CINTA DARI BAITULLAH ~ SOPHILEA

PRE ORDER
💕CINTA DARI BAITULLAH💕
RM28 SM / RM31 SS
postage RM8

Kaabah yang tersergam indah di hadapannya di pandang lagi. Airmatanya mengalir menuruni pipi.

Kaabah… tanda cintanya Ibrahim dan Ismail kepada Allah SWT tanda kasih dan rindunya umat Islam kepada pencipta. Airmatanya mengalir lagi laju sejak tadi. Bagai bermimpi dijemput Allah ke tanah suci. Bagai bermimpi dia kini di tanah kelahiran nabi.

Sungguh agung kekuasaan Mu. Dia ingin sekali menghamburkan segala rasa yang terpendam di hadapan Allah. Dia hanya ingin mengadu kepada Allah. Mungkin banyak khilafnya sehingga ujian ini Allah turunkan. Dia mahu mohon keampunan daripada Ar-Rahman.

Maafkan bila ku tak sempurna. Cinta ini hanya sampai disini. Tegakah aku lepaskan sepenuhnya? Mungkin aku yang terleka mengitung tasbih cinta sehingga aku lupa untuk berzikir pada DIA.

Azureen bagai terleka dalam pengaduannya pada sang pencipta. Pada Al–Khaliq. Pada Al-Quds. Dia mahu redha dan belajar untuk menjadi wanita yang setabah Fatimah Al Zahra. Tapi dia bukan Fatimah. Dia hanya wanita biasa yang hatinya cukup rapuh. Hatinya lebih rapuh dari ranting kering. Betullah kata orang kalau takdir itu umpama ranting-ranting di sebatang dahan.

Bibirnya terus berzikir mengucap dan mengungkap kalimah suci. Dia hanya mahukan ketenangan. dia hanya mahukan secebis kasih Allah. Cukuplah sebelum dia lena untuk selamanya.

"Ya Rabb…bukan mudah untuk aku hilangkan dia dari hati. Bukan mudah juga untuk aku lepaskan dia dari jiwa tapi… aku redha kalau dia bukan untukku. Kalau dia telah Kau temukan dengan bidadari dunianya semoga akan terus menjadi bidadari dihatinya sampai syurga."

"Aku redha ya Allah dengan cinta dan kasih yang kau pautkan antara hatinya dan hatiku berkecai dan menjadi debu. Biarlah ia berterbangan dan jangan pernah lagi singgah di hati. Syair cinta yang dia lagukan dalam hati aku telah musnah menjadi sihir ngeri yang akan berparut di jiwa selamanya.

Ya dia bukan Adam yang tidak pernah menyalahkan Hawa saat dibuang dari syurga. Dia bukan Yusuf yang tetap menyintai Zulaikha sebagai zaujahnya meski Zulaikha pernah buatkan Yusuf terpenjara. Dia hanyalah seorang Ahmad Rizhan yang kononnya mahu mengejar syurga .

Dia bukan Nabi yang madukan Siti Aisyah kerana Allah. Yang tidak pernah membuang isterinya demi wanita lain. Tapi Rizhan? Dia tinggalkan aku kerana cintanya telah mati untuk aku. Kerana jiwanya telah menyintai seorang wanita lain. Andai perkahwinannya kerana sunnah tapi kenapa harus aku di lepaskan?

Azureen angkat wajahnya memandang kaligrafi pada kiswah yang menutup Baitullah. Tanpa sedar sudah 3 jam dia di sini. Menghabiskan sepertiga malam berzikir dan mengadu pada dia di Arasy.

Airmatanya kering d hembus angin. Dia menarik nafas panjang dan di hela perlahan. Dengan kudrat yang mash bersisa dia cuba bangun.

“Cik…ini cik punya?”

Azureen toleh ke belakang. Seorang lelaki berjubah putih memandangnya sambil menghulurkan beg kecil yang tertulis nama Azureen dan negaranya.

Lalainya dia beg yang mengandungi barang berharga cuma di letakkan di belakang.

“Terima kasih. Memang saya punya.”

“Sama-sama.” Langkah kaki lelaki itu berjalan meninggalkan dia. Azureen dengan sisa kekuatan yang masih ada melangkah meninggalkan Baitullah.

Semoga Allah dengar semua akan doa-doanya. Semoga Allah ampunkan meski sezarah dosanya.

Cinta itu bukan milik dan hak manusia tapi ia milik Allah Al-Haq. Samada Allah datangkan sebagai hikmah atau ujian untuk kita kembali kepada fitrah.


No comments:

Post a Comment