CEMBURUMU TAK BERALASAN ~ HANI FAZUHA

COMING SOON
DARI HANI FAZUHA.. 
YG NAK ORDER DGN KAMI BLH BOOKING NAMA DULU. BUKAK ORDER NNTI TERUS BYR.
LIMITED EDITIION .. SY AMIK STOK IKUT YG DAH BUAT BYRN SHJ.
PANGGILAN dari Zaqef aku pandang sepi. Beberapa kali juga telefon berdering sebelum disusuli dengan pesanan WhatsApp.
You kat mana?
Hanya itu saja yang dia tanya. Aku tahu sekarang dia ada di rumah ni, datang bersama mummynya. Itu yang Ferra beritahu. Sebab tu aku cepat-cepat naik ke bilik. Petang tadi dia sudah datang tengok Ferra. Malam ni datang lagi, sayang sungguh pada cik tunang dia tu.
Kat rumh.
Aku jawab ringkas. Mata rasa mahu terpejam tapi perut macam lapar. Tadi bila tahu yang Zaqef dalam perjalanan dengan mummynya untuk tengok Ferra, aku terus naik atas tanpa makan malam.
You okey tak ni?
Dia hantar lagi pesanan berbentuk soalan. Pelik juga soalannya. Bukankah dia datang nak jenguk Ferra? Kenapa pula tanya aku okey ke tak? Dia patut tanya Ferra sebab Ferra yang sakit.
- Mmm.... okey.
+ I ada kat bawah ni, tak nak turun ke?
Melihat pesanan dia yang seterusnya, aku geleng kepala. Dia nak apa sebenarnya?
You datang tengok Ferra, buat apa I nak turun.
Itu yang aku balas. Entah apa rasa yang sedang berpusing di hatiku saat ini. Memikirkan tentang hal Abang Adhan tak seteruk aku fikirkan tentang hal aku dan dia.
Dan janjiku pada papa tentang kehendak Abang Adhan yang mahu aku menjadi isterinya buat segalanya berkecamuk.
+ I nak tengok you.
Jawapannya buat aku terkedu lama. Lama juga aku renung skrin telefon sebab tak tahu nak jawab apa.
- Petang tadi dah tengok, kan?
+ Tak cukup.
Aduh! Bila Zaqef sudah pandai bermain kata begini, aku pula yang hilang perkataan. Aku yang perasan sendiri atau Zaqef sebenarnya sedang mendugaku?

No comments:

Post a Comment