MAHAR CINTA KITA

stok terhad
RM30 SM / RM37 SS
termasuk pos

“Awak bercinta dengan Encik Aisy ke?” dia menyoal. Nada suaranya agak tinggi.
“Maksud cik?” Asya blur seketika. Bercinta? Bila masa dia bercinta dengan Aisy Amsyar. Hari ni je dia bercakap agak lebat, biasanya hanya beberapa patah, selebih tu angguk dan geleng. Takkan itu sudah dianggap bercinta.
“Bukan main lagi awak dengan Encik Aisy kat café tadi. Saya nak ingatkan awak, dia tu bos awak tu kuli saja. Kalau awak ada hati dengan dia, minta dilupakan hasrat tu. Saya bimbang awak akan merana.”
Kalau orang dengar mesti orang cakap dia seorang bos yang baik. Prihatin dengan staff kerana sanggup memberi nasihat tetapi sebenarnya dia sedang memberi amaran kepada gadis itu. Amaran jangan cuba-cuba untuk mendekati Aisy Amsyar.

No comments:

Post a Comment