MR BAD BOY KAHWIN ANAK HAJI LEMAN ~ KAT MARIAM

BAKI READY STOK TERHAD
RM45 SM / RM52 SS
termasuk postage
habis tiada reprint
SINOPSIS #MBBKAHL
" Kamu suka atau tidak, NAJLAA FIRDAUSI akan tetap menjadi isteri kamu yang sah! Jika kamu terus membantah, daddy akan tunjuk hati kering daddy untuk menarik semua kesenangan yang sedang kamu kecapi sekarang ni. Takkan ada lagi kereta sport, villa, kedudukan di Ashman Group dan lain-lain. Syer kamu juga akan daddy buang dari syarikat"

Kata-kata itu membuat Zher Luth jatuh terduduk. Mr Bad Boy sepertinya tidak pernah impi untuk terlibat dalam jodoh atur keluarga! Apatah lagi berkahwin dengan perempuan sealim Najlaa Firdausi yang berbeza corak hidup dengannya. Seorang Timur, seorang Barat. Seorang menjaga waktu solat, seorang tak pernah solat langsung!

" Kau dengar sini. Aku tak rela dan tak ingin pun bernikah dengan kau. Aku dah dianiaya oleh bapak aku sendiri. Lelaki macam aku, petik jari seratus perempuan yang datang. Aku tak perlu orang untuk carikan aku isteri. Lagipun, perempuan alim macam kau tak ada dalam senarai perempuan yang aku nak. Aku tahu sangat jenis perempuan macam kau ni. Asyik nak mengata manusia lain ahli neraka. Kau jerlah ahli syurga"- ZHER LUTH.

Herdikan demi herdikan yang Zher Luth lempar pada bakal isteri. Dia memang nak perkahwinan ini dibatalkan segera! Namun, jodoh mereka kuat. Perancangan Tengku Ashman dan Haji Leman berjaya menyatukan mereka. Pernikahan antara Zher dan Najlaa tetap berlangsung meriah tanpa kemahuan kedua-duanya.

" Kalau kita tak sepadan bersama, kita takkan dijodohkan. Mulai sekarang, awak kena berpijak pada kenyataan yang saya ni dah jadi isteri awak. Orang kampung saya tak buta. Hati awak yang buta untuk terima hakikat yang saya ni lawa"- NAJLAA FIRDAUSI.

" Perasan"- ZHER LUTH.

Mampukah dua hati yang berbeza cara hidup ini dapat menyatu dalam satu ikatan yang sah? Dan berjayakah Najlaa Firdausi menundukkan ego Mr Bad Boy itu untuk menjadi imam dalam rumahtangga mereka?

" Abi yakin Kak Long dapat ubah anak Tengku Ashman. Kak Long bukan gadis sembarangan. Kak Long kuat dan Kak Long bijak. Abi tahu Kak Long dapat tundukkan Zher Luth"- HAJI LEMAN.


No comments:

Post a Comment