PENAGIH CINTA

Preorder 
PENAGIH CINTA- Syauqie MK 
RM36sm/RM39ss
termasuk pos

teaser #PenagihCinta
Selepas menghidupkan komputer di ruang kerja, Arisya melihat ke cermin. Sesuatu yang agak jarang dibuatnya sebelum bertemu ASP Hakim. Arisya bangun membetulkan uniform lalu melangkah ke ruang dapur pejabat. Dua gelas kopi dibancuh.
Tuk… tuk… tuk...
“Masuk,” arah ASP Hakim tanpa menoleh.
Arisya menatang kopi di tangan. Bau aroma kopi panas berasap menangkap deria bau ASP Hakim.
“Eh, Arisya... kopi?” ASP Hakim terpegun
memandang Arisya.

Ada satu kelainan. Arisya menyisir rambut ke telinga dengan jemari kirinya.
“Minum dulu, tuan.”
Senyuman dan pandangan mata Arisya seperti ingin menyatakan sesuatu. Tetapi semua itu tidak perlu. Ada kerlipan pada anak mata sepet inspektor ayu itu. Berkelip serentak dengan kerlipan batu cincin di jari manis.
Kala itu ASP Hakim seperti disantau. Dipandangnya Arisya yang melangkah keluar tanpa berkelip. Kopi yang berasap dihirup rakus, tiada rasa panasnya. Mungkin benar kata pujangga, cinta bisa memadamkan api, inikan pula kopi panas.
Arisya mengerling ke pejabat ASP Hakim. Sekali lagi senyum dilemparkan. ASP Hakim masih tegak berdiri memegang gelas kopi. Belum dapat dia menerima berita amat gembira itu.
‘Kenapa Arisya tiba-tiba berubah fikiran?'
atau



No comments:

Post a Comment