan perempuan ini lagi.

Adya mengangguk. Air matanya menitis lagi. Entah kenapa sedih pula bila dimarahi begitu. Nampak sangat yang dia ni cuai.

"Look here, I bukan nak berleter tapi apa yang you buat ni macam you tak sayangkan diri you. Ni kebetulan I lalu sini sebab nak pergi klinik hujung sana. Kalau tak, you dah selamat jadi kenduri dengan kutu rayau tu." Dia bangun berdiri. Sebelah tangannya mencekak pinggang dan sebelah lagi tangannya meraup kasar rambutnya yang sudah sedia tersisir rapi.

"What's you name?" Soalnya kemudian bila Adya diam membisu. Yang kedengaran hanya esakan Adya.

"Adya." Jawab Adya sepatah.

"I'm Zaman. Just call me Zaman." Zaman perkenalkan diri. Tangannya dihulur untuk membantu Adya bangun.

Adya tidak menyambut sebaliknya tangannya terus bersilang ke dada.

Zaman hela nafas panjang. Butang baju kemejanya dibuka satu persatu. Lantas baju kemeja putihnya dilolos keluar dari badan tegapnya dan disua kepada Adya.

"Wear it." Arahnya.

"Hah?" Adya mendongak memandang wajah kelat Zaman.

"Wear.. It.." Ulang Zaman tegas.


Teragak-agak Adya menyambut.
atau

No comments:

Post a Comment