RITZ, GADIS AKHIR

BAKI STOK TERHAD
HARGA RM35 SM / RM38 SS
poslaju RM8 SM / RM12 SS
RITZ, GADIS AKHIR
Bilangan mukasurat : 458ms 
BLURB
======
“Kau memang dilahirkan untuk aku, Ritz. Kau hak aku. Dan aku boleh pakai kau bila-bila masa saja yang aku suka!”
~Badrul Carlton
“Abang seperti pokok. Pokok yang tetap teguh berdiri di situ, sedia untuk meneduhi sang burung tanpa walau sebarang syarat. Melindungi burung malang ini dari panas dan hujan, memberikan udara segar untuk dihirup dan buah-buahan untuk dimakan, sampailah sanggup membiarkan sang burung membuat sarang di dahannya… Kini pokok itu terus setia untuk melindungi sang burung dan bakal anaknya pula.”
~Ritz Carlton
“Ritz, bagitahu nuri sang burung tu, yang pokok itulah yang lebih bertuah bila ada si nuri indah mahu singgah di dahannya. Hidupnya yang kaku yang hambar jadi ceria dan dia mahu terus tumbuh lebat dengan buah-buahannya agar si nuri terus mahu tinggal dengannya. Itupun kalau si nuri sudi…”
~Nor Akhiruzzaman
“Kau memang anak tak sedar diuntung Ritz. Aku tak akan maafkan apa yang kau buat pada keluarga kita sampai aku mati! Aku tak halalkan walau setitik susu aku yang mengalir dalam badan kau! Kau bukan lagi anak aku!”
~Marlia
Bagi Ritz, cukuplah dia menjadi mangsa kerakusan nafsu si jantan. Biar apa pun yang terjadi, bayi yang dikandungnya harus diselamatkan. Walau bercerai nyawa dari badan, dia akan tetap keluar dari kegelapan. Tapi mampukah seorang Ritz membina semula sebuah kehidupan? Mampukah keikhlasan seorang Akhir memberinya rasa bahagia yang berkekalan? Dan benarkah dendam itu akan terpadam dengan sebuah kemaafan?
SINOPSIS
========
Ritz, Gadis Akhir mengisahkan seorang gadis malang, Ritz Carlton yang menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki yang seharusnya melindungi dirinya seperti nyawa sendiri. Pertemuan yang tidak disengajakan dengan seorang pemuda bernama Nor Akhiruzzaman dan tekadnya untuk menyelamatkan bayi yang sedang dikandung telah membuka jalan untuk Ritz keluar dari neraka kehidupan yang dilaluinya. Namun, mempunyai seorang bapa yang sangat berpengaruh di mata masyarakat menjadikan usahanya untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik menjadi tidak semudah yang disangka. Satu persatu ujian datang meletakkan dirinya di persimpangan dilema. Jiwanya semakin tertekan apabila lelaki budiman yang telah berkorban untuk membantunya kini turut menjadi sasaran kebencian dan dendam si ayah. Tekanan yang bertimpa-timpa datang menjadi trauma. Sehinggakan derita disangka bahagia dan impian dirasakan petaka. Lantas memaksa dirinya memilih antara mahu meneruskan hidup baharu atau kembali kepada hidup yang lama. Di manakah letaknya kunci untuk merungkai segala derita jiwa seorang gadis seperti Ritz dan bertemukah dia akan penyelamat hidupnya yang dicari?
Novel Michiko Ohara kali ini diinspirasikan dari himpunan kisah-kisah benar yang diolah menjadi sebuah cereka bagi membawa pembaca menghayati dan menyelami sisi gelap kehidupan dan trauma mangsa inses yang terperangkap dalam nafsu serakah manusia durjana. Jeritan dan tangisan mereka ini bagai didiamkan oleh kealpaan ramai dari kita yang leka mengejar kehidupan dunia dan impian masing-masing. Persoalannya, mampukah penulis menterjemahkan isu masyarakat seperti ini melalui senaskhah novel bacaan santai? Mampukah mesej kemanusiaan yang cuba disampaikan diterima? Bacalah dan temukanlah jawapannya dalam Ritz, Gadis Akhir.
atau

No comments:

Post a Comment