KOMBO PROMO MR SPICY 1 dan 2

Hanya 30 buah. Promosi sehingga 25/6.
Novel best seller Jen NJ.
www.wasap.my/60189666752


Blurb Suamiku... Mr Spicy
**
Perkahwinan di antara Noah dan Ehan terjadi dengan cara yang luar biasa. Tak pernah dibuat orang. Ehan diculik dan dibawa ke kampungnya untuk mendengar lafaz akad. Dia terperangkap dan tidak dapat mengelak. Noah lelaki yang punya segalanya. Dia lelaki yang mahukan segalanya. Padanya, segalanya perlu menjadi milik dia.

Ego lelaki itu tinggi melangit. Dia 'pedas' dalam setiap hal. Hanya mengikut kepalanya sendiri. Keputusan untuk menikahi Farihan membuatkan dia menjadi lelaki romantik yang boleh membuatkan kesemua lagak lelaki samseng jatuh terjunam.

Farihan hadap perkahwinan itu dengan perangai Noah yang selalu membuatkan dia sesak nafas. Satu perkara yang tak dapat dia nafikan. Hati seorang isteri, benci seperti apa pun, terpalit sekelumit cinta yang dia sendiri tidak faham kenapa ia wujud. Sejak bila?

"Kau manusia beruntung. Aku rendahkan ego aku bukan untuk kau pijak. Tapi untuk kau hargai seketul daging yang ada kat dalam dada aku ni. Aku perlukan seorang isteri yang sentiasa memeluk hati seorang suami." - Noah Firman

"Aku hanya mahu betulkan balik apa yang tak betul. Kau dan aku kena sama-sama berkorban. Rendahkan ego takkan hilang maruah. Kau akan tahu macam mana kasih sayang Dia bila kau hargai sesama manusia." - Farihan Wardah.

Allah cipta hati itu dengan berbagai rasa. Berkuasa seperti apa pun, hebat macam mana sekalipun, walau kau punya harta segunung, kau akan lemah bila berhadapan dengan orang yang kau cinta.


Blurb Suamiku...Mr Spicy 2
**
Noah dan Farihan menjalani kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri yang dilimpahi kebahagiaan. Semua yang telah berlaku untuk kehidupan sebelumnya banyak mengajar mereka agar saling menghargai.

Kata pepatah, bumi mana tak ditimpa hujan. Farihan terjerat dalam situasi yang tak dijangka oleh fikirannya. Kemunculan kembali seorang emak dan kekasih wanita itu yang pernah meninggalkan hutang kepada keluarganya membuatkan hidupnya mula huru hara.

Noah bukan lelaki yang penyabar apabila dia diuji dengan kehilangan insan yang dia sayang. Dia kembali menjadi lelaki yang pedas dalam setiap tindakan. Demi orang yang dia sayang, dia sanggup menjadi racun kepada sesiapa sahaja yang dirasakan tak berguna kepadanya.

Mencintai Farihan sudah seiring dengan nafasnya. Ada yang sengaja mencari hal, manusia itu akan menyesal. Cintanya selalu membara. Kerana dia insan yang mencintai dengan penuh setia.

“Sayang tak nak abang berubah jadi diri abang yang dulu. Kita terima takdir ni sebagai ujian untuk kita hargai hidup ni sama-sama.”- Farihan

“Bagi abang masa untuk damaikan kembali cinta kita. Biar semua parasit tu tak wujud lagi sampai bila-bila.” - Noah

Sekali mencintai, dia boleh menentang apa pun dengan auranya. Apa yang dirampas dia berikan pembalasan dengan caranya. Cuma satu yang dia cuba untuk menerima.

“Tiada yang hilang bila ia kembali ke tangan Tuhan.”

atau

No comments:

Post a Comment