KOMBO ABANG HOT AKAN DITUTUP PRE ORDER 10/3 NI.
KITA AKAN TERUS PROSES UTK POSTAGE.
*** PRINT MENGIKUT ORDER SAHAJA***
.
.
*** PRINT MENGIKUT ORDER SAHAJA***
.
.
CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN3
.
.
Perkahwinan Nia dan Andika yang selama ini bahagia, mengalami pergolakan dengan kehadiran Zahira ke dalam rumahtangga mereka. Zahira nekad mendapatkan Andika kembali dengan cara apa sekalipun.
" Tak lama lagi, kau akan kehilangan dia Nia. Dan kamar tidur kau, akan menjadi milik aku bersama Andika. Tempat tidur kau, akan ada aku tak lama lagi" - ZAHIRA
Namun, apakah usaha wanita itu berjaya untuk memisahkan Andika dari Nia? Pada masa yang sama, persahabatan Andika dan Remy juga sedang menanti retak kerana seorang pelajar yang bernama Rangga Haizer. Siapakah Rangga Haizer? Dan, benarkah Geng Budak Setan bakal berpisah dan hilang ahlinya?
Semuanya bakal terjawab dalam CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 3!
💛💜💛💜💛💜💛💜💛💜💛💜💛💜💛💜
AZROY MY MAN
.
.
Jual mahal ko ye Roy. Last sekali ko betul2 jadi bf dia😆
DIPETIK DARI BAB AWAL #AZROYMYMAN💙
"""""""""""""""""""""""""" """""""""""""""""""""""""" """"""""
" Kau perlukan wang tak?", tanya dia selamba pada Azroy. Langsung tak ada intro. Jep yang mencuri dengar, kejung urat mata. Soalan yang menarik.
Azroy lihat muka Pelangi dengan persoalan.
" Kenapa? Kau nak sedekahkan harta kau pada aku ke", sindir.
" Aku nak kau jadi teman lelaki upahan aku untuk satu malam. Mahu?? Aku akan bayar kau"
Jep ternganga. Besar anak mata. Pelangi upah Azroy untuk jadi teman lelaki satu malam? Ganas bunyi.
Azroy kerut kening. Tawaran Pelangi macam gila bunyinya. " Kau nak aku jadi teman lelaki kau untuk satu malam?", ditanya semula.
" Ye". Pelangi mengaku. Muka keras.
" Kau waras ke tak waras ni"
" Aku waras"
Azroy tayang senyum. Mempersenda cara Pelangi membuat 'urusan'. " Kau ingat aku apa? Gigolo kau? Anak ikan kau?"
Pelangi dekatkan wajah. Mengawal suara dan mengawal mimik muka. " Hey, kalau tak terdesak, aku tak datang sinilah cari kau. Kalau kau tak nak, tak payah sindir-sindir aku. Aku boleh cari orang lain". Pelangi tengok Jep.
" Heh...". Jep sengih.
" Kau nak jadi teman lelaki upahan aku?", tanya Pelangi pada Jep.
" Aku??". Jep tunjuk muka sendiri. Biar benar. Dia pun terlibat.
" Yes kau. Aku akan bayar kau RM500 untuk satu malam. Aku pinjam kau sekejap untuk berlakon depan papa aku. Mahu?"
" RM500 untuk satu malam??". Mulut Jep ternganga. Wow! " Apa kata kita berlakon untuk dua malam?". Jep dah nampak lambang ringgit di mata. Kalau malam dah RM1000. Kerja best nih.
Pelangi lepas muka bosan. Tamak haloba.
Azroy sinis bibir. Buat orang macam tak ada harga diri. Azroy tengok Jep. " Jep, aku nak kau tolak tawaran dia. Maruah kau lebih mahal dari 500 dia tu"
" Kalau kau tak nak, kau tak payahlah hasut dia. Biar dia buat keputusan". Pelangi berang bila Azroy mula menghasut.
" Jep, kalau kau pilih tawaran dia, kita putus kawan". Sengaja bagi ugutan.
Jep teran liur. " Takkan sampai putus kawan"
" Sebab kau pilih untuk memihak pada musuh aku"
Jep dah jadi serba salah. Duit atau kawan??
" Yelah, aku tolak". Jep layan customer yang baru datang. Malas nak campur.
Azroy peluk tubuh. Senyum senget.
Pelangi geram. Hampir saja dia berjaya tadi.
" Hey, kau ni memang bermasalah kan dengan aku. Tak tahulah apa yang kau dengki sangat dengan aku". Pelangi terus beredar.
Azroy perhatikan saja Pelangi keluar dengan muka masam. Nampak wajah orang yang sedang tertekan.
Kenapa dia nak sangat upah orang jadi teman lelaki dia?
Pelangi lempar beg tangan di kerusi kereta. Bengang! Dia duduk diam selama dua minit. Cuba tenangkan hati yang berapi.
" Berlagak!". Marahnya. " Kalau bukan kerana Norman, aku tak datang buat tawaran pada kau lah. Kau ingat, aku suka dekat dengan kau. Jadi girlfriend olok-olok pun aku tak sudi". Pelangi ketap gigi. " Eeeeee, geramnya aku!". Genggaman tangan dikejap rapat.
Seketika, alis matanya berubah. Aku tahu macam mana nak buat kau setuju. Kalau aku tak berjaya seret kau jumpa papa, nama aku bukan Pelangi Miranda.

No comments:
Post a Comment