MY SWEET CIK LEFTENAN ~ SOPHILEA

PRE ORDER 
RM28 SM / RM31 SS
POSLAJU RM8 SM / RM13 SS
MY SWEET CIK LEFTENAN. Mai mai....ni ada kat Bab 3. Kita relaks2 je baca ni sebelum buku siap dan sampai ke tangan korang.

“Ehhhh....Beg saya ini encik.”
Dayana sedikit menjerit apabila begnya diambil seseorang. Terkejut melihat Adam Muqrie berdiri dengan beg baju Dayana dipegangnya.

“Jangan banyak tanya, jangan banyak cakap. Saya terima arahan untuk bawa awak balik. Sekarang sila ikut saya.”
Adam melangkah.

“Sekejap. Saya nak call papa saya dulu.”

Adam angguk. Beg baju Dayana diletakkan di tepi kaki. Matanya memandang Dayana.

“Helo! Papa, siapa yang papa suruh adik tumpang?”

“Staff KDSI. PO Adam Muqrie. Kebetulan dia dari sini tadi.”

“Dia jumpa papa?” Dayana pelik. Masakan senang-senang Adam nak bertemu dengan papanya. Ada protokol dan aturan tentera yang harus dia ikut. Pelik, begitu mudah Laksamana Arifudin lepaskan anak gadisnya ini balik ikut lelaki.

“Ya. Dan papa kenal dia. Baik orangnya. Papa dah amanahkan dia untuk bawa adik balik ke sana. Tapi nanti dia kena singgah rumah mak dia sekejap. Adik ikut saja.”

“Tapi pa…” belum sempat Dayana habiskan ayat, papanya memotong.

“Adik, papa dah nak fly. Heli dah ready. Kita cakap nanti. Take care. Nanti WhatsApp mama kalau dah sampai.”

Tup. Talian dimatikan. Dayana mengeluh. Dia pandang Adam Muqrie. Lelaki ini langsung tak tersenyum.

“Dah puas hati? Jom sekarang sebelum saya kena redah jam nak keluar dari KL ni.”

Mahu tak mahu Dayana terpaksa ikut langkah Adam yang laju. Keretanya diparkir di luar TBS, jauhlah juga Dayana kena jalan kaki. Mujur beg bajunya Adam yang bawa.

“Staff memang tak boleh parking dekat sikit ya. Jauh gila kut.”
Dengan cuaca panasnya membakar kulit mukanya.

“Kenapa? Panas?”
Beg baju Dayana diletakkan di but belakang Toyota Wishnya yang dibeli daripada duit misi ke Lubnan.

“Panaslah, matahari terik kut.”

Adam cuma ketawa. Buka pintu pemandu, sempat dia menjeling Dayana.
“Panas dunia kadet. Tak sampai sezarah panas akhirat. Tu rambut tu kalau kena api neraka menggelegak otak tau.”

Tidak habis lagi rupanya Adam Muqrie ini.
“Kepala saya yang tanggung bukan kepala staff. Tak payah nak sibuklah.”
Dia buka pintu sebelah kiri. Henyakkan tubuhnya di sebelah pemandu.

“Anyway terima kasih tumpangkan saya.”

“Awak nak suruh saya terima kasih awak ke?”

“Apa staff merepek ni? Dahlah jalan cepat. Karang jam staff membebel pulak kat saya.”

No comments:

Post a Comment