KOMBO GULA

Bismillahirahmanirahim...
-
PREORDER KOMBO GULA telah dibuka bermula hari ini selama dua minggu sahaja (28 JUN 2019)
-
Dalam 100 tempahan terawal akan mendapat photobookmark.

-
Kedua-dua buku berstatus LIMITED EDITION iaitu sekali cetakan sahaja. 
-
Kedua-dua buku bergenre ROMANTIK KOMEDI free stress.
Kedua-dua buku merupakan MINI novel.
-
Harga kombo selepas tempoh preorder akan berubah (+RM 4)
boleh order dgn kami
www.wasap.my/60189666752/kombogula
SINOPSIS CHAN, MR. EGOIS (RINSYA CHASIANI)


William Chen Wei Ting, nama dia di dalam IC. Anak angkat Mak Ngah Tia. Keluarga kami menggelarnya dengan nama Rayfan untuk ‘meMelayukan’ lelaki itu. Orangnya perasan bagus, dan serba-serbi sempurna. Oleh kerana dia terlampau ‘majestic’, dia jadi lupa daratan. Ke aku aje yang rasa dia lupa daratan? 


“Opah nak Min yang jadi isteri kepada Rayfan. Min yang paling layak untuk Rayfan.” - Opah 


Opah dan satu keluarga besar kami bersetuju, aku, Azmin anak Pak Usu Fadhil kena kahwin dengan William gara-gara nak ‘meMelayukan’ Chan Wei Ting! 


“Awak faham tak kesan tu? Awak dah buat jodoh saya block, tahu? Saya suka orang lain, bukannya awak. Sepatutnya awak tak ada dalam perancangan hidup saya, sekarang ni awak dah ganggu plan hidup saya.” - Aku 


Tapi kerana satu insiden berdarah dalam hidupku, aku kena reda tak ada orang lain yang nak kan aku kecuali dia. 


“Wo... pu... shi... huan... ni.” Aku cakap sebiji-sebiji. Pakej tekan suara kat ‘pu’ tu, menggambarkan aku betul-betul tak suka dia. 


“Apa-apa yang jadi, bukan sebab saya kesiankan awak atau bukan sebab opah yang paksa saya untuk memperisteri awak.” – Chan 


Jadi kenapa dia terima aku sebagai isterinya? “Min ingat, Min tak jadilah kahwin dengan abang, opah. Abang tak ikhlas terima Min.” – Aku 


“Alah, setakat tak ada kaki je pun, bukan tak ada kepala. Okey lagi.” – Chan 


Dan bagaimana untuk aku meneruskan hidup dengan lelaki, yang aku tak boleh nak baca isi hatinya?



SINOPSIS LOVE SUGA (NAJWA RAHMAN) 



DIAN. Gadis comel itu sering menjadi bahan usikan Firas a.k.a Hantu Galah. Pantang bertentang mata, pasti berperang.


*"Kau turun exercise ya, Mok? Nak bakar lemak ek?" - Firas*


Serabut dengan si Hantu Galah, muncul pula nota misteri dari SUGA. Suga? Gula? Sugar Glider?


*"You look beautiful. As always..."*
*Love, Suga*



Dian keliru. Baru dia nak terbuai dengan Suga, PG hulurkan persahabatan. 


*"Nama I Hazwan tapi you boleh panggil I PG." -PG*


Dian makin buntu. Siapa SUGA sebenarnya? PG, si Hantu Galah atau... siapa?
atau

No comments:

Post a Comment