JUALAN PRE ORDER 1170 NASKHAH
ISTERI GANTI TENGKU IZZUE ISKANDAR
ISTERI GANTI TENGKU IZZUE ISKANDAR
PRE ORDER MASIH BERJALANharga
SM RM 28
SS RM33
Termasuk pos
SM RM 28
SS RM33
Termasuk pos
TEASER 14
“Abang suka tengok rambut Emi terurai.” Kemudian Tengku Izzue mengisi dua sudu besar milo ke dalam mug. Dimasukkan sedikit susu cair dan susu pekat. Kemudian dituang air panas. Minuman itu berasap nipis bersama aromanya.
Nur Emily tidak mengendahkan Tengku Izzue. Dia tetap menyanggul rambutnya sebagai tanda protes. “Saya tidak akan taat kepada Tengku.”
“Oh, ye ke?” Tengku Izzue membawa mug air lalu diletakkan di hadapan Nur Emily. Kemudian dia berdiri di belakang gadis itu. Lalu dijatuhkan tangannya pada rambut Nur Emily untuk merungkai sanggulan itu.
“Jangan sentuh saya.” Nur Emily bangun dari kerusi. Berpaling ke belakang. Dia menolak dada Tengku Izzue dengan kedua tangannya sekuat hati. Dengan harapan lelaki itu akan terundur ke belakang. Namun malangnya, tubuh Tengku Izzue tidak bergerak langsung. Malah, untuk kesekian kalinya Nur Emily berasa badannya teramat kerdil jika hendak dibandingkan dengan Tengku Izzue. Lelaki ini bersusuk tubuh tinggi lampai. Lihatlah, hujung kepala Nur Emily separas dagu Tengku Izzue sahaja.
Tengku Izzue tarik dagu Nur Emily sehingga wajah gadis itu terdongak.
Terus Nur Emily meneguk air liur pada ketika melihat wajah tegang Tengku Izzue. Sepanjang menjadi suami isteri, dia belum pernah melihat mimik mukaTengku Izzue segarang ini. Terus Nur Emily memusingkan tubuhnya membelakangi lelaki itu. Dia duduk semula di kerusi. Pasrah tanpa kerelaan hati. Saat tangan Tengku Izzue berlabuh pada rambutnya. Terpejam terus mata Nur Emily. Terasa tangan besar lelaki itu merungkai simpulan pada rambutnya. Kemudian Tengku Izzue mengurai-guraikan rambut Nur Emily agar lepas bebas.
Tanpa Nur Emily sedar, setitis air mata gugur dari kelopak mata sebelah kanan.
‘Ayah… anakmu ini menderita hidup bersama lelaki yang tidak dicintai.’ Bisik hati Nur Emily sambil mengenangkan ayahnya. Penikahan ini adalah kerana kemahuan arwah Pak Alim. Buka kehendaknya. ‘Terseksa sekali jiwa ini, bila dia sentuh Emi begini tanpa kerelaan. Walaupun hanya rambut. Tidakkah ayah mengertikan…’ Nur Emily melepaskan nafas perit.
Tengku Izzue tersenyum kecil. Wajah bekunya berjaya menundukkan Nur Emily. Ah! Di syarikatnya, mimik muka sebegini sering membuatkan stafnya menggigil ketakutan.
Lantas dia berlalu ke ruang membakar roti. Sambil memerhatikan Nur Emily yang diam membeku, Tengku menyiapkan kerja membakar roti. Setelah siap dihidangkan di atas meja. Tengku Izzue melabuhkan duduk di kerusi bertentangan dengan Nur Emily. Disapu mentega dan gula pada kesemua roti tu.
Diambil sekeping lalu disuakan roti tersebut ke mulut Nur Emily. Terus gadis itu memalingkan mukanya. Tengku Izzue capai tangan Nur Emily, diletakkan roti di tapak tangan. “Please makan sayang, nanti perut kosong. Atau, Emi nak abang duduk disebelah Emi dan tolong suapkan?”
Pantas Nur Emily mengambil roti itu. Disuakan kemulutnya. Digigit sedikit. “Sedap.” Terluah pujian dari mulutnya.
Tengku Izzue tersenyum lebar. “Thank you.”
“Tengku…” Nur Emily mengangkat wajah. Dia mahu mengatakan sesuatu tetapi lidahnya kelu apabila melihat Tengku Izzue melipat roti lalu dimasukkan kesemua kedalam mulutnya. Lelaki itu mengunyah sambil merenungnya. Sedangkan Nur Emily, sekeping roti sepuluh kali gigit pun belum habis lagi.
“Ada apa sayang?” Tengku Izzue capai lagi roti, dilipat dan disuap kesemuanya ke dalam mulut.
Terus Nur Emily menggeleng dengan laju. Melihat Tengku Izzue makan seperti ular sawa lapar itu, membuatkan Nur Emily berasa seram sejuk. Mulutnya mengunyah perlahan sambil memerhatikan tingkah Tengku Izzue mengambil roti satu persatu sehinggalah tinggal dua keping sahaja lagi.
“Emi habiskan baki roti ni ya.” Tengku Izzue meneguk air milo.
“Eh, tak apalah. Emi dah kenyang.” Nur Emily menolak.
“Serius? Sekeping je tu, cukup ke?”
“Cukup. Ni, yang sekeping pun belum habis makan.” Nur Emily menunjukkan baki roti di tangannya.
“Okey. Abang makan.” Tengku Izzue mengambil dua keping roti terakhir itu, dilipat lalu dimasukkan kesemua ke dalam mulutnya.
Besarnya geraham dia. Nur Emily perlahan-lahan meletakkan baki rotinya ke dalam pinggangnya. Hilang seleranya tiba-tiba. Kalau ikutkan bentuk tubuh dan ketinggian, Tengku Izzue sangat sepadan dengan bekas isterinya Puteri Nur Sarah. Gadis itu tinggi lampai dan bertubuh kasar. Sementara Nur Emily pula lebih sesuai bersama Farhan. Seingatnya, bekas tunangnya itu tinggi beberapa inci sahaja darinya. Meskipun lelaki itu agak berisi, namun dia berkerangka kecil. Tidak seperti Tengku Izzue. Walaupun memiliki susuk tubuh yang menarik, namun memiliki rangka yang besar.
“Boleh abang tanya sesuatu?”
“Ya Tengku, tanyalah.” Sengaja Nur Emily menekan sebutan Tengku agar lelaki itu sedar, dia tidak sudi memanggil ‘abang’ sampai bila-bila pun.
“Masa bertunang dengan Farhan dulu, errr… Emi cintakan dia ke? Jawab dengan jujur please…” Sejak malam pernikahan mereka lagi, persoalan itu membelenggunya.
“Kan saya dah cakap, tak nak dengar nama dia tu lagi.”
“Hari ini sahaja abang sebut, lepas ni tak. Jawab soalan abang please…”
Nur Emily ambil mug berisi air milo yang tinggal separuh. Dihirupnya. “Kenapa?” soalnya kepada Tengku Izzue apabila lelaki itu dilihat merenung mug itu. Barulah Nur Emily perasan, dia telah berkongsi mug yang sama dengan Tengku Izzue. Lelaki itu hanya membancuh air milo untuk satu mug sahaja.
“Tak apa, memang abang nak minum dengan Emi pun. Sengaja buat air satu mug je.” Tengku Izzue mengambil mug berisi milo dari tangan Nur Emily lalu disuakan ke mulutnya.
Nur Emily tekupkan kedua tangannya pada muka. Huhuhu… hatinya merintih.
“Jawablah apa abang tanya. Kejap lagi abang dah nak pergi kerja.”
Nur Emily jatuhkan tangan pada mukanya. “Ya, saya cintakan abang...”
“Abang?” Mata Tengku Izzue bersinar sambil menuding ke arah dirinya sendiri. “Betul ke?” tanyanya ceria.
“Jangan nak perasaan ya.” Jegil Nur Emily. “Abang tu adalah Farhan. Saya panggil dia abang dulu. Mestilah saya cintakan dia. Kalau tidak tak adanya kami bertunang dan bakal bernikah. Tapi itu dulu, sekarang saya tak ada rasa cinta apa-apa lagi pada dia. Sekarang saya dah jawab soalan Tengku, puas hati?”
Tengku Izzue mengenggam penumbuknya menahan rasa cemburu. Wajahnya terasa hangat. Dia yang mahu tahu dan dia jua yang akhirnya menanggung sengsara kerana soalannya sendiri. Desir nafas Tengku Izzue terasa panas. Kalau ikutkan hatinya yang dirasuk cemburu, pagi itu juga dia ambil ‘haknya’ ke atas diri Nur Emily. Biar dia menjadi lelaki pertama menyentuh gadis ini. Tengku Izzue kemudian bersandar pada kerusi. “Boleh cerita pada abang tak, macam mana rasa cinta tu?”
Dahi Nur Emily berkerut.
“Yalah. Rasa cinta pada Farhan tu macam mana? Ala, macam kita marah, tiba-tiba muka jadi merah, berpeluh, dan bermuka masam. Begitu juga cinta. Mesti ada rasa dia.”
“Oh… kejap ya. Emi fikir.” Nur Emily letakkan jari pada dagu. Diketuk-ketuk. “Rasa dia…” Nur Emily meleretkan bicara sebelum memetik jari. “Rasa berterima kasih.”
“Apa? Berterima kasih?”
“Lagi?”
“Itu sahaja. Rasa cinta saya pada Farhan adalah setiap masa saya berasa berterima kasih pada dia. Farhan hadir pada ketika saya sangat memerlukan pertolongan. Pagi itu saya menanti teksi untuk pergi bekerja dalam kesakitan dan lebam seluruh wajah akibat dipukul Mak Tirah. Farhan memberhentikan kereta. Dia menolong saya. Bawa saya membuat rawatan di klinik. Sungguh! Saya tak punyai wang untuk jelaskan bil rawatan, tetapi dia keluarkan wang dia untuk saya. Kami bertukar nombor. Dia selalu hubungi saya mengambil berat. Setiap kali dia datang ke rumah, ada sahaja yang dia bantu. Banyak budi yang dia taburkan. Sampailah dia akhirnya nak peristerikan saya. Masa tu saya gembira tidak terkata. Saya bagaikan nampak masa depan rumah tangga yang bahagia bersama Farhan. Terlampau excited nak mendirikan rumah tangga, saya dah belikan baju baby siap-siap tau untuk anak kami berdua. Saya peluk baju baby setiap kali tidur malam. Tapi nak buat macam mana takdir tak menyebelahi saya. Pelamin angan saya musnah sekelip mata sahaja.”
Tengku Izzue terangguk kecil sebelum mengukirkan senyuman nakal. Cemburunya melayang pergi. Tengku Izzue bangun dari kerusi. Dia menghampiri Nur Emily.
Gadis itu segera bangun. Senyuman Tengku Izzue itu
menakutkannya. Lantas dia berundur menjauhi lelaki itu.
Secara drastik Tengku Izzue menyambar lengan Nur Emily. “Itu bukan cinta sayang. Itu namanya terhutang budi. Untunglah Farhan, buat budi terus Emi setuju nak nikah. Abang ni macam-macam cara nak ambil hati Emi, tapi usahkan nak memiliki Emi, nak pegang sikit-sikit pun muka macam tak rela. Err… dulu Farhan ada pegang-pegang tak?”
“Tengku, janganlah pegang lengan saya. Tangan Tengku tu besar, sakit tau tak. Biarlah kalau Farhan nak pegang pun, tunang dia kan. Sibuk je Tengku ni. Orang tak suka kat dia,” Nur Emily menengking.
“Betul ke Farhan ada pegang?” tanya Tengku Izzue serius. “Dia pegang kat mana hah?” Ditelitinya seluruh tubuh Nur Emily.
Inilah masanya nak sakitkan hati Tengku Izzue. “Alah, apa yang orang muda selalu buatlah. Farhanpeluk saya. Hahaha,” Nur Emily ketawa mengejek Tengku Izzue.
“A… apa?” Tengku Izzue tergagap-gagap.
“Ya, betul. Saya bukan perempuan baik macam yang Tengku fikirkan. Biasanya kalau naik kereta Farhan. Kami laga-laga pipi tau. Lepas sampai tempat kerja saya. Kami peluk. Kemudian muah pipi kiri, muah pipi kanan.” Hati Nur Emily bagaikan digeletek.
Tengku Izzue melepaskan Nur Emily. Dia berasa teramat kusut dan serabut. Tubuh yang terasa panas membahang sedikit berpeluh-peluh. Dilonggarkan tali lehernya sambil mundar-mandir.
“Saya naik atas dululah Tengku. Nak tidur.” Seingatnya, hanya beberapa kali dia dapat berlingkar di atas katil pada pagi hari seumur hidupnya. Sudah lama dia mengimpikan untuk menggeliat malas di pagi hari sambil tarik selimut ke dada. Melihat Tengku Izzue yang kepanasan kerana disakitkan hati olehnya, Nur Emily yakin dia akan tertidur dengan lena kerana berasa puas. Rancangnya sebelum tengah hari, dia akan bangun dan pergi dari sini. Selamat tinggal suami yang tak kuhadap.
‘Dosa pahala kau nak campak ke mana Emi? Lari dari rumah suami besar dosanya.’ Hati Nur Emily berbisik menegur.
Nur Emily menapak untuk pergi namun baru dua langkah, tiba-tiba Tengku Izzue menariknya. Sekelip mata tubuh Nur Emily dipeluknya. Terus anak mata Nur Emily terbeliak. “Farhan peluk macam ni ke?” tanya Tengku Izzue. “Dia buat macam ni?” dilaga-lagakan pipinya pada pipi Nur Emily kiri dan kanan. “Kiss pipi begini?” Cup! Cup! Pipi kiri kanan Nur Emily menjadi mangsa.
“Ayah…” tidak tunggu lama, Nur Emily terus menangis sambil memanggil ayah.
Tengku Izzue melepaskan Nur Emily. Terkejut dia melihat air mata yang gugur bercucuran.
“Tengku jahat! Saya benci Tengku!” Bicara Nur Emily bersama mulut terbuka akibat meraung.
“Kata dah biasa buat macam tu dengan tunang?”
“Saya bohong je!”
Tengku Izzue terus tergelak. Dia berlalu ke sinki untuk membasuh tangan. Dilap pada sehelai tisu. Kemudian membetulkan tali leher. Kot yang berada di atas kepala kerusi disambar. Disarungkan pada badan. Briefcase dicapai. Kemudian Tengku Izzue membuka zip briefcase tersebut lalu mengeluarkan segugus kunci. Tiba di hadapan Nur Emily, Tengku Izzue melambung-lambungkan kunci sebagai isyarat, dia akan mengunci gadis itu di dalam vila ini. “Jangan pernah bermimpi nak melarikan diri ya. Bila dah jadi milik saya, selamanya akan jadi kepunyaan saya, insyaALLAH.”
ππππππππππππ
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
atau
No comments:
Post a Comment