PRA TEMPAHAN DIBUKA:
Novel : Kerana Namamu Halal
ISBN : 978-967-15566-1-0
Harga :
Sem. Malaysia - RM27.00
Sabah/Sarawak - RM30.00
postage RM8 SM / RM13 SS
💐 BLURB
TIADA istilah “Janji Sampai Syurga” untuk cinta pertama selagi belum terlafaz akad yang menghalalkan dua jiwa milik Sang Adam dan Hawa. Begitulah terkisahnya cerita cinta Shafwah Dayana. Selama lima tahun Shafwah Dayana jadi penunggu, akhirnya penantian dia temui jalan penyesalan pabila Zarief Zaquan memilih untuk berkahwin atas kehendak keluarga.
Setelah patah seribu hati perempuan seorang Shafwah Dayana, dia dipertemukan pula dengan seorang lelaki Cina Muslim bernama Shiraz Danial. Itupun atas dasar Shahrul, selaku papa Shafwah Dayana. Klise drama Melayu, mula-mula benci. Lama-lama tersuka. Tapi bukan pada jiwa Shafwah Dayana. Hati perempuannya sudah dibeku dengan kebencian terhadap Zarief Zaquan. Namun lamaran hati Shiraz Danial tetap diterima bukan atas dasar suka mahupun cinta.
“Kita kahwin bukan atas dasar cinta. Kita kahwin atas dasar percaya. Selagi mana papa percayakan awak, selama itu saya cuba untuk mencintai awak. Faham?” – Dayana
“Cukup sekadar awak percayakan saya dan saya percayakan awak. Bukankah itu asas utama pernikahan yang halal, sayang.” – Shiraz
Cerita ini hanyalah sekadar sebuah cerita cinta yang klise. Tapi inilah realiti kehidupan untuk mereka yang mahu bina cinta halal. Cukupkah sekadar ‘percaya’ untuk jadi jaminan kebahagiaan dalam hubungan cinta suami dan isteri? Novel ini cukup rencah dengan kisah keluarga, sahabat dan percintaan. Cukup manis untuk mereka yang kurangnya manis dalam senyuman. Dan cukup rasa untuk cintakan seseorang walaupun sekadar ada rasa percaya. Segalanya ada dalam sebuah novel – Kerana Namamu Halal.
email : mybizsantaishop@gmail.com
No comments:
Post a Comment