RM24 SM / RM27 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
PERCAYA KATA CINTA
postage RM8 SM / RM12 SS
PERCAYA KATA CINTA
BLURB
Bahagia itu subjektif. Bukan hanya dengan bercinta mahupun berkahwin. Itu prinsip hidup Nawwar Sufiy. Dia menanam sifat prejudis terhadap insan bergelar lelaki dan tidak pernah percaya bahawa sebuah perkahwinan mampu menjanjikan kebahagiaan.
Apa yang Nawwar percaya, hidupnya akan lebih bahagia tanpa adanya seorang lelaki. Prinsipnya itu dicabar oleh seorang lelaki.
Izz Zareef, lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati Nawwar yang selama ini tertutup daripada cinta. Dia berjaya merobohkan benteng pertahanan hati Nawwar dalam masa tak dijangka. Berbekalkan senyuman manis dan secawan karamel latte, hati Nawwar berjaya Izz Zareef curi.
“Encik Zareef pula suka apa?” - Nawwar Sufiy
“Saya suka awak.” - Izz Zareef
Tapi, untuk mengecap bahagia, tidak semudah ungkapan kata-kata. Kebenaran tentang siapa sebenarnya Zareef dan sebab Zareef mencari Nawwar, menghancurkan dua hati yang sedang jatuh cinta. Ekoran tidak mahu melukakan hati Nawwar yang sedia ada terluka, Zareef memilih untuk pergi dan meninggalkan Nawwar dengan tanda tanya.
“Awak masih cintakan saya?” - Izz Zareef
“Awak pernah ke cintakan saya?” - Nawwar Sufiy
“Saya sukakan awak. Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak. Dari dulu hingga saat ini, hati dan perasaan saya tak pernah berubah. Hanya ada satu nama yang terpahat kemas dalam hati saya.” - Izz Zareef
💟💟💟💟💟💟
TEASER
“Nawwar,” potong Zareef.
“Awak ingat lagi kan apa yang saya cakap masa kali pertama saya luahkan perasaan pada awak dulu?”
Nawwar mengangkat wajahnya dan memandang Zareef.
Zareef mengukir senyuman dan membalas pandangan Nawwar.
“Andai perasaan suka dan selesa saya bertukar menjadi perasaan sayang dan cinta, saya harap awak boleh izinkan saya untuk menunggu awak. Sampai awak buka hati awak untuk terima saya,” ujar Zareef, mengulangi kata-katanya dulu.
Sekali lagi Nawwar teresak.
“Tapi, saya... Awak takkan faham, Zareef...”
Nawwar mengeluh perlahan dan menggeleng.
“Awak tak kenal saya, Zareef. Awak belum cukup kenal saya. Saya tak layak untuk dicintai. Bukan hanya awak, bahkan sesiapa pun...”
Zareef memandang Nawwar.
“Kita memang belum saling mengenali. Tapi, kita ada hati yang saling mencintai. Saya tak akan paksa awak, Nawwar. Saya akan tunggu awak, selama mana waktu yang awak perlukan untuk terima saya,” tutur Zareef berteman senyuman.

No comments:
Post a Comment