Preorder
CINTA HATI MR.KEKWAT - NorShiemah Md Yasan
RM38sm/RM41
termasuk pos
[ RANDOM]
Hafiz menggeleng. Sudah cukup sakit jiwa dia dengan Maya sekarang ini. Mana dia mahu letakkan muka apabila Maya menjerit mamat kekwat. Nasib baik Maya tidak sebut namanya tadi. Kalau tidak, tidak tahu mana dia mahu sorokkan muka. Depan papanya pula tu.
“Awak ni, suka sangat nak bagi saya sakit hati.”
“Tak apa, nanti saya bawakan ubat untuk Encik Hafiz. Nak yang jangka panjang ke jangka pendek? Kalau jangka panjang, bolehlah saya sediakan orang masjid untuk bacakan yasin untuk Encik Hafiz nanti.”
“O…. jadi awak nak saya matilah ni?”
“Saya tak cakap macam tu. Tak baik tau Encik Hafiz salah faham.”
“Habis tu yang awak nak panggil orang masjid baca yasin tu nak buat apa?”
“Apa? ingat orang mati aje ke yang baca yasin?”
“Awak ni, kalau tak menjawab memang tak sah.”
“Fungsi mulut bercakap, Encik Hafiz.”
“Kalau macam ni, saya rela awak makan dari awak membebel macam ni. Saya sumbat dengan batang pen ni baru tahu.”
Maya mencebik.
“Encik Hafiz jeleslah tak dapat nak membebel macam saya.”
Datuk Khalil berpeluk tubuh sambil melihatkan Maya dan Hafiz yang sedang perang mulut. Dia menggeleng perlahan. Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu menumpukan perhatian kepada Hafiz dan Maya. Ada juga yang sudah tergelak dengan telatah mereka. Terutama sekali Helena. Semenjak dari tadi, dia tidak berhenti ketawa. Sekarang ini, barulah abangnya itu bertemu buku dengan ruas.
“Maya… Hafiz… nak gaduh balik rumah.”
Terbuntang mata Hafiz dan Maya. Hah! Balik rumah?
“Eh… salah. Nak gaduh pergi luar.” senyum Datuk Khalil.
Terpinga-pinga Hafiz dan Maya dengan usikan Datuk Khalil itu. Terus gugur jantung mereka mendengarkannya. Memang extreme sangat usikan itu sehingga membuatkan Hafiz dan Maya benar-benar terdiam. Maya tunduk. Begitu juga dengan Hafiz. Hafiz bengang. Tambahan lagi dengan mata-mata yang terus memandang kepadanya.
“Saya rasa tak ada lagi yang saya nak beritahu. Sebelum saya mengakhiri mesyuarat ini, saya berharap program ini akan berjalan dengan lancar dan kita dapat menikmatinya bersama. Kalau tak ada apa lagi saya tamatkan mesyuarat hari ini sampai di sini. Oleh itu, sekian terima kasih.”
Datuk Khalil mula meninggalkan ruang mesyuarat itu. Kemudian diikuti dengan beberapa orang lagi staf. Maya masih lagi termagu di meja. Tadom Hills… mesti best pergi sana. Macam menarik saja tempat dia. Bak kata Datuk Khalil, kita akan main air di sana. Main air. Best… best… Tak sabar pula rasanya.
“Cik Maya, awak tak nak keluar ke?” Tanya Hafiz yang mengejutkan Maya dari lamunan. Kurang asam punya bos. Baru nak berangan dah kena kejut. Tadi dah kena kejutkan sekali. Sekarang ni, kena kejutkan lagi. Spoil betul orang nak berangan.
“Yalah, Encik Hafiz. Saya nak bangunlah ni. Encik Hafiz ni bagilah saya duduk sekejap. Penat tau tangan saya menulis. Dah naik lenguh. Ini balik mesti kena sapu dengan minyak angin.”
“Cik Maya, kalau tak nak menulis banyak jangan jadi setiausaha. Dulu awak juga yang beria-ia kata yang awak sudah biasa dengan semua ni. Sekarang, baru nak catat minit mesyuarat pun awak dah tak tahan. Macam manalah awak nak jadi seoarang setiausaha yang baik kalau pekerjaan macam ni awak tak boleh buat.” Hafiz sudah mula membebel.
“Encik Hafiz tahu tak? Puas saya kejar apa yang Datuk Khalil cakap tadi. Sampaikan saya tertinggal banyak perkataan. Encik Hafiz tengok, empat muka surat saya catatkan.” Maya menyerahkan notebook kepada Hafiz. Hafiz menyambut dengan penuh kehairanan. Minit mesyuarat sampai bermuka-muka? Apa yang ditulis?
“Apa yang awak buat ni?” tanya Hafiz. Terbeliak matanya memandang kertas yang dipenuhi dengan tulisan Maya.
“Saya ambil minit mesyuaratlah Encik Hafiz. Takkan saya nak buat karangan.”
“Tapi… cara awak tulis memang macam karangan.” Tegur Hafiz sambil matanya memandang ke arah buku nota Maya.
“Saya ikut apa yang dia cakap. Tapi saya minta maaf sebab tulisan saya teruk sikit. Al-maklumlah. Datuk Khalil bercakap macam motor bot. Saya tulis macam sampan. Susah saya nak tangkap.”
“Saya tak suruh awak tulis semua yang dia cakap. Cuma ambil isi penting saja. Awak faham ke dengan tulisan awak ni?”
“Tulisan saya, saya fahamlah Encik Hafiz. Saya minta maaf. Bab buat minit mesyuarat memang saya lemah. Saya lebih rela buat kira-kira dari buat kerja ni.” ujar Maya jujur.
“Sudah, saya nak keluar. Awak jangan lupa dengan tugasan yang saya berikan pada awak. Kalau tak siap kerja, jangan balik.”
“Baiklah Encik Hafiz. Tapi… Encik Hafiz!” Suara Maya sedikit meninggi.
Hafiz terhenti. Dia berpaling semula ke arah Maya. “Hah, ada apa?”
“Ini bacanya apa ye?” Soal Maya sambil menunjukkan buku notebooknya tadi.
“Itu tulisan awak. Awak punya pasal. Saya tak akan ambil tahu. Tapi apa yang saya tahu, sampai masa minit mesyuarat ini akan berada di atas meja saya esok dengan siap ditaip. Faham? Jangan lupa buat kira-kira perbelanjaanya sekali.”
Maya mengangguk. Wajahnya sedikit sugul. Yalah… Aku buat semuanya. Biarkan. Akan aku buat karangan 450 muka surat, macam novel. Biar dia tak larat nak baca.
atau
No comments:
Post a Comment