EDISI ISTIMEWA
PRE ORDER SEHINGGA 10 JUNE 2019
HABIS TIADA REPRINT
HNYA JUAL ONLINE
AXE tidak pernah menyangka, pertolongan yang Indah hulurkan buat dia sering mengingati gadis itu. Namun sedar akan keadaan diri, dia memilih untuk mengabaikan rasa hati. Mana mungkin dia tega melibatkan gadis sebaik Indah dalam dunia gelapnya.
Namun dia lelaki biasa juga yang kalah dengan aura kasih seorang gadis. Dia benar-benar jatuh cinta. Nekad mahu membina kehidupan bersama Indah, Axe memperkenalkan Indah akan bumi Lucerne, di mana tempat dia membina impian untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.
Hanyut dalam keindahan Lucerne, Axe mengalah pada rasa hati. Cinta antara dia dan Indah mula disemai. Dunia mereka damai dengan cinta yang memekar. Namun, bila dunia sebenar kembali mengetuk dunia indah mereka, hati Axe mula goyah. Cintanya buat Indah terlalu dalam dan perkara itu boleh membuatkan nyawa Indah terancam!
Demi cinta, sekali lagi dia mengorbankan rasa hatinya. Indah dilepaskan pergi walaupun separuh nyawanya terasa melayang.
“Aku tak sanggup kau diapa-apakan Indah. Aku terlalu ramai musuh. Jangan paksa aku.” - Axe
“Awak cakap dengan jujur. Kalau awak cakap awak tak pernah sayang saya, sekarang juga saya lepaskan awak.” - Indah
“Aku sayangkan kau Indah, namun aku terpaksa lepaskan kau pergi.” - Axe
“Sampainya hati awak, Axe.” - Indah
Namun, tiada siapa mampu menghalang jika jodoh sudah tertulis. Cinta yang tidak pernah padam itu makin mendalam hingga Axe tidak lagi mampu melawannya.
Dapatkah Axe melindungi Indah dari dunia gelapnya? Mampukah mereka membina bahagia andai jalan yang terpaksa lalui penuh dengan duri tajam yang mampu membunuh?
atau
No comments:
Post a Comment