PRE ORDER
ISTERI GANTI TENGKU IZZUE ISKANDAR ~Novelis Siti Nur Dhuha
PRINT ON DEMAND
PRINT ON DEMAND
Kouta pre order berbaki 173/ 200 naskhah.
RM28 SM / RM33SS
termasuk postage
-
Teaser 1
NUR EMILY membaca berulangkali pesan whatapps dari rakan baiknya.
Wei, Farhan check in hotel tempat aku kerja ni. Bukan apa, aku curiga la.
Sungguh Nur Emily terkejut.
Buat apa pulak dia kat situ? Bilik berapa?
Sekejap sahaja Nur Emily menerima balasan whatapps dari sahabatnya itu.
Mana aku tahu. T401.
Hati Nur Emily berasa sungguh berdebar. Bagai ada sesuatu yang tidak kena. Terus dia menyambar baju kurung dan mengenakan tudung. Dan kini, dia telah pun tiba di Hotel Kemudi, tempat di mana Ain Farhani bekerja. Terus dihubungi sahabatnya itu. Namun panggilan tidak berangkat. Tidak lama selepas itu dia menerima pesan whatapps dari Ain Farhani.
Aku kena jaga kaunter, kau naik atas sorang je ya.
Nur Emily menyimpan telefon ke dalam beg tangannya. Kerana terburu-buru menapak, dia telah terlanggar bahu seorang gadis sehingga hampir terjatuh.
“Awak… sorry, saya tak sengaja.” Nur Emily memegang lengan gadis itu memohon maaf.
“Tak payah nak sorry. Lain kali jalan elok-elok. Dah bermata empat pun, masih lagi buta. Baik pergi mati je.” Marah Puteri Nur Sarah sambil menarik lengannya dari pegangan Nur Emily. “Eii, geram je aku nak ludah muka kau ni.”
Nur Emily terpaku. Tidak pernah dia ditengking sebegitu rupa seumur hidupnya. Dia hanya mampu memandang kelibat gadis cantik itu yang semakin menghilang dari pandangan mata. Kulit mukanya terasa panas membahang kerana menanggung malu.
“Cik, are you okey?” satu suara garau menyapa Nur Emily. Bukan dia tidak nampak gadis itu diherdik sebentar tadi.
Gadis itu mengangkat wajah. Terpegun seketika menatap wajah tampan seorang lelaki. Segera dilarikan anak matanya.
“Saya tak apa-apa. Terima kasih Encik kerana mengambil berat.”
“Sama-sama.” Jawab Tengku Izzue.Hmm, sopannya awek ni. Kalaulah Puteri Nur Sarah sesopan ini.
“Saya gerak dulu.” Nur Emily terus meninggalkan lelaki itu masuk ke dalam hotel. Sempat dia bertatapan dengan Ain Farhani yang berada di kaunter. Sahabatnya itu memuncungkan mulut ke arah lif, mengarahkan Nur Emily menggunakan kemudahan itu.
Nur Emily mengangguk sedikit kepada Ain sebelum menapak ke arah lif. Sewaktu melangkah masuk, tidak semena-mena lelaki yang sama menyapanya sebentar tadi turut masuk bersama. Dan jari-jemarinya mereka hampir bersentuhan apabila hendak menekan butang ke tingkat empat.
Beberapa saat kemudian, tiba juga mereka berdua ke tingkat empat. Nur Emily sudah berasa tidak sedap hati apabila lelaki kacak itu menapak dibelakangnya. Hendak menuduh yang bukan-bukan rasanya tidak wajar. Mustahil lelaki itu ingin lakukan hal yang bukan-bukan kepadanya kerana CCTV ada di segenap penjuru.
Nur Emily berhenti di hadapan pintu bilik T401.
Tengku Izzue turut berhenti.
Mereka berdua berpandangan.
“Err… kenapa…” belum pun Nur Emily menghabiskan pertanyaan, lelaki itu terus menjawab.
“Jumpa isteri saya.”
Oh, lelaki tampan ini sudah beristeri rupanya. Tapi… eh, apasal isteri dia ada dalam bilik T401, sama dengan bilik Farhan .
“Awak pula?”
Nur Emily sudah menggaru kepalanya yang tiba gatal teramat sangat. Kemudian menggosok matanya berkali-kali sewaktu menatap nombor bilik yang tertera, bimbang dia tersilap. Memang betul. T401.
“Tunang saya dalam bilik ni juga”
“Hah?” Tengku Izzue terbeliak luas. Menggigil seluruh tubuhnya. Tanpa berlengah, dia terus mengetuk pintu bilik tersebut. Takkanlah bini aku sebilik dengan tunang dia pulak?
“Siapa tu?” kedengaran suara lelaki dari dalam bilik.
Tengku Izzue tidak menjawab. Dia terus mengetuk kuat seperti orang gila. Sehingga akhirnya pintu bilik dibuka. Muncul Farhan yang hanya mengenakan seluar. Tidak berbaju. Kelihatan bahagian terdedah yang sederhana gempal. Langsung tidak ada bayang-bayang six pack pada perutnya. Umpama tidak pernah bersenam seumur hidupnya.
Sebaik sahaja ternampak wajah Tengku Izzue, Farhan segera menolak pintu untuk menutup kembali. Tidak berjaya. Hanya dengan sekali tendangan Tengku Izzue. Terbuka luas pintu bilik tersebut.
“Abang.” Nur Emily bergenang tubir matanya.
“Emi…err… macam mana Emi ada kat sini?” Kemudian Farhan kembali memandang Tengku Izzue. Matilah aku kali ini. “Err… bos pun ada?”
Tengku Izzue meneliti wajah Farhan. “Kau?!” dia sangat kenal lelaki ini. Pemandu syarikatnya. Bahkan sering menerima arahan untuk menghantar Puteri Nur Sarah ke mana sahaja apabila Tengku Izzue tidak berkesempatan.
“Siapa tu darling?” Kedengaran suara manja dari dalam bilik air.
Hidung Tengku Izzue kembang kempis. Itu suara isterinya yang baru dinikahi hari ni. Bahkan belum pernah disentuh olehnya sebagai suami.
“Bini aku buat apa sebilik dengan kau, hah?” Tanpa menunggu, Tengku Izzue melepaskan tumbukan ke wajah Farhan.
Aduh. Farhan memegang bibirnya yang pecah.
Puteri Nur Sarah yang mendengar kekecohan dari dalam bilik air segera keluar. Terjegil matanya apabila melihat perempuan yang telah berlanggar dengannya di luar hotel sebentar tadi kini berada di dalam bilik.
“Hei, apa you buat kat sini hah?” jerkahnya pada Nur Emily yang sedang menangis kesedihan. Patutlah Farhan sanggup curang, lihatlah wanita ini begitu cantik. Tambahan pula dengan pakaian tidur seksinya ini.
“Keluar sekarang!” Halaunya. Nampak gayanya, Puteri Nur Sarah masih belum menyedari kehadiran Tengku Izzue bersama di dalam bilik itu.
“Perempuan curang!” Tengku Izzue menjerkah sekuat hatinya.
Terlompat sedikit Puteri Nur Sarah kerana terkejut. Dia segera menoleh. “You?” saat itu, dia terasa seakan-akan maut berada di hadapannya.
“Memang perempuan tak guna kau ni!” Tengku Izzue menerkam ke arah Puteri Nur Sarah, ditarik rambut panjang isterinya itu. “Sanggup kau main jantan belakang aku pada malam pertama kita jadi suami isteri? Dengan driver company aku pulak tu. Kau memang perempuan tak guna!” Ditamparnya pipi kiri dan kanan Puteri Nur Sarah berulangkali.
“You, jangan. Sakit.” Puteri Nur Sarah menangis merayu.
Sementara Nur Emily berbalas pandangan dengan Farhan bersama kepala tergeleng dan air mata bercucuran. “Sampai hati abang… seminggu lagi kita bakal bernikah bang.”
“Emi… abang…” Farhan hilang kata-kata. Sedar salahnya berpunca dari dirinya yang gagal menahan godaan Puteri Nur Sarah.
“Farhan, tolong I.” Puteri Nur Sarah sudah bengkak bengkil mukanya dibelasah oleh Tengku Izzue.
“Bos, lepaskan Puteri.” Tengku Izzue diterkam dan ditarik. “Puteri… Puteri mengandung dua bulan.”
Lemah serta-merta lutut Tengku Izzue. Mengandung? “Dah berapa lama kau orang berdua buat kerja terkutuk ni, hah?”
Farhan menundukkan wajah. “Dua bulan yang lepas.”
Tengku Izzue menumbuk dinding dengan penumbuknya. “Argh!” Dia meraung sekuat-kuat hatinya. Menangis dia. Dua bulan yang lepas, dia sedang sibuk dengan projek syarikat. Sering dia minta Farhan menemani Puteri Nur Sarah untuk mencari kelengkapan nikah. Patutlah Puteri Nur Sarah seperti tidak kisah sekiranya Tengku Izzue tidak ikut bersama, rupanya bermukah mereka berdua di belakangnya.
“Ya ALLAH, apa semua ni Ya ALLAH? Beratnya ujian yang Kau beri. Apa dosaku Ya ALLAH.” Kepala Tengku Izzue terdongak ke atas. Sebelum dijatuhkan kembali memandang sang isteri yang berdosa itu. “Kenapa kau tak cakap awal-awal yang kau dah tak sayang aku? Kau tahu tak, hari ni hari nikah kita. Tapi kau datang jumpa jantan ni untuk berzina.” Dipegang bahu Puteri Nur Sarah dan digoncangkan. “Ni balasan kau beri pada aku Sarah. Tergamak kau. Aku tatang kau macam minyak yang penuh. Cintakan kau. Kahwini kau. Tapi… sanggup kau ya.”
“Izz… I sayang you. I… I cuma suka-suka je dengan Farhan.”
“Kau tidur nga jantan buncit ni, kau kata suka-suka? Sampai kau mengandung, kau masih cakap macam tu.” Jari telunjuk Tengku Izzue menuding ke arah perut Farhan.
Lekas-lekas pemandu syarikatnya itu menekup perut dengan tangan.
“Syukurlah ALLAH tunjukkan kebenaran. Kau dengar sini ya Sarah,” ah, tak kuasa aku nak panggil Puteri lagi. “Aku ceraikan kau dengan talak satu. Kau bukan lagi isteri aku.”
“You!” Puteri Nur Sarah terus memeluk betis Tengku Izzue. “I minta maaf you. Jangan tinggalkan I. I love you so much.”
Tanpa perasaan, Tengku Izzue menarik betisnya. Dia melangkah keluar dari bilik itu penuh amarah. Baru sepuluh langkah menapak pergi, dia berpatah balik masuk ke dalam bilik. Diludahnya muka Puteri Nur Sarah. “Bila kau mati, tahulah kau seksa kubur tu macam mana. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila.” Sesudah itu Tengku Izzue mendapatkan Nur Emily yang terduduk lemah di lantai. “Cik, jom kita pergi. Lelaki macam Farhan ni tak layak untuk gadis sebaik cik.” Tengku Izzue menghulurkan tangannya. Namun tidak ada sambutan dari Nur Emily. Gadis itu hanyut dalam tangisan sedihnya. Lemah sungguh keadaannya.
“Ayah…” entah kenapa wajah bapa tercinta yang sedang lumpuh bermain di mati. Dia tidak sanggup mengecewakan insan itu dengan berita yang melukakan ini.
“Sabarlah cik,” nada Tengku Izzue bertakung sebak. Tidak dipinta ujian seberat ini menimpa. “Nak buat macam mana kita dah ditakdirkan jumpa orang yang kejam macam mereka ni.” Tengku Izzue menarik lengan Nur Emily. Dipeluk bahu gadis itu untuk membawa gadis itu keluar.
“Jangan, kita bukan muhrim.” Nur Emily menarik bahunya. Meskipun larut dalam kepiluan, dia masih waras.
Tengku Izzue tidak mengendahkan. Dia menyambar tangan kiri Nur Emily. Digenggamnya kemas. Ditarik gadis itu keluar dari bilik yang dirasakan cukup jahanam itu. Tubuh Nur Emily terdorong mengekori setiap langkah Tengku Izzue. Sempat lagi gadis itu menoleh ke arah Farhan. Tatapan penuh kekesalan.
Farhan melekatkan tapak tangannya pada dahi. Kesal dengan perbuatannya. Puteri Nur Sarah terlalu jelita, siapa yang tidak tergoda.
“Encik, tolong lepaskan saya.” Rayu Nur Emily. Sewaktu itu mereka berdua berada di dalam lif. “Berdosa pegang wanita yang bukan muhrim.” Nasihatnya sambil berusaha merungkai pegangan tangan Tengku Izzue.
Pintu lif terbuka.
Tengku Izzue menarik tangan Nur Emily keluar. Laju langkahnya. Sementara Ain Farhani yang berada di kaunter terlopong mulutnya. Siapa pulak yang heret Emi tu? Kacak weii. Jauh panggang dari api dengan si Farhan yang dark, short, and buncit.
“Emi!” panggil Ain Farhani. Namun segera dia sedar kesilapannya. Ditekup mulut. Di hadapan kaunter terdapat pelanggan hotel sedang menanti kunci hotel darinya.
Tiba di kereta Audi miliknya, Tengku Izzue menolak masuk gadis itu ke dalam kereta. Sebelum dia turut memboloskan diri ditempat pemandu. Ditekupkan mukanya pada stereng kereta. Menangis dia tersedu-sedan. “Ya ALLAH, apa dosaku padMU ya ALLAH. Kenapa begini berat ujian yang kau timpakan terhadap aku. Perempuan yang paling aku cinta tergamak berzina sehingga hamil. Ya ALLAH. Kuatkan aku.” Rintih Tengku Izzue. “Macam mana nak cakap pada mummy dan daddy? Aku tak sanggup nak lukakan hati dia orang.”
Tengku Izzue menoleh ke arah Nur Emily. Gadis bercemin mata itu juga sama sepertinya. Sedang menangis. “Sekurang-kurangnya cik dan jantan tak guna tu masih belum bernikah. Saya lagi sedih, sebab baru petang tadi saya dan perempuan tu jadi suami isteri. Saya sempat bersalam je dengan dia masa selesai nikah. Tak sempat apa-apa pun. Akhirnya, bila malam, dia datang ke sini serah diri pada tunang awak. Si driver tak guna tu.”
“Serghh!” Nur Emily menghembuskan hingus sekuat-kuat hatinya.
Tersandar ke sisi kereta Tengku Izzue. Pakai hembus pada tudung macam tu je.
Nur Emily angkat wajah dari tudung. “Saya tak ada tisu.” Beritahu Nur Emily.
“Oh, okey-okey.” Tengku Izzue mengangguk bersungguh-sungguh.
“Sebenarnya, lagi satu minggu saya dan Farhan bakal menikah. Kenalan semua dah dijemput. Segala-gala telah disediakan. Tak sangka jadi macam ni. Apalah sangat bekas isteri awak pandang pada Farhan tu, bukannya hensem pun. Hitam macam arang batu. Memang sepadan dengan saya yang biasa-biasa sahaja.”
Tengku Izzue mendengus amarah. Dendamnya masih belum habis. Puteri Nur Sarah dan Farhan memang manusia tak guna. Ditumbuk stereng keretanya sekali. Enjin dihidupkan. Tengku Izzue mengundur kereta mewahnya keluar dari parking.
“Encik nak hantar saya balik ke?” tanya Nur Emily.
“Tak.” Jawab Tengku Izzue ringkas.
“Hah? Apa… apa… apa…” hish, terbelit pulat lidah ni. “Apa maksud Encik.”
“Panggil saya Izzue.”
“Izzue Islam?” eh, setahu aku artis, Izzue Islam muka bukan macam ni.
“Bukan. Izzue Iskandar. Nama penuh, Tengku Izzue Iskandar.”
“Te… Te… Te…” Aduh, gagap lagi. “Tengku Izzue Iskandar.”
Lelaki itu mengangguk.
“Saya tak tahu awak ni anak kerabat. Ampunkan patik Tengku.” Nur Emily merapatkan kedua tapak tangannya seperti berhadapan dengan raja-raja Melayu.
“Eh, janganlah macam tu.” Tengku Izzue tidak selesa dengan tingkah gadis itu.
“Tengku, boleh saya tahu Tengku nak bawa saya ke mana? Dah malam ni.” Dijeling jam pada dashboard, pukul 11.00 malam. Sudah terlalu lewat bagi dirinya.
“Ke suatu tempat.”
“Tengku, tolonglah saya nak balik. Nanti Mak saya marah kalau balik lewat.”
Tengku Izzue membisukan diri. Dia tiada tempat meluah kecewa. Hanya gadis ini yang ada buat masa ini. Tengku Izzue menekan pedal minyak selaju yang mungkin. Nur Emily cepat-cepat menarik tali pinggang keledar.
“Tengku…”
“Sayang diam kejap boleh, sayang?”
Terus Nur Emily menaikkan tangan menekup mulut. Sayang?
Sedar tak sedar, mereka telah tiba di hadapan pintu pagar sebuah banglo. Tengku Izzue menekan remote control. Pintu pagar terbuka luas.
“Rumah siapa ni?” Nur Emily terintai-intai dari dalam kereta. Besar dan megah layaknya kediaman seorang Tengku.
“Vila kepunyaan saya.” Kereta miliknya membelok masuk ke halaman yang luas. Kalau nak parking berpuluh buah kereta pun muat.
“Tapi kenapa bawa saya ke sini?” Siapa yang tak hairan, kenal pun idok, tiba-tiba angkut bawa balik ke kediamannya. “Err… Mak ayah Tengku…”
“Mummy dan daddy.” Tengku Izzue Iskandar menyampuk membetulkan panggilan.
“Err… mummy dan daddy tinggal kat sini?” tanya Nur Emily.
“Tak ada sesiapa tinggal kat sini.”
“Habis tu kenapa Tengku bawa saya ke sini?” Terkejut besar Nur Emily.
Tidak dijawab soalan Nur Emily itu. Tengku Izzue menapak turun dari kereta. Dibuka pintu sebelah Nur Emily. “Turun.”
“Tak nak.” Nur Emily menggeleng sesungguh hati. Dia menyendengkan tubuhnya ke arah bahagian pemandu mengelak diri dari Tengku Izzue.
“Jangan risau, seumur hidup saya belum pernah ambil kesempatan pada perempuan.”
“Tak nak. Saya nak balik, tolong…”
Tengku Izzue menyambar lengan Nur Emily. Menarik gadis itu keluar dari keretanya. Meronta-ronta Nur Emily meminta tolong, namun kawasan rumah itu terlalu luas. Mustahil untuk jiran mendengarnya.
“Mari,” tarik Tengku Izzue ke muka pintu rumah. Diseluk tangannya ke dalam kocek seluar untuk mengambil kunci. Sementara Nur Emily tetap meronta pohan dilepaskan.
Pintu terbuka. Ditolak gadis itu masuk ke dalam rumah.
Daun pintu ditutup dan dikunci.
“Tengku…” belum habis merayu kedengaran bunyi suis lampu dibuka. Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Entah berapa suis lampu yang ditekan oleh jejaka itu. Yang pastinya kini seluruh rumah terang benderang. Nur Emily terpaku melihat keindahan ruang dalamannya. Memang lelaki ini sungguh kaya. Lihatlah perabotnya. Sofa, set meja makan dan semuanya. Citarasa memang tak kalah. Berbeza sekali dengan rumah papan milik keluarganya yang tidak berperabot. Meja makan dibuat sendiri oleh ayahnya sepuluh tahun dulu. Sesiapa yang datang ke rumahnya, memang bersila di atas tikar sahaja kerana tidak mempunyai sofa. Setelah ayahnya sakit, tugas mencari rezeki terletak di atas bahu Nur Emily. Namun pendapatannya sebagai penjual sate ikan di pinggir jalan di hadapan bangunan membeli belah cukup-cukup menampung belanja makan dan minum, bil-bil, dan membeli ubatan hospital untuk ayahnya. Bukan tidak mahu mencari pekerjaan lebih baik, namun rezeki belum berpihak kepadanya. Rakan karibnya, Ain Farhani sering mengajak bekerja di Hotel Kemudi, namun harus mengenakan pakaian mereka yang tidak sempurna menutup aurat. Kemeja yang ketat dan tudung yang perlu dimasuk ke dalam. Nur Emily tidak selesa begitu. Lagi pula, Hotel Kemudi menyediakan arak. Nauzubillahiminzalik.
“Vila ni saya bina untuk hidup bersama dengan Puteri… eh… menyampahnya aku sebut nama dia Puteri. Kalau perangai macam ni, Puteri Hamprak je orang panggil. Argh!” Tengku Izzue Iskandar melepaskan jeritan sambil bercekak pinggang. Terdongak kepalanya ke atas. “Macam-macam aku duk berangan selama ni untuk besarkan anak-anak dengan kau kat sini, tetapi kau curang belakang aku.” Tengku Izzue berbicara penuh amarah seakan-akan Puteri Nur Sarah ada di hadapan matanya.
“Tengku, patik tahu… eh, patik la pulak. Saya tahu Tengku kecewa. Saya pun sama. Semoga ALLAH membalas perbuatan mereka. Tetapi, salah perbuatan Tengku bawa masuk saya ke dalam rumah Tengku ni. Kita bukan muhrim. Tak baik Tengku.” Nur Emily memeluk beg tangannya ke dada.
“Argh! Perempuan sama je. Kau ikut aku.” Tengku Izzue mengheret Nur Emily mendaki tangga ke tingkat atas.
Terkedu terus Nur Emily, sekelip mata sahaja Tengku Izzue berubah bengis. Menakutkan seperti harimau yang bakal menerkam mangsanya. “Kita nak ke mana pula ni Tengku?”
“Atas. Ke bilik tidur.”
“Hah? Nak buat apa pulak Tengku? Ya ALLAH. Tengku sedar tak apa yang Tengku cuba buat ni.”
“Sedar sangat-sangat.” Pintu bilik tidurnya dibuka. Tersergam megah sebuah katil king size. Ditolaknya Nur Emily masuk ke dalam. “Bilik ni sepatutnya jadi bilik kami.” Dibuka almari pakaian. Bergantungan baju tidur lelaki dan perempuan. “Semua saya dah sediakan.” Akhirnya Tengku Izzue terduduk di atas katil. Lemah selemah-lemahnya. Dilabuhkan kedua sikunya pada hujung paha sambil kedua tapak tangan dilekatkan pada wajah.
Bernikah dan bercerai pada hari yang sama. Hal ini tidak pernah terlintas di fikirannya selama ini.
Dikesempatan itu, Nur Emily berlari keluar dari bilik tersebut selaju yang mungkin. Makin lama berada di dalam bilik ini, bahkan rumah ini, makin terasa bahang dosa. Belum pun sampai ke anak tangga, tudung di belakang kepalanya dicengkam.
“Kau nak pergi mana ni Sarah! Hah? Menyundal dengan jantan? Kau memang perempuan tak guna.”
“Aduh. Apa Tengku merepek ni, saya bukan Sarah. Saya Nur Emily.”
Tengku Izzue seperti buta dan pekak. Anak matanya dipicingkan. Diheret Nur Emily ke sebuah bilik yang lain pula. Ditolak dengan kasar masuk ke dalam.
Nur Emily tidak habis-habis mengaduh sakit. Kaki pukul ke apa dia ni? Di hotel tadi, dia dah belasah pipi bekas bini dia. Sekarang aku pulak dikasari. Nur Emily membebel di dalam hati sambil membetulkan kaca matanya yang melorot jatuh. Diangkat wajahnya melihat kesekitar bilik itu. Ternyata bilik itu adalah bilik untuk bayi.
“Aku dah sedia bilik untuk bakal anak-anak kita. Tapi kau pergi mengandung anak orang lain. Hancurnya harapan aku dan impian aku. Tuhan je yang tahu. Kalaulah kau rasa apa yang aku rasa Sarah.”
Nur Emily meneguk air liur berkali-kali. Memang sah Tengku Izzue Iskandar ni dalam keadaan kurang waras. Macam mana ya aku nak lepaskan diri dari vila ni? Pukul dia? Masalahnya dia dua kali ganda saiz aku. Tinggi macam pak arab. Kalau tengok tapak tangannya tu, dah macam tapak gajah. Sekali hingga dimuka aku, silap hari bulan penuh. Sarah, bekas isterinya itu lain. Badan kasar juga. Tinggi lampai. Aku kecik je, tumbesaran terbantut orang kata.
“Tengku dah lupa ke? Saya ni, mangsa keadaan macam Tengku juga. Tunang saya pun curang. Saya rasa sama macam apa yang Tengku rasakan. Saya lagi teruk, belum pun nikah tapi dah siap beli baju baby lagi Tengku. Peluk-peluk baju baby lagi masa nak tidur malam. Betapa besarnya harapan saya nak hidup bersama Farhan. Tapi itulah, takdir kita dah macam ni.”
“Eiii…” Tengku Izzue mengusutkan rambutnya. “Geram je aku nak nikah dengan kau! Biar terbalas rasa sakit hati aku ni pada Sarah dan Farhan.”
Hah? Terkebil-kebil seketika Nur Emily. Cermin matanya jatuh melorot ke hujung hidung. Tengku Izzue nak nikah dengan si penjual sate ikan sepertinya? Nur Emily meraba wajahnya. Layak ke?
Tidak semena-mena telefon di dalam poket seluar Tengku Izzue bergetar tanda ada panggilan masuk. Dikeluarkan telefon tersebut. Tertera nama Puteri Sayang di skrin. “Argh!” Dibalingnya telefon ke dinding.
Nur Emily tersentak.
Tengku Izzue melangkah keluar dari bilik tersebut dan mengunci pintunya dari luar.
“Tengku, buka pintu ni. Saya tak bersalah. Tengku!”
Sia-sia sahaja, Tengku Izzue menapak pergi dari situ. Nur Emily mengeluarkan telefon bimbitnya, mahu menghubungi pihak polis. Lantaklah apa nak jadi.
“Alamak, habis bateri pulak dah.” Nur Emily mengeluh. Dia menghampiri pula telefon Tengku Izzue Iskandar. Dibelek-beleknya. Skrin sudah retak, namun telefon masih berfungsi. Sewaktu hendak menghubungi pihak polis, Nur Emily tertarik untuk menyelongkar telefon tersebut. Walaupun hal itu kurang elok, namun dia gagal menahan keinginan hati. Biasanya orang kaya-kaya ni pergaulannya bebas. Mesti ada gambar pelik-pelik dalam ni. Bisik hati nakal Nur Emily.
Bahagian album dibuka.
Semuanya gambar Tengku Izzue dan Puteri Nur Sarah. Kelihatannya mereka berdua pasangan yang sangat bahagia. Cahaya cinta terpancar melalui senyuman dan sinar mata masing-masing. Namun kenapa salah seorang dari mereka sanggup curang? Ah! Aku dengan Farhan juga begitu, saling mencintai. Tetapi lihatlah apa yang jadi. Perlahan-lahan diletakkan telefon Tengku Izzue di bawah. Tidak semena-mena, telefon tersebut berdering lagi. Fuh! Memang tahan lasak telefon ni, dibaling dengan kuat ke dinding pun masih boleh menerima panggilan.
Tertera nama Puteri Sayang.
Nur Emily mengetap bibir. Amarahnya memuncak. Lantas diangkat panggilan itu. Kedengaran tangisan yang kuat dari hujung sana. “Sayang… i nak rujuk dengan you balik. Please sayang, ampunkan I, maafkan I. I janji, I takkan ulangi lagi kesilapan I ni. Ini kali terakhir I curang dengan you. Lepas ni I akan setia pada you. Menyesalnya I. kenapalah I bodoh sangat sia-siakan peluang bersama you.”
Nur Emily membetulkan anak tekak.
“Helo Cik Sarah!” keras sekali nadanya. “Lupakan hasrat Cik Sarah nak rujuk dengan Tengku Izzue. Cik Sarah dah rampas tunangan saya! Hancurkan kebahagiaan saya. Musnahkan harapan saya. Jangan ingat saya akan berdiam diri. Sebagai balasannya, saya akan ambil bekas suami Cik Sarah jadi milik saya. Kira adillah kan?”
“Hei, mana suami aku, hah? Apa kau buat dengan suami aku?” Terus melenting seperti singa betina. Puteri Nur Sarah mundar-mandir. Masih lagi di dalam bilik hotel T401. Sementara Farhan pula sedang duduk di atas katil. Berserabut sekali air mukanya.
“Suami apanya Cik Sarah. Dia dah ceraikan Cik Sarah tadi. Dah jadi janda pun Cik Sarah. Untuk pengetahuan Cik Sarah, mestilah saya sekarang ada dengan suami Cik Sarah. Sebab tu saya yang jawab call ni. Tengku Izzue dah tak nak bercakap dengan Cik Sarah lagi. dengar suara Cik Sarah pun dia tak sudi. Saya nak bagi warning ya, lepas ni jangan berani-berani telefon bakal suami saya, ya.” Terus talian diputuskan. Hati Nur Emily puas.
“ARGH!” Puteri Nur Sarah mencampakkan telefonnya ke atas katil. Mundar-mandir dirinya sebelum menapak ke arah Farhan.
“You tau tak, tunang tak guna you ada dengan Tengku Izzue. Berani dia cakap nak nikah dengan Tengku Izzue. Tunang you tu kerja apa, hah? Apasal belagak sangat. Muka bukannya cantik sangat pun. Pucat tak bermaya macam hantu. Ada hati nak jadi bini orang kebanyakkan.”
Farhan mengangkat wajah.
“Dia budak baik…” luahnya dalam keluhan. Lebih kepada dirinya sendiri.
Nur Emily, gadis suci yang belum dinodai mana-mana lelaki ajnabi. Baik serba-serbi. Sayangnya, dia telah mengkhianati peluang yang ada. Demi kerana nafsu.
“You, dengar tak?”
“Hah?”
“Dia kerja apa?”
“Hmm… jual sate ikan depan shooping complex.”
“Hah? Apa? Jual sate ikan? Hei… apa ke hinanya kerja tunang you ni. Orang zaman sekarang semua dah maju jaya. I rasa kerja jadi cleaner lagi mulia la dari…”
“You…please jangan cakap macam tu. Dia orang susah. Ayahnya pula sakit lumpuh.”
“I tak peduli susah papa kedana ke apa. Ayah dia sakit ke, ayah dia mati ke, ayah dia excident ke… I tak peduli. Yang I panas sangat ni. perempuan tu punya confident level tinggi sangat. Berani dia berangan nak nikah dengan Tengku Izzue. Hei… Tengku Izzue tak mungkin pandanglah perempuan taraf tunang you tu. Dia ingat Tengku Izzue tu siapa, anak jutawan tau. Bakal pewaris Sejati Holdings. Setakat kerja bakar sate ikan tepi jalan… oh my god… dah gila ke apa berangan nak nikah dengan orang kaya. Eii, menyesal aku tak belasah dia tadi. Tak padan dengan hina dina, mulut macam longkang. Berani dia sound aku!”
Farhan membisukan diri. Dia lebih memikirkan nasib dirinya apabila Nur Emily mendedahkan sikap dajjalnya ini kepada keluarganya. Selama ini dia dikenal sebagai seorang yang baik. Habislah kali ini.
No comments:
Post a Comment