KOMBO KLISE


𝗞𝗢𝗠𝗕𝗢 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗟 𝗞.𝗟.𝗜.𝗦.𝗘.
𝗣𝗥𝗘-𝗢𝗥𝗗𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟭𝟮 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟬
-
🔥𝗧𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗜𝗟/ 𝗪𝗛𝗔𝗧𝗦𝗔𝗣𝗣
🔥𝗗𝗜𝗦𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗥𝗠𝟭𝟰 𝗦𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗢𝗛 𝗣𝗥𝗘-𝗢𝗥𝗗𝗘𝗥 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔.
🔥𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗣𝗢𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞 𝗞𝗢𝗠𝗕𝗢 𝗞.𝗟.𝗜.𝗦.𝗘. 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗞𝗘- 𝟰 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟬
-
*** 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔
/KOMBOKLISE⁣ebook
atau
/KOMBOKLISE⁣novel
Hazel garang tau. Jangan main-main 🐯🐯🐯
𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗢𝗧 𝟭𝟴+ ❤️
"Assalamualaikum, Hazel."

Melebur semua ayat-ayat kemarahan Hazel. Salam lelaki itu terdengar manis dan membuai jiwa. Tanpa sedar dia menjawab salam lelaki itu. Tenang sahaja jiwanya ketika menjawab salam lelaki itu.

“Awak buat apa, Hazel?”
“Tak buat apa-apa.”
"Nampak sangatlah awak berbohong.”

Sesuka hati sahaja Tuan Ahadiat menyebut dia berbohong.

“Bukan awak tengah jawab panggilan telefon saya ke? Kalau dah jawab panggilan, mana boleh dikira tak buat apa-apa,” sambung Tuan Ahadiat kemudian. Ketika ini Hazel dapat rasa, dia mula naik angin semula.

“Awak dah makan, Hazel?”

“Dah. Makan hati,” jawabnya tanpa berfikir panjang. Dan seperti petang tadi, dia diperdengarkan dengan gelak Tuan Ahadiat.

Hazel menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak boleh terpesona pada tawa lelaki itu. Dia perlu berpendirian. Pendiriannya jelas. Komplot ini cuma sementara dan dia tidak boleh membenarkan hatinya terumbang-ambing begini. Hazel mesti kuat.

“Patutlah body cantik. Diet makan hati rupa-rupanya.”

Tekanan darahnya naik mendadak.

“Suka hati saya nak makan apa. Tuan tak perlu sibuk.”

“Awak tak nak tanya saya sedang buat apa, Hazel?”

“Malas saya nak tanya. Nanti kalau Tuan jawab, makin sakit hati saya ni.”

Lelaki itu ketawa lagi, dan setelah tawanya reda, dia mendesak Hazel pula.

“Tanyalah. Tolonglah tanya.”

Lain macam desakan Tuan Ahadiat. Hazel jadi ragu-ragu.

“Kenapa saya nak kena tanya pula?”

“Awak kekasih saya sekarang, Hazel. Pasangan kekasih mesti saling mengambil berat. Tengok tadi, saya dah tanya awak. It is only fair if you give me the same question. Betul, tak?”

"Okey, Tuan tengah buat apa?” Dia mengalah akhirnya. Kuasa pujukan Tuan Ahadiat hebat.

“Saya tengah bayangkan awak ada bersama saya dalam bilik. Kita saling mengukur badan. Saya suka dengan badan awak dan awak tersangat suka dengan badan saya.”

Rasanya, ada darah yang keluar dari telinganya mendengar penjelasan Tuan Ahadiat.

Terketar-ketar lagi tangannya. Adakah ini membawa maksud, dia berkomplot dengan lelaki tua gatal nak mampus?

"Petang tadi kita sampai mana, Hazel? 36-24-36, kan?"

Sabar Hazel hilang terus. Yang ada sekarang percikan api neraka.

"Kalau tuan call saya sebab nak cakap fasal 36-24-36 dan ukur-ukur badan tu, baik tak payah. Saya tak sukalah!" Meninggi suaranya. Tuan Ahadiat yang mencabarnya. Dia cuma menyambut apa yang dilemparkan padanya.

"Okey, baiklah. Kita stop bercakap fasal 36-24-36. Tapi nanti kalau saya dah berjaya bawa awak masuk ke dalam bilik tidur saya, saya ukur sendiri. Saya akan ukur betul-betul. Saya janji takkan silap. Janji!"

🍭🍭🍭
𝗦𝗶𝗻𝗼𝗽𝘀𝗶𝘀/ 𝗕𝗹𝘂𝗿𝗯:
"𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗻𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗶 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 𝗸𝗲?!"
"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula. Deal?"
"Ini deal sementara saja, kan?"
"Tak. Ini deal seumur hidup."

Demi mendapatkan semula kekasih hatinya, tak mengapalah Hazel terjun dalam komplot jahat. Demi Raja Adib, tak mengapalah dia bersekongkol dengan Tuan Ahadiat.

"Tuan, pegang tangan saya!"
"Tuan, peluk saya cepat!"
"Tuan, cium pipi..."

"Hazel, pegang tangan, peluk dan cium pipi awak tak pernah masuk dalam komplot kita berdua. Jangan buat hal dengan saya!"

Demi Raja Adib, Hazel langgar semua protokol komplotnya bersama Tuan Ahadiat. Natijahnya, ada yang salah faham. Keluarga Tuan Ahadiat datang bersama cincin lamaran.

"Tuan, sekarang macam mana? Takkan kita nak berkahwin?"

"Saya tak tahu. Saya minta awak jangan terima lamaran keluarga saya. Tapi awak terima juga. Kenapa?"

Ya, kenapa dia tak menolak? Yang Hazel dambakan Raja Adib, bukannya Tuan Ahadiat. Sampai sakit-sakit kepala Hazel memikirkan hal tersebut. Tahu-tahu sahaja dia telah menjadi milik Tuan Ahadiat.

Lebih parah, Tuan Ahadiat itu hatinya telah lama dimiliki wanita lain. Dan wanita lain itu, sah-sahlah bukan Hazel. Hazel pun tahu cemburu juga.

"So, why has Little Red trespassed upon the property of the big, bad wolf?" Tuan Ahadiat sengaja meleretkan sebutan big-bad-wolf. Kemudian, tudung bawal warna merah yang berada di atas kepala Hazel dibetul-betulkan. Detik itu juga, tekak Hazel mengering ketika dia cuba memberi sepenuh perhatian pada Tuan Ahadiat.

"Saya nak tahu kenapa tuan sanggup jumpa Raihana di belakang saya?"

"Sebab saya dan Raihana, ada urusan jiwa yang belum selesai." Bahunya ditepuk-tepuk lembut oleh Tuan Ahadiat sebelum ditolak, juga dengan cara sangat lembut.

"Now go, sebelum saya tanggalkan baju awak satu-persatu."

Komplot Hazel melebur. Tetapi macam mana kalau... kalau sebenarnya ada komplot yang lebih besar sedang berlangsung? Komplot yang dirahsiakan! Komplot yang menakutkan!

"Saya jahat." - Hazel

🔥🔥🔥🔥🔥

𝗗𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦 𝗙𝗜𝗨𝗦 ❤️
Dia ingat dia oppa? Dia fikir kalau dia buat begitu, dia akan sama seperti hero-hero dalam drama Korea tu? Apa dia fikir aku akan melayan kerenah dia?

“Awak nak apa Encik Zaffre?”

“Saya... saya nak awak Rara,” balas dia dalam keadaan menggigil, bahana sejam berdiri dalam hujan. Padan dengan muka.

“Awak nak kita beku, kejung di sini?”

“Asalkan bukan hati awak yang beku, Rara. Saya sanggup.”

Dah menggigil-gigil macam tu pun ada hati hendak memikat.

🍭🍭🍭
𝗦𝗶𝗻𝗼𝗽𝘀𝗶𝘀/ 𝗕𝗹𝘂𝗿𝗯:
“Saya, Zaffre. Farel Zaffre. You can call me, sweet pea, honey or darling but I prefer Jauz.” Dia memperkenalkan diri sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi. Senyum dilempar kepada aku. "Awak?”

Seriuslah? Dia suffered some kind of memory loss disease ke? Atau saja-saja buat tak kenal? Takkanlah baru setahun aku menghilang, dia sudah tak boleh mengecam aku?

“Haura. Haura Daniyah Binti Soefian.” Kotlah kalau aku sebut nama penuh aku, ingatan dia terus pulih. Or; should I say, perempuan yang dia buang dahulu?

Rupa-rupanya Farel Zaffre punya agendanya sendiri. Agenda yang bakal menghuru-harakan sekeping hati Haura.

“Rara, all I wanted is a second chance from you. Peluang kedua untuk dicintai. Selama ini saya tidak pernah berhenti mencintai awak, Rara.”

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku setahun yang lalu? Kalau benar cinta, kenapa biar Haura menderita? Kalau benar cinta, kenapa ada Fayra Adelia dalam hidup Farel Zaffre?

“That jerk,” ucapku sepatah. Apa dia ingat dia boleh memaksa aku kembali kepada dia semudah dia membuang aku dahulu?!

“You will regret calling him a jerk, if you know the truth Haura,” kata Daain.

Namun tika kejadian, Daain yang dituduh berselingkuh dengan Haura. Kini lelaki itu menyebelahi Farel Zaffre pula? Pening Haura memikirkan.

Haura mesti move on. Tetapi mampukah Haura move on kalau si duda putus fius itu kerjanya sekarang cuma menggoda Haura?

"Saya nak ikat dia, ikat hati dia sampai mati." - Farel Zaffre

🌸🌸🌸

No comments:

Post a Comment