LELAKI TERPILIH - APRIL SNOW
LIMITED EDITION
STOK TERHAD.
HARGA RM45SM / RM50 SS
POSTAGE RM8 SM / RM12 SS
Sinopsis :-
Lelaki Terpilih 1 - Cinta Sofia Rana
Dilahirkan sebagai anak Ramone Commando, ketua gengster terkenal bukan pilihan Sofia. Gerak-gerinya diperhati setiap saat. Diekori dan dikawal ketat oleh orang-orang suruhan Blood.
Blood…anak angkat dan orang kepercayaan Ramone. Lelaki yang sentiasa ada di sisi Sofia sejak kecil. Membesar bersama. Blood penjaga dan pengawal peribadi namun lelaki ini sukar ditelah hati dan jiwa. Antara mereka sering tak sekata. Tingkah bicara tak sehaluan sentiasa. Ada sahaja yang tak beres antara mereka berdua.
“Aku nak tanya kau satu soalan. Aku ni banduan pada kau?”-Sofia.
“Kau tak dikurung. Kau bebas untuk pergi ke mana-mana sahaja yang kau suka..”- Blood
Pertemuan dengan Mustaqeem yang menyelamatkannya dari cubaan culik mengubah kiblat hidup. Dari lelaki itu dia kenal destinasi addin. Bicaranya mendamaikan jiwa, hati dan rasa.
“Kenapa tanya? Awak rindu nak dengar suara saya ke?” – Sofia
“Sebenarnya awak yang rindu nak dengar suara saya kan?”- Mustaqeem
Pertemuan ini juga membongkar hubungan sebenar antara Sofia dan Mustaqeem. Ada rahsia yang tersirat. Ada kisah yang tersurat. Antara Mustaqeem dan Blood, pasti satu yang tertulis buat Sofia. Tapi siapa?
Lelaki Terpilih 2 – Lentera
Umar Al-Walid dan Fae Roulette aka Siti Fatimah Az- Zahra. Kisah mereka umpama mimpi ngeri yang jadi nyata. Mereka bermula dengan pertemuan yang masam pahit. Umar si sinis sadis bertemu Fae si kaki melawan tahap petala sepuluh. Memang tak match la, orang kata. Tapi kalau jodoh itu sudah tersurat, ikan di Lautan Atlantik pun boleh berjumpa asam belimbing dalam periuk di Kuala Lumpur!
“Awak tu bakal isteri saya. Tentulah saya kena sibuk.”- Umar
“Siapa tah nak kahwin dengan dia. Awak tu mimpi ngeri tau tak?” – Fae
Bagi Fae, Umar itu lelaki mulut pedang. Tajam dan berbisa. Tapi sukar mahu ditolak kehadiran lelaki pilihan umi. Menjadi anak derhaka tidak sesekali. Menerima Fae sebagai isteri ada tugas berat menanti. Suami itu lentera seorang isteri.Membawa isteri ke syurga mampukah digalas Umar? Cukup bersediakah dia menjadi seorang Umar untuk memimpin hidup seorang Siti Fatimah Az Zahra yang masih tenggelam dengan nikmat dunia.
No comments:
Post a Comment