PROJEK TRIO SUAMI 2020





Pre order
SPECIAL EDITION
=====
❤ TUAN ALDRIC ARJUNA | Suami Untuk 100 Hari ❤
Cukupkah 100 hari untuk melakar kisah asmara...
=====

ALDRIC ARJUNA. Majlis perkahwinan bersama kekasihnya MAYA ROSE, bakal berlangsung kurang tiga bulan lagi. Namun dalam kesibukan membuat persiapan majlis, Aldric tiba-tiba memutuskan untuk menikahi ASMARA KALEENA.

"Seratus ribu ringgit. Jadi isteri aku untuk 100 hari. Hanya 100 hari. Dalam tempoh 100 hari aku berhak sepenuhnya ke atas kau. Dalam tempoh 100 hari, aku akan penuhi apa sahaja keperluan dan kehendak kau. Apa sahaja. Tapi selepas 100 hari, kita tak kenal lagi antara satu sama lain. Kalau kau setuju, kau boleh ambil duit seratus ribu ringgit tu. Kalau kau tak setuju, kau boleh keluar sekarang. Jangan buang masa aku." - ALDRIC ARJUNA

Asmara yang terperangkap dalam situasi yang maha mendesak, tak punya banyak waktu dan pilihan. Demi kebaikan mereka yang Asmara cintai, Asmara pertaruhkan seluruh dirinya .

"Saya tak faham. Tuan cintakan Maya. Tapi kenapa tuan nikahi saya?" - Asmara Kaleena.

"That is none of your business." - Aldric Arjuna

"Macam mana kalau selepas 100 hari, saya baru tau yang saya mengandung?" - Asmara Kaleena

"That is none of my business." - Aldric Arjuna

Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, memenuhi segala kemahuan dan hak Aldric sebagai seorang seorang suami dengan sepenuh hati , Asmara terlupa yang dia dibayar untuk melakukan semua itu. Malah hanya untuk 100 hari.

100 hari. Kenapa mesti 100 hari?

Dan 100 hari melakar kisah asmara bersama, tidak berbenih langsungkah cinta dalam hati seorang Tuan Aldric Arjuna? Apakah ada harapan untuk seorang Asmara Kaleena untuk terus di sisi sang lelaki yang halal untuknya? Atau kisah mereka benar-benar berakhir selepas 100 hari?


=====
❤ TUAN ZHIDAN | Suami Bukan Untuk Dimiliki ❤
Hanya mampu mencintaimu. Tapi bukan memiliki.
=====

Bercerai dengan Tengku Sofya, adalah perkara terakhir yang pernah terlintas dalam benak seorang Zhidan. Zhidan tak mampu terima hakikat cinta Tengku Sofya tidak pernah ada untuk dia. Fikir Zhidan wujudnya si kecil Zhara Qamelya sudah cukup membuktikan yang Sofya mampu menerima dia dalam hidup. Mahukan Sofya kembali, Zhidan guna pelbagai cara untuk buat Sofya tersungkur termasuklah..

“Aku kahwini kau untuk buat Sofya kembali pada aku. Untuk sedarkan Sofya yang dia tak boleh hidup tanpa aku. Dan kau, hanya perempuan yang akan aku bayar untuk setiap khidmat kau sepanjang bergelar isteri upahan aku.” - Zhidan

Remuk hati Daryana Putri. Fikir dia, Zhidan beria-ia hantar rombongan meminang disebabkan lelaki itu ikhlas mahu memperisterikan dia. Sebaliknya seorang Daryana Putri hanyalah digunakan sebagai ‘alat’ untuk menyakitkan hati wanita lain.

“Tuan berikan saya pilihan lain supaya saya dapat tolak lamaran tuan?” - Daryana Putri

“Kau hanya ada dua pilihan. Terima aku dan kau tak mungkin bahagia. Tolak aku dan kau mungkin tetap takkan bahagia. Aku akan buat kau terpaksa memilih aku, Daryana.” - Zhidan

Ugutan Zhidan bukan sekadar lafaz di bibir. Pabila Zhidan gunakan satu-satunya ‘kelemahan’ yang dia ada, akhirnya Daryana terpaksa menurut. Lafaz ijab dan qabul, menghalalkan hubungan di antara Daryana dan Zhidan.

“Tuan kata tugas saya hanya untuk buat Tengku Sofya sedar yang dia tak mampu hidup tanpa tuan. Andai kata dia kembali, tuan masih akan simpan saya sebagai isteri tuan?” - Daryana Putri

“It depends on the situation. Kalau Sofya sanggup bermadu, kau tetap akan jadi yang kedua.” Zhidan

“Dan andai kata Tengku Sofya tak rela untuk berkongsi tuan dengan saya?” - Daryana Putri

“Maka aku terpaksa buang kau macam ‘sampah’ yang dah tak berguna langsung dalam hidup aku.” - Zhidan

Daryana senyum mendengarkan bicara kejam Zhidan. Tapi di dalam hati, meraung hebat membasuh luka. Apa salah Daryana hinggakan hati dia diperjudikan untuk menemukan dua hati yang lain? Apatah lagi saat cinta itu mula bersemi, kesakitan itu menjadi luar biasa buat dirinya.

Kata Daryana..

‘Aku hanya mampu mencintaimu, tapi bukan memiliki.’

Benarkah pengakhirannya begitu? Atau hati Zhidan mungkin akan beralih arah pada Daryana Putri, isteri yang pernah dinikahi tanpa cinta? 


=====
❤ TUAN CARL AUBREY | Suami Tanpa Hati ❤
Jika tiada rasa, untuk apa bersamamu
=====

“Menderita atau menderita. Hanya itu sahaja pilihan yang kau ada selama jadi isteri aku.” - Tuan Carl Aubrey

Bengang dengan perkahwinan paksa aturan mama, si isteri menjadi mangsa. Setiap saat, setiap masa, setiap detik, Mia Azlia menjadi tempat dia hamburkan segala rasa amarah dan benci.

“Aku tak pernah anggap kau isteri. Jadi, jangan nak berlagak jadi isteri mithali. Kau buat hal kau. Tanpa menyemak depan aku.” - Tuan Carl Aubrey

“Kalau tak suka, untuk apa teruskan? Just divorce me and be free.” - Mia Alysa

“Sepatah kau menjawab, tangan aku tak teragak-agak untuk lempang pipi kau.” - Tuan Carl Aubrey

Maki. Sepak terajang. Penampar. Dah sebati dalam tubuh Mia. Ibarat, sepak terajang makan pagi. Maki hamum makan tengahari dan penampar adalah makan malam. Sehingga di ruang tubuhnya, tiada seinci yang indah. Namun, setitis air mata tak pernah gugur. Kerana bagi dia, tak ada faedah menangis untuk suami tanpa hati.

Diam bukan bererti dia lemah. Bukan jua bererti dia kalah. Diam, kerana dia mencari waktu yang sesuai untuk melepaskan diri daripada insan tak berhati perut. Kerana dia bukan wanita untuk disakiti.

Namun, tatkala kaki ingin melangkah pergi, Tuan Carl Aubrey tak pernah merelakan. Benci, tapi diikat kemas.

“Awak benci saya. Awak tak suka saya. Awak sakiti saya. Jadi, untuk apa terus bersama?” - Mia Alysa

“Terus bersama aku, atau tetap di sisi aku. Dua pilihan yang kau ada.” Tuan Carl Aubrey

Dan apa pun yang dia pilih, jawapannya tetap di sisi Tuan Carl Aubrey. Bertaruh tentang kebahagiaan diri sendiri. Sama ada terus menderita atau ada sinar bahagia menanti dihujung derita.


Pra-tmpah dibuka 28/6-31/7
✅ Jangka cetak dan pos awal-pertengahan Ogos 2020
✅ Mini Novel Bercetak. Anggaran 250-300 ms setiap naskhah
✅ Cenderahati untuk 300 Pemilik TRIO terawal
✅ Tiada har ga TRIO selepas pra-tmpah ditutup. Perlu beli berasingan dari penulis.

No comments:

Post a Comment